Bismillahirrahmanirrahim,
Salam hormat tahun baru buat sahabat-sahabiah alam maya.
Moga tahun 2014 bakal mencatat memori baru dan bersedia untuk menghadapi segala
kemungkinan baik dan buruk seperti yang tertulis di Luh Mahfuz. Untuk entri
ini, ana mahu berkongsi apa yang ana dapat dalam buku at-Tibb an-Nabawiy
karangan Ibnu Qayyim al-Jauziah berkenaan bimbingan Rasulullah SAW merawat diri
pabila ditimpa musibah.
|
Buku yang patut dimiliki oleh para doktor yang mengubat penyakit fizikal dan rohani |
Dalam As-Musnad daripada Rasulullah SAW;
Setiap orang yang ditimpa musibah lalu ia mengucapkan
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un, ya Allah berikanlah kepadaku pahala atas
musibah yang menimpaku ini dan berikanlah kepadaku pengganti yang lebih baik
darinya ia akan mendapat pahala dari Allah dengan musibah tersebut dan mendapat
pengganti yang lebih baik daripadanya.
Kalimah Istirja’ adalah ucapan paling berkesan untuk
mengubat sakit kerana musibah sebab kalimah tersebut mengandungi dua perkara
penting. Pertama seorang hamba adalah milik Allah sepenuhnya. Seperti seorang
pemilik barang mengambil barang yang dipinjamkan kepda orang lain. Kedua, kesudahan
dan destinasi akhir seorang hamba hanyalah kepada Allah seperti semasa ia
dilahirkan tiada punya apa2.
|
Beruntungkan untuk sahabat2 kita yang dapat bersabar dgn musibah yg Allah bagi. Ana nak jadi mcm antum antunna bila diuji. |
Menyedari bahawa segala yang menimpa kita tidak akan pernah
terelak. Manakala segala yang tidak akan menimpa kita tidak pernah mengenainya.
|
Setiap benda yang kita rasa kat dunia ni tak kekal selamanya. Ada masa rasa suka rasa duka Allah silih gantikan. |
Ibnu Mas’ud berkata: Setiap kegembiraan itu pasti menyimpan
kesusahan. Setiap rumah yang diisi dengan kegembiraan pasti juga akan diisi
dengan kesedihan.
Ibnu Sirin berkata: Setiap kali ada tawa, pasti akan
diiringi dengan tangisan juga.
Menyedari bahwa luputnya pahala sabar dan berserah diri
adalah musibah terbesar dalam erti sebenar. Pahala itu sendiri adalah selawat,
rahmat dan hidayah yang Allah berikan kepada orang yang sabar dan mengucapkan istirja’. Jika kita bersabar dan
memohon pahala boleh menjauhkan diri daripada syaitan, membuat syaitan putus
asa, membuat Allah redha. Demikianlah sikap teguh dan kesempurnaan tertinggi,
bukan mencakar diri sendiri, mengoyak pakaian, menyumpah seranah dan memaki
takdir.
Menyedari bahawa kesabaran dan mengharap pahala akan
menimbulkan kelazatan dan kesenangan lebih banyak dari yang diperolehi dengan
tidak datangnya musibah yang menghilangkan apa yang kita miliki. Dalam Sunan
at-Tirmizi;
“Ada segolongan manusia pada hari kiamat nanti yang berharap
seandainya di dunia dulu kulit mereka dipotong saja dengan gunting dunia,
kerana mereka melihat betapa besarnya pahala yg diterima oleh mereka yg mendapat
musibah di dunia.”
Terdapat ulama’ As-salaf yang berkata: Jika tidak ada
musibah di dunia ini, tentu kita akan datang pada hari kiamat nanti dalam
keadaan muflis.
Mententeramkan hati melalui harapan mendapat pengganti dari
Allah, semua benda boleh diganti tapi Allah, tak boleh diganti. Ada syair
menyatakan;
Segala sesuatu ada penggantinya meskipun hilang dari tangan
kita, namun tidak ada pengganti untuk Allah jika kita menyia-nyiakn hakNya.
|
Cinta Allah tiada penggantinya. Cinta Allah pada kita cinta sampai ke liang kubur dan yaumul Qiamah. |
Jika musibah menyebabkan seseorang hilang sabar dan selalu
mengeluh, maka tercatat sebagai orang jahil. Jika musibah menyebabkan seseorang
menentang dan mencela kebijaksanaanNya, ia tergolong dalam org2 zindiq. Jika musibah
menyebabkan ia redha, masuk dlm org2 redha. Jika menimbulkan pujian dan syukur,
di akhirat dipayungi bendera al-Hamdu bersama golongan ahli pujian. Jika menimbulkan
rasa cinta dan rindu untuk berjumpa Allah, ia dalam golongan org yg ikhlas
mencintaiNya. Dlm Musnad Imam Ahmad dan at-Tirmizi;
“Sesungguhnya apabila Allah mencintai seseorang hamba,
nescaya Allah akan memberi cubaan kpdnya. Sesiapa yg meredhainya, nescaya ia
akan mendapat pahala redha, dan sesiapa kecewa ia akan mendapat ganjaran
kekecewaanya.”
|
Allah mencintai kita hingga dgn musibah membuatkan kita senatiasa merintih, mengadu sungguh2 menagih cinta Allah hingga terasa Allah dekat dgn kita |
Dalam as-Shahih riwayat marfu’;
‘Kesabaran yang sebenar adalah ketika datangnya musibah
pertama kali.” Al-Ath’ath bin Qais berkata: “Jika kita bersabar dgn iman dan
mengharap pahala, ia akan baik bg kita.
Jika tidak, kita hanya akan bergembira sebagaimana halnya binatang sahaja.”
|
Kesabaran yang sebenar bagi ana susah untuk diaplikasi. Moga kita terus berusaha menjadi orng yang betul2 bersabar dengan ujian Allah sejak awal ujianNya |
Abu Darda’ berkata: Apabila Allah memutuskan suatu perkara,
Allah senang jika keputusan itu diredhai.
Membuat perbandingan antara kesenangan yang ada, kesenangan
sesuatu yg hilang kerana musibah yg dialami atau kesenangan pahala Allah bgnya
jika bersabar. Jika sudah diyakini mana yg terbaik, hendaklah memuji taufiqNya membuat
kita menjadi sabar.
Menyedari bahawa Allah mengirim musibah kepadanya bukan utk
membinasakannya, bukan utk menyeksanya, bukan menyakitinya. Tapi Allah memberi cubaan
utk menguji kesabaran, keredhaan dan keimanan agar Allah mendengar doa dan penyerahan
dirinya kepdaNya agar kita tunduk bersujud di pintu TaubatNya, berlindung dgn
rahmatNya, pasrah dgn ketentuanNya dgn menceritakan segala keluh kesah kpdNya. Syeikh
Abdul Qadir berpesan;
“Wahai anakku sesungguhnya musibah itu tak datang utk
membinasakanmu, namun muncul utk menguji kesabaran dan imanmu. Wahai anakku,
takdir itu ibarat binatang buas, dan binatang buas itu tidak mahu makan
bangkai.”
|
Allah sebenarnya nak kita banyak mengadu masalah2 kita dgnNya daripada mengadu pada makhluk2nya |
Menyedari bahawa jika bukan musibah, tentu kita akan
diserang penyakit ujub dan takbur bahkan boleh menimbulkan kesombongan dan
kebekuan hati. Antara rahmatNya terus menguji dgn pelbagai bntuk musibah utk
mencegah drpd pnyakit hati, memelihara peribadatan kpd Allah serta menyahkan
drpd segala penyakit. Syair ada menyebut;
“Terkadang melalui cubaan Allah memberi nikmatNya betapapun
besarnya cubaan itu. Namun terkadang melalui nikmat Allah malah memberi ujianNya
terhadap kaum tertentu…”
Jika Allah tidak mengubat para hambaNya melalui cubaan dan
bala, nescaya mereka akan melampaui batas. Jika Allah menginginkan kebaikan hambaNya,
Allah akan mencurahkan ubat kpd mereka berupa ujian dan cubaan sesuai dgn
keadaanya utk mengenyahkan pelbagai penyakit mematikan yg mereka tanggung.
|
Kita nampak hanya ubat yang bisa mengubat penyakit. Bagi Allah dengan musibah adalah ubat terbaik untuk hamba2Nya. |
Hasil drpd penyucian diri ini, seorang hanba mendapat
kedudukan yg terhormat di dunia bahkan mendapat pahala akhirat yg terbesar,
iaitu melihat wajah Allah dan dekat dgnNya.
Menyedari kepahitan dunia adalah kemanisan untuk akhirat. Kemanisan
dunia akan menjadi kepahitan akhirat. Rasulullah bersabda;
“Syurga itu dikelilingi perkara2 yg dibenci, sementara
neraka itu dikelilingi perkara2 yg disukai”
Kebanyakan kita lebih mndahulukan nikmat sementara drpd
kebahagiaan abadi yg tak pernah terputus, hingga kita tak mampu menahan
kepahitan sebentar utk kemuliaan abadi, atau menahan cubaan sesaat utk
keselamatan tak terbatas, sebab yg nampak oleh mata itulah yg ada menurut
mereka manakala yg akan dtg hanyalah khayalan sebab iman lemah dan syahwat
menguasai diri. Dari situ lahir kecenderungan mendahulukan kehidupan dunia dan
menolak kehidupan akhirat.
|
Sabar kunci kepada segala yang kita hajatkan. Doakan aku teman2. Tetaplah kita tersenyum walaupun saat diuji kerana senyuman itu mahal ketika ujian mendatang |
Akhir sekali, ana ingin mengajak kita semua untuk mencari
apa yg telah dipersiapkan oleh Allah utk org2 yg taat berupa nikmat yg kekal
serta kebahagiaan yg sejati disamping kejayaan yg terbesar kemudian mencari apa
yg Allah sediakan utk org2 yg lalai dan kurang amalan berupa kehinaan dan seksa
serta kekecewaan yg berpanjangan. Lepas tu, pilihlah antara 2 perkara tersebur
sesuai dgn diri kita. Falsafahnya;
“Setiap orang akan berbuat sesuai dengan kepandaiannya”. Setiap
org akan mengejar apa yg sesuai dengan sifat dirinya atau apa yg patut buat
dirinya. Salam hormat ana buat semua yg sudi membaca perkongsian ini.. Moga ia memberi
kesedaran pada kita bahawa setiap musibah itu rupa2nya terselit ubat utk segala
penyakit yg ada dalam diri. Wallahua’lam.
|
Kita senantiasa berusaha menjadi hamba Allah bukan hamba nafsu dan syaitan... |