Tuesday 24 April 2012

Just The Way You Are Akhawat

Damn, I miss it...
The time when you looked so beautiful,
When, the cover you wear was long enough,
When your words were carefully spoken,
When your dress was so modest,
While in the real arena you were such a
Ferocious lioness, a real mujahidah,
I love that time, I love you just the way you are.

Wanita dirimu penghias dunia sebaik-baik perhiasan wanita mujahidah seperti dirimu

Damn, I miss it...
When you are not trying to look beautiful, you are,
When you quickly put your cover down when the winds blew it hard,
When you take another route just to avoid the opposite group,
I miss to see that calm sweet face,
I miss it when your face saddened by the reminders of God,
And I love you just the way you are.


Dirimu menjaga diriku pon terjaga, terima kasih kerana menjauhkan aku daripada kemurkaan Allah!!!
Damn, I miss it...
When I tried to steal a look at your face,
I see tears rolling out with your hands up,
praying,
When you deviate the gorgeous grey eyes away the moment yours met mine,
When you take no single glance at me when we pass by each other,
I love the way you talk to me, such composure and grace,
I love that time, I love you just the way you are.
Moga dirimu terus istiqamah menjadi muslimah solehah kerana dirimu lebih baik daripada 1000 lelaki soleh


I really want you to be my company in this perilous journey,
I really want you to be at my side,
sharing love and care,
I really want you to be the mother of my children,
I really want you to be my guidance to His Love,
Even death cannot do us apart, because we will
reunited in God's Glorious Gardens. InsyaAllah...

Aku menasihatimu supaya kamu bisa menjadi teman pendampingku melalui liku2 dunia mencapai rahmat Allah kelak

But girl, please! I really love you just the way
you are at that time,
The time when you looked so beautiful,
When I saw you at that time,
There's not a thing that I would change,
Cause you are amazing, just the way you are,
The way of a Muslimah.
Jagalah auratmu dengan sempurna kerana jiwa ini sakit memandangnya!!!

Sources: Barakah Ilmu 19th Edition of Persatuan Mahasiswa/i Perubatan Unisza
Credit to kolumnis: FAM




Friday 20 April 2012

Fasa-fasa Kejadian Bayi

Bismillahirrahmanirrahim...

   Untuk entri kali ini, ambe meneruskan kupasan buku Dr Danial. Fasa2 kejadian bayi berlaku selepas pensenyawaan (fertilisation) seperti firman Allah ayat 14 surah Nuh, "Padahal dia menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian". Dalam permulaan proses pembentukan manusia, embrio akan bertukar menjadi alaqah berdasarkan firman Allah ayat 14 surah al-Mukminun, "Kemudian daripada nuthfah kami jadikannya alaqah". Jelas seperti yang diterangkan dalam entri yang lepas, pemahaman kita mengenai nuthfah adalah nuthfah amsyaaj yang bermaksud pencampuran antara benih laki2 dan benih perempuan. Bukan benih laki2 semata-mata.
Ilmu embriologi menceritakan fasa2 kejadian bayi seperti yang dinyatakan terlebih dahulu dalam al-Quran


   Alaqah dalam bahasa Arab mempunyai 3 maksud, 1) segumpal darah 2) sesuatu yang melekat 3) lintah. Pada minggu kedua embrio, embrio menyerupai seekor lintah beukuran ~0.6mm yang tergantung dalam rahim (uterus) yang deseliputi dinding endometrium. Menurut Imam Qurtubi dalam kitab al-Jamik li Ahkamil Quran, alaqah ditafsirkan sebagai darah beku. Tafsiran ini dibuktikan oleh Profesor Keith Moore & Persaud dalam The Developing Human edisi ke-5.
Beginilah bentuk alaqah seperti yang Allah beritahu


   Daripada alaqah bertukar menjadi mudghah berdasarkan firman Allah ayat 14 surah al-Mukminun, "Kemudian daripada alaqah kami jadikan mudghah". Ini berlaku sewaktu embrio berusia 4 minggu berpunca daripada sel2 somites yang menyerupai tanda2 gigitan persis daging yang dikunyah. Somites akhirnya akan bertukar menjadi tulang belakang (vertebrae). Kejadian ini dilaporkan oleh Profesor Keith Moore dalam journal of Islamic Medical Association (1986) volume 18. Kemudian mudghah terbahagi kepada 2 bentuk, sempurna atau tidak sempurna dan diistilahkan dalam ilmu embriologi sebagai differentiated and undifferentiated tissues. Ini selaras dalam firman Allah surah al-Haj ayat 5, "Kemudian jadilah kamu mudghah yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna kejadiannya".
Somite cells persis seperti daging yang dikunyah yang membentuk mudghah


   Daripada mudghah, embrio ditutupi tulang dan daging bersandarkan firman Allah dalam ayat 14 surah al-Mukminun, "Kemudian daripada mudghah kami jadikan tulang dan kami tutup tulang itu dengan daging". Daripada sel2 awal yang dikenali sebagai somatic mesoderm, kejadian tulang berlaku terlebih dahulu sebelum kejadian daging atau muscles. Selepas tulang diseliputi daging, embrio berubah menjadi bentuk yang lain iaitu bentuk manusia seperti firman Allah ayat 14 surah al-Mukminun, "Kemudian kami jadikannya makhluk berbentuk lain. Maha Suci Allah, pencipta yang paling baik".
Lateral plate mesoderm consist of somatic mesoderm functioning in vertebrae formation


   Pada masa 6 minggu embrio atau ~40 hari, ia berubah menjadi janin (foetus) dimana embrio mempunyai sel2 asas bagi pembentukan organ2. Selepas itu roh ditiupkan dan pancaindera dikurniakan berdasarkan firman Allah, "Kemudian Dia menyempurnakan kejadian dan meniupkan roh ke dalamnya dan dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan af-idah dan sedikit sekali kamu bersyukur". Menurut Said Hawa dalam kitab al-Asas fi al-Tafsir af-idah bermaksud akal. Pada peringkat ini deria khas atau special senses terbentuk bermula dengan kejadian telinga (primordia of internal ears) diikuti dengan mata dan otak. Profesor Keith Moore dari Department of Anatomy, University of Toronto mengesahkan urutan2 ini daripada ilmu embriologi seperti yang dinyatakan al-Quran.
Transformasi daripada embrio kepada fetus pada hari ke-40 selepas ditiupkan roh dan menyerupai rupa bentuk manusia

   Kesimpulannya, fasa2 kejadian bayi membuktikan al-Quran mendahului sains dalam penerangan mengenai tahap2 pembentukan manusia dalam alam rahim ibu. Seterusnya kitab al-Quran sewajibnya dijadikan panduan dalam setiap kajian sains yang dilakukan. Ini membuktikan al-Quran kalam Allah yang mengkehendaki manusia mengkaji dan mentadabbur alam dengan ayat2 al-Quran. Moga kita menjadi saintis2 Islam yang merubah sukatan pelajaran berteraskan ilmu wahyu. Insya Allah. Wallahua'lam.
Prof Keith Moore mengesahkan kebenaran isi al-Quran & pernah menyatakan ada ayat dalam al-Quran yang berkait dengan embriologi manusia akan dapat difahami seiring peningkatan tahap ilmu manusia. Subhanallah!!!

Kejadian Manusia & Ilmu Embriologi

Bismillahirrahmanirrahim...

   Sahabat2 sekalian. Hidupkan ruh jihadmu untuk kita terus berjuang menentang hawa nafsu yang terus menyerang. Setiap hari nafsu diperbaharui. Itulah sebabnya kita sudah menyesal dengan maksiat yang dilakukan masa lalu tetapi kita mengulanginya pada masa yang lain. Untuk entri kali ini, sukalah ambe berkongsi melalui bacaan hasil tulisan Dr Danial Zainal Abidin dalam bukunya Quran Saintifik.

Rujukan ambe
   Sebenarnya ilmu embriologi didahului oleh Islam melalui turunnya al-Quran pada abad ke-7M. Berbanding Barat yang mula mengkajinya pada abad ke-15M. Mengikut Teori Darwinism, manusia berevolusi daripada beruk kemudiannya beransur-ansur berubah menjadi manusia. Jika Darwin membaca al-Quran barangkali, mungkin dia akan menyatakan manusia berevolusi daripada Tanah ke Nuthfah (air mani & ovum). Ini disebabkan nabi Adam diciptakan daripada tanah manakala keturunan2nya berasal daripada campuran air mani & ovum seperti dinyatakan oleh Allah dalam ayat 5 surah al-Haj, "Wahai manusia jika kamu meragui hari kebangkitan (maka ingatlah) kami menciptamu daripada tanah, kemudian daripada nuthfah.
Teori sesat Darwin


   Imam Qurthubi dalam al-Jamik li Ahkamil Quran menafsirkan nuthfah sebagai air mani. Ini disebabkan daripada air mani hanya jumlah yang sedikit diperlukan bagi proses persenyawaan iaitu sperma. Dalam al-Quran, sperma sahaja tidak mencukupi dalam proses persenyawaan. Allah telah berfirman dalam ayat 2 surah al-Insan, "Sesungguhnya kami mencipta manusia daripada nuthfah yang bercampur". Jelas daripada ayat ini sperma bercampur ovum untuk menghasilkan manusia.
sperm + ovum = embryo


   Sahabat Rasulullah SAW, Abdullah b Abas mentafsirkan pertumbuhan bayi berlaku setahap demi setahap berbeza dengan pandangan ahli falsafah Yunani, Hippocrates yang menyatakan kesemua bahagian bayi tumbuh secara serentak. Aristotle pula menyatakan air mani bercampur dengan darah haid wanita bagi mencipta manusia. Berdasarkan ilmu anatomi yang ambe pelajari, tafsiran yang dikemukan oleh Abdullah b Abas menepati penemuan sains.
Ginilah ambe n sahabat2 dulu


   Allah berfirman dalam ayat 8 surah as-Sajadah yang bermaksud, "Dan kemudian dia menjadikan keturunannya (manusia) daripada sari pati (sulalah) air yang hina (atau lemah)". Imam Qurtubi sekali lagi dalam al-Jamik li ahkamil Quran menyatakan sulalah atau sari pati bermaksud "sesuatu yang dikeluarkan daripada sesuatu yang lain". Ini menunjukkan Allah tidak mengkhususkan air tersebut air mani bahkan menunjukkan manusia dan keturunannya berasal daripada air yang terdapat pada laki2 dan perempuan.
Ayat 8 surah Sajadah sebagai bukti manusia hina & lemah disisi Allah SWT


   Air mani laki2 merupakan campuran sperma bergabung dengan cecair2 yang terhasil daripada seminal vesicles, prostate, dan bulbourethral glands. Ini membuktikan sperma adalah saripati yang keluar daripada air mani. Begitu juga dengan benih wanita. Ovum dikelilingi Follicle bertindak melindungi ovum dan diisi dengan Antrum fluid bagi berfungsi menyalurkan khasiat kepada ovum sebelum matang. Apabila proses ovulasi berlaku, follicle akan pecah dan ovum akan dirembeskan untuk bersenyawa dengan sperma. Ini selari dengan maksud sulalah atau saripati kerana ovum keluar daripada cecair dalam takungan Follicle.
Fasa kitaran ovum dalam ovari


   Untuk akhirnya tafsiran berkenaan ayat air yang hina (atau lemah). Imam Qurtubi menyatakan sebahagian ulama' mentafsirkan perkataan mahiin sebagai hina manakala sebahagiannya menyatakan lemah.
Jika kita tafsir sari pati yang hina, air mani keluar daripada saluran yang sama dengan najis air kencing. Jika kita tafsir sebagai sari pati yang lemah, ovum tidak mampu bergerak ke fallopian tube untuk persenyawaan tanpa bantuan cilia yang ada di dinding2 fallopian tube. Ovum juga tidak dapat bertahan lama tanpa persenyawaan dengan sperma selama 24 jam. Jika tidak ia akan mati. Untuk sperma ia akan mati juga jika tiada persenyawaan dengan ovum selama 5 hari. Oleh itu kita tak usahlah sombong bongkak kerana asal usul kita hina & lemah!!! Wallahua'lam.
Usahlah menyangka diri hebat kerana kita asalnya hina dan lemah pada pandangan Allah SWT

Monday 16 April 2012

10 Wasiat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna

   Bismillahirrahmanirrahim.......

   Sahabat2, Rasulullah tidak meninggalkan harta benda kepada umat2nya. Rasulullah SAW yang kita cintai tinggalkan al-Quran dan As-sunnah untuk kita ikuti sepanjang perjalanan kita di dunia. Setelah nabi Muhammad wafat, tiada nabi atau rasul. Maka ulama'lah yang menyambung perjuangan dakwah Rasulullah. Untuk entri kali ini, marilah kita hayati 10 wasiat ulama' & mujahid gerakan Islam Ikhwanul Muslimin, Imam Hasan al-Banna sebagai panduan mujahid2 Islam abad ini.

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
Bersegeralah menunaikan solat apabila muazzin mengumandangkan azan


2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku2 ilmu, pergilah ke majlis2 ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tidak berfaedah.
Tatapilah tafsir atau terjemahan al-Quran agar kita memahami kandunagn Quran dan mengetahui setiap suruhan & larangan Allah SWT


3. Beusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu2nya syiar Islam.
Sama2lah kita berusaha untuk mempelajari & menguasai bahasa Arab dengannya kita mampu memahami al-Quran & Islam dengan lebih mudah


4. Janganlah bertengkar dalam apa2 perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa2 jua kebaikan.
Kawallah nafsu amarah kita daripada menguasai diri  & sebaik2nya kita berlapang dada dengan sahabat2 kita


5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
Jangalah kita terlampau dalam bergelak kerana ia boleh mematikan hati


6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
Berguraulah ikut batasan yang ditetapkan bagi merapatkan hubungan bukan secara berlebih2an

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia2 malah menyakiti hati orang.
Peliharalah suaramu serikandi dunia agar terhindar daripada orang yang sakit jiwanya mendekatimu!!!


8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan2 dan janganlah bercakap melainkan apa2 yang memberi kebajikan.
Hindarilah diri daripada mengumpat kerana ibaratnya kita makan bangkai saudara kita sendiri & usahlah mencaci jemaah lain yang tidak sefikrah dengan kita


9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
Walaupun payah untuk kita bekenalan dengan orang yang asing, berusahalah untuk kita memperluaskan sasaran dakwah Islam


10. Kewajipan2 kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
Peliharalah masa kita sebaik2nya kerana kerja kita lebih banyak daripada masa yang kita ada sebenarnya


 Moga2 nasihat2 Imam Syahid Hasan al-Banna kita dapat aplikasikan dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang mukmin, dai'e, dan khalifah merangkap kepada Hamba Allah dan bukannya hamba nafsu. Wallahua'lam.

Friday 13 April 2012

Tazkiyatun Nafsi

Bismillahirrahmanirrahim,

Apa kabau sahabat2??? Moga senyum selalu. Secara psikologinya jika kita mulakan sesuatu dengan senyuman pasti kerja yang dilakukan beres. Untuk entri kali ini ambe mengajak sahabat2 & diri ini untuk sama2 menyucikan jiwa daripada segala kekotoran jiwa. Marilah kita sama2 menyucikan jiwa dengan selalu membaca al-Quran, berzikir, berpuasa sunat. Moga2 dengan usaha tersebut mampu mengawal hawa nafsu kita daripada mengongkong akal waras yang selalu mengajak melakukan maksiat.
Marilah sama2 kita sucikan jiwa






Masa seperti pedang sahabat2!!!


  Allah ada berfirman; "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar2 berada dalam kerugian kecuali orang2 yang beriman & mengerjakan amal salih dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menepati kesabaran" (Surah al-Ansar:1-3). Maka ditekan disini bahawa Allah telah bersumpah dengan masa supaya menjaganya dengan sebaik-baiknya. Pepatah Arab juga ada menyatakan " Masa ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya ia akan memotong kamu". Masa bagi seorang pejuang Islam dinukilkan dalam kata2 Imam Hasa al-Banna, "Kewajipan yang ada melebihi masa yang ada". Moga kita berada dalam golongan yang soleh dengan menjaga masa sebaik-baiknya.


Hidup ni hanya untuk jadi hamba Allah bukan hamba nafsu
   "Tidaklah aku jadikan jin & manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku. (Surah adzariyat: 56). Melalui ayat Allah ini masa yang kita ada wajiblah digunakan untuk beribadah memperhambakan diri kepada Allah senantiasa. Ini dapat dilakukan dengan cara meniatkan setiap pekerjaan kita untuk Allah bukan mencari keredhaan manusia. Kala kini rasuah berleluasa disebabkan membuat kerja bukan mencari redha Allah tetapi bagi mengejar habuan dunia yang penuh tipu daya.


   Allah telah beri kita masa hanya 24 jam sehari. Maka sebaik2nya masa yang kita ada untuk membuat sesuatu kerja janganlah ditangguhkan. Bak kata orang Ganu buat kije lalu agar kerja yang akan datang tidak bertindih dengan kerja yang lepas. Jika kerja ditangguhkan, dalam konteks sebagai mahasiswa/i ia akan membawa tekanan perasaan hingga menyebabkan kita hanya meniru kerja rakan2 kita tanpa melalui usaha sendiri. Sebagai hamba Allah berilah masa2 kita yang sedikit jua untuk berdoa', berzikir, bersolat sunat, bertafakur, muhasabah diri dan menggilap hati dengan membaca atau menghafal al-Quran. Contoh2 yang disebutkan ini hanyalah ibadah2 sunat. Bagi ibadah wajib sewajib2nya kita melakukannya tepat waktunya. Contohnya solat fardu tepat waktunya, mengeluarkan zakat setelah cukup haulnya.


   Orang yang tidak menjaga masa diibaratkan seperti orang yang tidak menghargai nyawa. Ini disebabkan masa yang Allah berikan tidak akan berulang kembali. Begitu juga nyawa. Setelah dikembalikan roh kepadaNya tidak dikembalikan semula. Maka sebaik2nya jagalah masa ibarat menjaga nyawa kita sendiri.
Nyawa yang Allah berikan tidak akan dikembalikan samalah dengan masa

   Masa yang ada wajiblah kita gunakan untuk mencari ilmu. Biarlah ilmu yang kita cari daripada kita muda hingga ke mati. Rasulullah pon menyuruh umat2nya agar mencari ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad. Dengan kita mencari ilmu pengetahuan dunia & akhirat, ia merupakan jalan yang mendekatkan diri kepada Allah, boleh juga jalan yang menjauhkan diri daripada Allah disebabkan salah guna ilmu yang dipelajari dan jalan yang menunjukkan bahaya, halangan & tipu daya dalam perjalanan. Dengan usaha kita mencari ilmu, ia memudahkan jalan2 ke syurga. Nabi Muhammad SAW ada bersabda, " Sesiapa yang mengikut suatu jalan untuk mendapatkan ilmu, Allah mempermudahkan baginya jalan ke syurga".
Dengan ilmu kita mampu membezakan mana baik mana buruk sebagai panduan menuju Jannah Allah


   Zikrullah merupakan amalan yang disukai Allah. Dengan kita menuntut ilmu ia antara cara zikrullah kepadaNya. Ilmu boleh dibahagiakn kepada tiga bahagian; ilmu fardu ain, ilmu semasa dan ilmu masa  depan.
Dan ilmu fardu ain boleh dipecahkan lagi kepada akidah, tasawuf dan fikah. Akhir kalam gunakan masa untuk merenung, mengkaji dan menganalisis mengenai kejadian alam. Bagaimana bumi dan langit boleh berpisah. Bagaimana peredaran darah manusia yang dipam secara sistematik dalam badan manusia. Semoga dengan kita bertadabbur alam memperoleh kemantapan jiwa mengenai bukti2 tentang kewujudan Tuhan yang Maha Pencipta, Pengatur lagi Maha Agung serta Maha Bijaksana. Takbir!!! Wallahua'lam.

Masa kita memikirkan proses kejadian alam mampu memantapkan iman kita kepada Allah!!!