Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah
sahabat2 sekalian Allah masih lagi memberi kesempatan untuk kita meneruskan
ibadah puasa yang hari ini sudah masuk hari ke-9 Ramadhan 1433H. Semoga segala
amalan kebajikan lapan hari yang lalu diterima Allah dan sentiasa dilimpahi
rahmat Allah bagi fakulti pertama ini.
Ramadhan jika dieja
Jawi dapat dikonsonankan huruf ‘RO’ sebagai rahmat dan huruf ‘MIM’ sebagai
maghfirah (ampunan) yang kita harapkan kepada Allah. Untuk entri kali ini, ambe
ingin berkongsi ilmu yang diperoleh daripada tazkirah di masjid berkenaan
dengan rahmat dan pengampunan dosa daripada Allah SWT Tuhan yang Maha Pengampun
lagi Maha Merahmati.
Moga Allah menerima segala amalan kebaikan hari2 lepas dalam bulan Ramadhan |
Allah SWT telah
berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 218:
“Sesungguhnya orang2 yang beriman, orang yang berhijrah dan
berjihad di jalan Allah, mereka itulah
yang mengharapkan rahmat Allah Allah. Allah Maha Pengampun, Maha
Penyantun.”
Jelas kepada kita terdapat tiga ciri untuk kita menagih
rahmat Allah. Pertamanya Allah menyebut orang yang beriman. Orang yang beriman
kepada Allah ialah orang yang sentiasa tunduk patuh kepada setiap perintah
Allah dan menjauhi segala larangannya. Sering kita tidak sedari niat2 kita yang
menyeleweng daripada tujuan sebenar kepada Allah apabila terlintas dalam hati
segala ibadah tersebut ditujukan kepada makhluk. Perkara tersebut jika
terlintas segeralah bagi kita beristighfar kepada Allah kerana amalan tersebut menjuruskan diri kita kepada mensyirikkan
Allah yang dinamakan syirik ‘hissi’ (tersembunyi).
Ciri Pertama Beriman sungguh2 kepada Allah |
Ciri kedua ialah
orang yang berhijrah. Bulan Ramadhan inilah bulan yang terbaik untuk diri kita
berubah daripada sembahyang berseorangan kepada sembahyang berjemaah dan
perubahan2 yang lain. Naluri atau emosi manusia pada bulan ini mudah tersentuh
apabila di beri peringatan. Naluri manusia juga lebih cenderung kepada kebaikan
berbanding bulan2 lain. Moga perubahan2 yang kita buat dapat diteruskan di
bulan2 yang lain. Ameen.
Bulan Ramadhanlah masa terbaek untuk berhijrah |
Ciri terakhir dalam
ayat tersebut ialah berjihad di jalan Allah. Jihad melawan hawa nafsu adalah
jihad terbesar berbanding jihad mata pedang kerana jihad ini berterusan
sehingga kita mati. Sebaliknya jihad mata pedang berlaku pada waktu2 tertentu
sahaja. Jihad di bulan Ramadhan ini apabila kita membeli makanan di bazar2
Ramadhan. Kawallah nafsu kita dalam mengehadkan jenis2 makanan yang ingin
dibeli. Bagi seorang pemuda/I berjihadlah jiwa dan raga kita untuk terus
menundukkan pandangan kita terhadap perempuan/laki2 ajnabi.
Jihad di jalan Allah dan jihad menentang hawa nafsu merupakan perjuangan berterusan anak Adam sebelum bertemu Allah |
Seterusnya Allah
berfirman dalam surah ali-Imran ayat 133-136:
“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhan-Mu dan
mendapatkan syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang
bertakwa. Iaitu orang yang berinfaq, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan
orang2 yang menahan amarahnya dan memaaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah
mencintai orang yang membuat kebaikan. Dan juga orang2 yang apabila mengerjakan
perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri (segera) mengingat Allah, lalu
memohon ampun atas dosa2nya dan siapa
lagi yang dapat mengampuni dosa2 selain Allah? Dan mereka meneruskan dosa itu,
sedang mereka mengetahui. Balasan mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka &
syurga2 yang mengalir di bawahnya sungai2, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah
sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.
Setelah membaca
ayat di atas, maka dapat disimpulkan bahawa terdapat empat ciri orang yang
mendapat keampunan Allah. Golongan pertama ialah orang yang selalu menginfaq
hartanya di jalan Allah waktu senang dan susah. Kedua orang yang menahan marah
ketika jiwanya diganggu melalui percakapan atau perbuatan. Golongan ketiga
ialah orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. Dan terakhir orang
yang bertaubat nasuha setelah melakukan sesuatu dosa maksiat dan berazam
bersungguh-sungguh tidak mengulang perbuatan keji tersebut pada masa akan datang.
Bersedekalah semampu-mampunya saat susah saat senang hatta 10 sen |
Bertaubatlah kita dengan sebenar-benar taubat sebelum nyawa tiba di halkum maka saat itu taubat tak diterima |
Jadilah kita pemaaf moga Allah memberi pula keampunan-Nya terhadap dosa2 kita |
Kawallah nafsu marahmu lebih2 lagi bulan puasa ini moga kita beroleh maghfiratullah |
Dan terakhir
daripada ambe moga puasa kita dapat menjadikan kita pelindung daripada segala
dosa dan maksiat yang sentiasa ada sekeliling kita. Seperti sabda Rasulullah
SAW:
“Puasa itu perisai”. Sebagai manusia yang bernafsu, kita
mengharapkan puasa menjadi perisai kita dalam menangkis segala ajakan nafsu
yang mendorong kepada kebinasaan hidup kita. Moga entri kali ini bermanfaat dan
menjadi amalan buat kita semua sebagai pemuda/I di bulan yang diberkahi ini.
Ameen. Wallahua’lam.
Moga dengan kita berpuasa dapat menjadi pelindung diri kita daripada segala maksiat secara zahir dan batin |