Sahabat2 sekalian. Hidupkan ruh jihadmu untuk kita terus berjuang menentang hawa nafsu yang terus menyerang. Setiap hari nafsu diperbaharui. Itulah sebabnya kita sudah menyesal dengan maksiat yang dilakukan masa lalu tetapi kita mengulanginya pada masa yang lain. Untuk entri kali ini, sukalah ambe berkongsi melalui bacaan hasil tulisan Dr Danial Zainal Abidin dalam bukunya Quran Saintifik.
![]() |
Rujukan ambe |
![]() |
Teori sesat Darwin |
Imam Qurthubi dalam al-Jamik li Ahkamil Quran menafsirkan nuthfah sebagai air mani. Ini disebabkan daripada air mani hanya jumlah yang sedikit diperlukan bagi proses persenyawaan iaitu sperma. Dalam al-Quran, sperma sahaja tidak mencukupi dalam proses persenyawaan. Allah telah berfirman dalam ayat 2 surah al-Insan, "Sesungguhnya kami mencipta manusia daripada nuthfah yang bercampur". Jelas daripada ayat ini sperma bercampur ovum untuk menghasilkan manusia.
![]() |
sperm + ovum = embryo |
Sahabat Rasulullah SAW, Abdullah b Abas mentafsirkan pertumbuhan bayi berlaku setahap demi setahap berbeza dengan pandangan ahli falsafah Yunani, Hippocrates yang menyatakan kesemua bahagian bayi tumbuh secara serentak. Aristotle pula menyatakan air mani bercampur dengan darah haid wanita bagi mencipta manusia. Berdasarkan ilmu anatomi yang ambe pelajari, tafsiran yang dikemukan oleh Abdullah b Abas menepati penemuan sains.
![]() |
Ginilah ambe n sahabat2 dulu |
Allah berfirman dalam ayat 8 surah as-Sajadah yang bermaksud, "Dan kemudian dia menjadikan keturunannya (manusia) daripada sari pati (sulalah) air yang hina (atau lemah)". Imam Qurtubi sekali lagi dalam al-Jamik li ahkamil Quran menyatakan sulalah atau sari pati bermaksud "sesuatu yang dikeluarkan daripada sesuatu yang lain". Ini menunjukkan Allah tidak mengkhususkan air tersebut air mani bahkan menunjukkan manusia dan keturunannya berasal daripada air yang terdapat pada laki2 dan perempuan.
![]() |
Ayat 8 surah Sajadah sebagai bukti manusia hina & lemah disisi Allah SWT |
Air mani laki2 merupakan campuran sperma bergabung dengan cecair2 yang terhasil daripada seminal vesicles, prostate, dan bulbourethral glands. Ini membuktikan sperma adalah saripati yang keluar daripada air mani. Begitu juga dengan benih wanita. Ovum dikelilingi Follicle bertindak melindungi ovum dan diisi dengan Antrum fluid bagi berfungsi menyalurkan khasiat kepada ovum sebelum matang. Apabila proses ovulasi berlaku, follicle akan pecah dan ovum akan dirembeskan untuk bersenyawa dengan sperma. Ini selari dengan maksud sulalah atau saripati kerana ovum keluar daripada cecair dalam takungan Follicle.
![]() |
Fasa kitaran ovum dalam ovari |
Untuk akhirnya tafsiran berkenaan ayat air yang hina (atau lemah). Imam Qurtubi menyatakan sebahagian ulama' mentafsirkan perkataan mahiin sebagai hina manakala sebahagiannya menyatakan lemah.
Jika kita tafsir sari pati yang hina, air mani keluar daripada saluran yang sama dengan najis air kencing. Jika kita tafsir sebagai sari pati yang lemah, ovum tidak mampu bergerak ke fallopian tube untuk persenyawaan tanpa bantuan cilia yang ada di dinding2 fallopian tube. Ovum juga tidak dapat bertahan lama tanpa persenyawaan dengan sperma selama 24 jam. Jika tidak ia akan mati. Untuk sperma ia akan mati juga jika tiada persenyawaan dengan ovum selama 5 hari. Oleh itu kita tak usahlah sombong bongkak kerana asal usul kita hina & lemah!!! Wallahua'lam.
![]() |
Usahlah menyangka diri hebat kerana kita asalnya hina dan lemah pada pandangan Allah SWT |
No comments:
Post a Comment