Saturday 28 July 2012

Ramadhan II: Bulan Terbaik Menagih Rahmat dan Keampunan Allah


Bismillahirrahmanirrahim…

   Alhamdulillah sahabat2 sekalian Allah masih lagi memberi kesempatan untuk kita meneruskan ibadah puasa yang hari ini sudah masuk hari ke-9 Ramadhan 1433H. Semoga segala amalan kebajikan lapan hari yang lalu diterima Allah dan sentiasa dilimpahi rahmat Allah bagi fakulti pertama ini.

   Ramadhan jika dieja Jawi dapat dikonsonankan huruf ‘RO’ sebagai rahmat dan huruf ‘MIM’ sebagai maghfirah (ampunan) yang kita harapkan kepada Allah. Untuk entri kali ini, ambe ingin berkongsi ilmu yang diperoleh daripada tazkirah di masjid berkenaan dengan rahmat dan pengampunan dosa daripada Allah SWT Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Merahmati.
Moga Allah menerima segala amalan kebaikan hari2 lepas dalam bulan Ramadhan

   Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 218:
“Sesungguhnya orang2 yang beriman, orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah  yang mengharapkan rahmat Allah Allah. Allah Maha Pengampun, Maha Penyantun.”
Jelas kepada kita terdapat tiga ciri untuk kita menagih rahmat Allah. Pertamanya Allah menyebut orang yang beriman. Orang yang beriman kepada Allah ialah orang yang sentiasa tunduk patuh kepada setiap perintah Allah dan menjauhi segala larangannya. Sering kita tidak sedari niat2 kita yang menyeleweng daripada tujuan sebenar kepada Allah apabila terlintas dalam hati segala ibadah tersebut ditujukan kepada makhluk. Perkara tersebut jika terlintas segeralah bagi kita beristighfar kepada Allah kerana  amalan tersebut menjuruskan diri kita kepada mensyirikkan Allah yang dinamakan syirik ‘hissi’ (tersembunyi).  
Ciri Pertama Beriman sungguh2 kepada Allah
   Ciri kedua ialah orang yang berhijrah. Bulan Ramadhan inilah bulan yang terbaik untuk diri kita berubah daripada sembahyang berseorangan kepada sembahyang berjemaah dan perubahan2 yang lain. Naluri atau emosi manusia pada bulan ini mudah tersentuh apabila di beri peringatan. Naluri manusia juga lebih cenderung kepada kebaikan berbanding bulan2 lain. Moga perubahan2 yang kita buat dapat diteruskan di bulan2 yang lain. Ameen.
Bulan Ramadhanlah masa terbaek untuk berhijrah

   Ciri terakhir dalam ayat tersebut ialah berjihad di jalan Allah. Jihad melawan hawa nafsu adalah jihad terbesar berbanding jihad mata pedang kerana jihad ini berterusan sehingga kita mati. Sebaliknya jihad mata pedang berlaku pada waktu2 tertentu sahaja. Jihad di bulan Ramadhan ini apabila kita membeli makanan di bazar2 Ramadhan. Kawallah nafsu kita dalam mengehadkan jenis2 makanan yang ingin dibeli. Bagi seorang pemuda/I berjihadlah jiwa dan raga kita untuk terus menundukkan pandangan kita terhadap perempuan/laki2 ajnabi. 
Jihad di jalan Allah dan jihad menentang hawa nafsu merupakan perjuangan berterusan anak Adam sebelum bertemu Allah

   Seterusnya Allah berfirman dalam surah ali-Imran ayat 133-136:
“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhan-Mu dan mendapatkan syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertakwa. Iaitu orang yang berinfaq, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang2 yang menahan amarahnya dan memaaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang membuat kebaikan. Dan juga orang2 yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampun atas dosa2nya  dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa2 selain Allah? Dan mereka meneruskan dosa itu, sedang mereka mengetahui. Balasan mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka & syurga2 yang mengalir di bawahnya sungai2, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.

   Setelah membaca ayat di atas, maka dapat disimpulkan bahawa terdapat empat ciri orang yang mendapat keampunan Allah. Golongan pertama ialah orang yang selalu menginfaq hartanya di jalan Allah waktu senang dan susah. Kedua orang yang menahan marah ketika jiwanya diganggu melalui percakapan atau perbuatan. Golongan ketiga ialah orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. Dan terakhir orang yang bertaubat nasuha setelah melakukan sesuatu dosa maksiat dan berazam bersungguh-sungguh tidak mengulang perbuatan keji tersebut pada masa akan datang.
Bersedekalah semampu-mampunya saat susah saat senang hatta 10 sen
Bertaubatlah kita dengan sebenar-benar taubat sebelum nyawa tiba di halkum maka saat itu taubat tak diterima

Jadilah kita pemaaf moga Allah memberi pula keampunan-Nya terhadap dosa2 kita
Kawallah nafsu marahmu lebih2 lagi bulan puasa ini moga kita beroleh maghfiratullah
   Dan terakhir daripada ambe moga puasa kita dapat menjadikan kita pelindung daripada segala dosa dan maksiat yang sentiasa ada sekeliling kita. Seperti sabda Rasulullah SAW:
“Puasa itu perisai”. Sebagai manusia yang bernafsu, kita mengharapkan puasa menjadi perisai kita dalam menangkis segala ajakan nafsu yang mendorong kepada kebinasaan hidup kita. Moga entri kali ini bermanfaat dan menjadi amalan buat kita semua sebagai pemuda/I di bulan yang diberkahi ini. Ameen. Wallahua’lam.
Moga dengan kita berpuasa dapat menjadi pelindung diri kita daripada segala maksiat secara zahir dan batin




Friday 20 July 2012

Ramadhan- Peluang Merawat Hati & Iman


Bismillahirrahmanirrahim...Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan 1433H

Salam Ramadhan buat sahabat2 ghaib sekalian. Setelah bercengkerama beberapa bulan bersama syaitan, hari ini musuh utama kita itu sedang dipenjarakan. Walaubagaimanapun satu musuh lagi yang perlu ditewaskan  iaitu nafsu. Bulan Ramadhan nikmat Allah buat umat Islam termasuk para pemuda/I sekalian.
Setan dipenjara dan berehat sebulan Ramadhan

  Kini tiba masanya semua organ Gastroenterologi kita berehat setelah bekerja keras selama ini. Perut dengan rembesan Hydrochloriknya untuk memecahkan protein, small intestine dengan penyerapan nutrisinya serta colon dengan pergerakannya mengeluarkan tahi melalui rectum seterusnya saluran anus. Dan tiba masanya rohani kita perlu diservis semula dalam pertarbiahan yang dinamakan Universiti Ramadhan.
Banyak fakulti disediakan dalamnya antaranya fakulti Rohani, Fakulti Perubatan, Fakulti Immunologi, Fakulti Sosialogi


   Bulan Ramadhan medan untuk kita menangkis penyakit2 hati seperti syirik hissi (tersembunyi) dan jelas, takabbur, ujub, hasad dngki, dendam dan riak. Tujuan Allah berikan bulan rahmat ini untuk melatih hamba2-Nya untuk menahan nafsu makan, minum, syahwat, dan amarah. Seterusnya dapat melatih diri agar bertakwa kepada Allah kerana ibadah ini sahaja yang tidak nampak secara zahir. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183:

“Wahai orang2 beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."

Selain itu , bulan ini melatih diri untuk merasai keperitan golongan di Palestin, Somalia, negara2 Afrika yang kekurangan makanan selanjutnya melatih kita supaya tidak tamak dengan kekayaan nikmat Allah yang ada. Nikmat tersebut dapat dikongsi bersama melalui zakat fitrah.
Moga dengan berpuase kita mampu menghayati naseb golongan fakir miskin di Afrika dan janganlah kita bazirkan makanana yang ada. Habeskanlah walaupun sebutir nasi dalam pinggan.

   Banyak kelebihan bulan puasa. Antara yang dapat dinyatakan di sini solat terawikh, yang mana solat sunat mua’kad kepada semua umat Islam khususnya pada bulan ini sahaja. Tawaran ganjaran pahala daripada Allah apabila melakukan ibadah sunat sama pahalanya 70 kali solat fardu. Masya-Allah! Selain itu, bonus tambahan di akhir 10 Ramadhan Allah mengurniakan satu malam special yang ditunggu-tunggu semua makhluk di muka bumi iaitu malam Lailatulqadr. Sesungguhnya amat beruntunglah kepada sesiapa yang memperoleh malam yang diganjari pahala sebanyak 1000 bulan. Firman Allah SWT dalam surah al Qadr ayat 1-3:

“Sesungguhnya Kami telah Menurunkannya (al-Quran) pada malam al-qadr. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu. Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.”
Tawaran mega daripada Allah yang tidak dikurniakan kepada umat lain. Moga kita bersama-sama memburunya. Chaiyokk!!!

   Dalam bulan Ramadhan juga diturunkan Al-Quran surah al-Alaq ayat 1-5. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 185:

“Bulan Ramadhan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan2 mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan salah)

Al-Quran menjadi panduan hidup manusia kerana manusia diciptakan dengan pelbagai tujuan.  Dalam surah al-A’raf ayat 203, 

Katakanlah (Muhammad), “Sesungguhnya aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan Tuhan-Ku kepadaku. (Al-Quran) ini adalah bukti2 yang nyata dari tuhan-Mu, petunjuk dan rahmat bagi orang yang beriman.”

Dan tujuanNya melalui firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 29:

“Dia-lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” 

   Dalam menjalankan tugas2 ini, setiap amal  baik dan buruk pasti ada pembalasanNya. Kerana Allah telah bersabda dalam surah Ali-imran ayat 185:

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya”

Bila kita di alam akhirat, syurga tidak boleh dibeli, dirasuah, ditempah sebagaimana di dunia ini bagi yang bertuhankan wang keadaan tersebut berlaku. Bagaimana pemimpin2 yang mentadbir dunia terlibat dengan perkara2 mungkar kerana berfikiran sekular. Seperti firman Allah dalam surah Waqi’ah ayat 1-3:

“Apabila berlaku hari kiamat itu. Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).”
Kat dunia nie bolehla bodek2, rasuah sane sini sebab tak takutkan Allah tapi di akhirat tak de peluang lagi nak buat bende2 kotor nie.....semua bergantung pada amal masing2.

   Dalam solat kita wajib sebut “maaliki yaumid-din” (Al-Fatihah:4) yang dalam tafsiran membawa maksud bahawa pembalasan nanti di akhirat mengikut agama Allah. Mana2 undang2 parlimen atau dunia yang bercanggah dengan Ad-din tertolak daripada syariat. Mane2 amal kita yang bercanggah dengan Ad-din akan membawa kepada kemurkaan Allah. Oleh itu marilah sama2 kita meyakini hari Akhirat dengan sentiasa bertakwa kepada Allah waktu sunyi waktu ramai. Moga Allah kuatkan tekad ini untuk diri yang serba lemah ini.

   Oleh itu sahabat2 jadikan Ramadhan kali ini yang terbaik untuk kita memupuk rasa takwa kita kepada Allah. Moga Ramadhan kali ini memantapkan Iman dan Takwa kita kepada Allah yang menguasai hari kiamat nanti. Dialah yang menentukan tempat terbaik untuk kita di syurga atau neraka. Wallahua’lam. Takbir!!!
Tak buat bercanggah dengan Ad-din. Ke guane?? Same2 la kita fikir2kan. Sekaranglah masa perubahannya.