Thursday 13 February 2014

Rawatan Penyakit Cinta



Bismillahirrahmanirrahim,

Dalam entri ini kita akan cuba membincangkan cara rawatan yg dicadangkan oleh Ibn Qayyim al-Jauziyyah mengikut perubatan Nabi. In sha Allah. Moga bermanfaat dan dapat kita amalkan mengikut tahap kemampuan yg ada.
Rujukan

Dalam SHahih al-Bukhari dan Muslim drpd Ibn Mas’ud Rasulullah bersabda:

“Wahai para pemuda sesiapa di antara kamu telah mempunyai kemampuan, hendaklah ia menikah sebab menikah itu lebih mampu melindungi pandangan mata dan lebih mampu menjaga kemaluan. Sesiapa yg belum mampu menikah, hendaklah ia berpuasa sebab puasa itu menjadi ubat dan penawarnya.”
Pernikahan adalah rawatan sebenar terhadap penyakit cinta

Baginda menunjukkan rawatan sebenar dan rawatan sementara untuk dipilih. Dalam hadis riwayat Ibn Majah dari Ibn Abbas Rasulullah bersabda:

“kami tidak melihat cara paling elok bg dua org yg saling mencintai melainkan nikah.”

Jika seseorang yg diserang penyakit cinta tak mampu membawa org yg dicintainya menurut aturan yg ditunjukkan syariah seperti yg diatas, maka rawatannya adalah memberi kesan dlm jiwanya akan adanya kebuntuan trhadap harapannya sebab kalau jiwa seseorang sudah berasa buntu ia akan berasa tenang, tidak teralu mengejar buruannya.
Tak mampu bernikah, bermulalah fasa mujahadah untuk menekan segala kehendak nafsu. Pertunangan bukanlah lesen untuk menghalalkan perhubungan


Jika nafsu amarahnya tak juga boleh menerima cara tersebut, hendaklah ia meninggalkan angan2 untuk menikahi kekasihnya disebabkan faktor sekeliling yg mustahil utk dicapai  kerana 2 perkara:

1   1) Takut pada Allah
2   2)  Keyakinan bahwa hilangnya apa yg dia cintai lebih baik bg dirinya, lebih berfaedah bahkan membuatnya mendapat sesuatu yg lebih lazat dan lebih menggembirakan.

Jika seseorang sudah yakin bahwa dgn mengejar kekasihnya akan berlaku kehilangan sesuatu yg lebih besar drpd hilangnya kekasih atau berlakunya sesuatu yg lebih menyusahkan dari hilangnya kekasih maka akan mudahlah utk meninggalkan angan2nya. Ia akan berpandangan bahawa lepasnya si kekasih lebih mudah utk diterima dgn kesabaran. Akal, agama, harga diri, dan kemanusiaan yg ada pada dirinya menyuruh dirinya untuk menanggung bahaya yg lebih ringan yg kemudiannya akan berubah menjadi nikmat, kegembiraan untuk mengelak dari berlakunya bahaya yg lebih besar. Manakala kejahilannya, hawa nafsunya, kegilaaan dan sikap meremehkan akan terus menyuruhnya mendahulukan kekasih yg fana dgn segala yg dimilikinya dgn segala usaha. Sungguh org yg terpelihara adalah yg dipelihara Allah.
 
Jika tak mampu bermujahadah sehingga melanggar batas pergaulan, better tinggalkan kekasih itu. Seorang laki secara fitrahnya takkan mempermainkan kekasihnya. Jika berlaku dia hanya mahu mempermainkan perhubungan dan akhirnya meninggalkan kekasihnya setelah dapat sesuatu kepentingan daripadanya.
Jika jiwa seseorang masih tak mampu menerima ubat ini, cubalah memerhatikan apa akibat dan kerosakan fana yg ditimbulkan akibat memperturutkan syahwat yg dapat menimbulkan pelbagai kerosakan terbesar di dunia yg akan melenyapkan kemashlahatan sebab ia akan menghalang seorang hamba menggunakan kecedasan akalnya.
 
Pabila syahwat dituruti, akal terlepas dari gengaman. Kerosakan dan keruntuhan fitrah kemanusiaan berlaku
Jika rawatan ini juga tak mampu untuk diterima, hendaklah ia mengingatkan pelbagai keburukan dari si kekasih hati yg boleh menyebabkan dirinya membenci kekasihnya itu. Silakan tanya para sahabatnya tentang keburukannya yg tersembunyi yg akan mendorong utk membencinya dan tak menyukainya. Alihkan pandangan dari sekadar kecantikan  luar menembus sampai pada buruknya amal perbuatannya. Cara ini bukan bermaksud untuk mengaibkan dirinya di khalayak tapi untuk proses melupakan kekasih hati.
Dengan mencari keburukannya bukan untuk tujuan mengaibkannya, bisa mungkin kita mampu melupakan kekasih hati  yg mengkhianati perhubungan


Jika masih juga belum mampu menyembuhkannya, serahkan jiwa kepada Allah yg selalu mengabulkan doa org yg berdoa kpdNya dlm keadaan terdesak.
Kita ja x prasan Allah sangat hampir dgn kita...Banyakkan berdoa dan tawakkal kpdNya...


Bahaya penyakit cinta terhadap hati melebihi segala sesuatu. Bahkan penyakit cinta boleh disebut sebagai khamar (arak) rohani yg boleh menyebabkan jiwa menjadi mabuk kepayang hingga mneghalangnya utk berzikir dan mencintainya utk berasakan nikmat berzikir kpd Allah dan munajat  secara khusyuk kpd Allah. Bahkan boleh menyebabkan hati menyembah selain Allah, sebab hati org yg dirundung asmara akan menjadi kekasihnya. Bahkan cinta kasih adalah otak dari penghambaan diri. Cinta itulah yg menyempurnakan rasa tunduk, kecintaan, dan kepasrahan mendalam. Lalu bagaimana mungkin ketundukan hati kepada selain Allah itu boleh membawa seseorang kpd kdudukan paling mulia dlm kalangan ahli tauhid, dlm kalangan pemuka dan org2 istimewa antara mereka? Wallahua’lam.
 
Syaitan akan senantiasa mencari ruang dan peluang untuk merosakkan perhubungan yang dibina sebelum ke gerbang pernikahan

Bimbingan Rasulullah SAW Merawat Penyakit Asmara



Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah di kesempatan yg terluang ini, ana ingin berkongsi bimbingan Rasulullah SAW merawat dan mengubat penyakit asmara. Ana petik daripada buku at-Tib an-Nabawi karangan Ibn Qayyim Jauziyyah.
Sumber rujukan

Penyakit asmara atau bahasa mudahnya cinta merupakan penyakit hati. Jika tidak diubati, ia amat menganggu para pesakitnya. Rasulullah dalam mencintai para isterinya tidaklah sampai pada puncak kecintaan. 

Penyakit cinta terhadap peribadi tertentu adalah penyakit yg menghinggapi hati yg kosong dari cinta trhadap Allah SWT. Hati yg berpaling dari Allah digantikan dengan selainNya.
“Begitulah agar Kami memalingkan drpdnya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf termasuk hamba-hamba Kami yg ikhlas…”(Surah Yusuf:24)

Dalil ini menunjukkan bahawa keikhlasan merupakan faktor menolak hujahan cinta serta pelbagai akibatnya yang keji. Ulama’ as-Salaf berkata: Penyakit cinta adalah aktiviti hati yg kosong. Iaitu kosong dari selain peribadi yg dicintainya.

“Dan menjadi kosonglah hati ibu Musa. Sesungguhnya hampir sahaja ia memberitahu rahsia tentang Musa..” (Surah al-Qashah:10). Hati ibunya kosong dari segala sesuatu, melainkan ingatan dan cinta terhadap anaknya, Musa.

Sungguh penyakit cinta ini payah untuk mencari puncanya.  Sungguh hikmah Allah menciptakan kesesuaian antara yg serupa perangainya, ketertarikan siapa sahaja kpd peribadi yg sesuai dgn dirinya, peribadi yg tabiatnya sesuai dgn tabiatnya dpt merungkai persoalan ini. Selain itu, ada ketidaksesuaian dan kebencian terhadap peribadi yg tidak sesuai dgn tabiatnya. Rahsia berlakunya komunikasi dua arah dlm dunia makro mahupun mikro tidak lain adalah kerana adanya kesuaian, kesamaan dan juga keserupaan tabiat dan sifat. Manakala rahsia berlakunya tolak menolak kerana ketidaksesuaian dan perbezaan sifat.

“Dialah yg menciptakan kamu dari diri yg satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya agar dia berasa senang kepadanya (Surah Al-A’raf:189)
Ketenangan seorang laki2 apabila bersama seorang isteri yg telah ditentukan jodohnya sejak alam roh

Allah menjadikan punca seorang laki2 senang berada di sisi wanita kerana faktor persamaan dan kesesuaian.  Alasan munculnya segala kesesuaian itu kerana si wanita berasal dari laki2, justeru jelas yg menjadi alasan bukanlah penampilan yg cantik, bukan juga kesamaan atau keseragaman tujuan dan keinginan bukan juga dlm akhlak dan jalan hidup. Meskipun semua itu termasuk faktor yg menimbulkan ketenangan dan cinta.

Dalam hadis shahih Rasullah SAW bersabda;
“Roh2 itu ibarat barisan tentera yg teratur; yg saling mengenali akan saling sesuai, manakala yg tidak saling mengenali akan saling membenci.”

Buktinya di akhirat kelak setiap orng yg beramal dipertemukan dgn serupa dgnnya. Antara dua org yg saling mencintai di jalan Allah akan saling dipertemukan di syurga. Di antara dua org yg saling mencintai di jalan syaitan akan dipertemukan di neraka Jahim. Dalam kitab Shahih Al-Hakim disebutkan:

“Setiap kali seseorang itu mencintai org tertentu, pasti ia akan dipertemukan dgnnya (pada hari kiamat).”

Cinta itu bermacam-macam. Cinta yg utama dan  mulia adalah cinta di jalan Allah dan cinta kpd Allah. Cinta kepada sesuatu disebabkan kerana ada kepentingan tak akan kekal. Apabila kepentingan hilang akan luputlah cinta. Adapun cinta kerana adanya kesesuaian antara yg mencintai dgn yg dicintai adalah kekal, tidak akan luput kerana suatu hal trtentu. Cinta org yg diserang penyakit cinta adalah termasuk jenis seperti itu, sebab rasa sukanya timbul dari dorongan jiwa dan tindak balas kejiwaan hingga semua jenis cinta lain tidak akan mengalami perkara2 khusus yg hanya dialami oleh cinta org yg diserang penyakit cinta, seperti rasa was2 perasaan rindu-rendam, hati yg kalut, tidak keruan dan seumpamanya.
Cinta itu fitrah. Ia nya manis dan indah andai matlamat cintanya kepada pengatur segala takdir, Allah Rabbul A'lamin

Kadangkala tak dapat dinafikan adanya keserasian dan kesuaian jiwa tapi terjadi juga keretakan cinta pada kedua belah pihak. Terkadang suatu sebab boleh hilang kerana hilangnya sesuatu yg menjadi syaratnya atau ada penghalang tertentu. Ibn Qayyim merungkaikan 3 fktor ini:

1   1)    Cacat dlm cinta itu sendiri bahawa cinta nya hanya sementara waktu bukan cinta sejati. 

2   2)  Ada penghalang dari pihak yg mencintai hingga terhalanglah cintanya kpd pihak yg dicintai. Boleh jadi faktor fizikal, faktor sifat, cara hidup, perbuatan, sosok tubuh, seumpamanya.

3   3)  Adanya sesuatu diri yg dicintai yg menghalangnya utk membalas cinta org yg mencintainya. Jika bukan adanya penghalang itu, cinta itu pasti bersambut.

Jika bukan kesombongan, hasad, gila kuasa dan permusuhan org2 kafir tentu para Rasul sudah menjadi org yg paling mereka cintai, lebih daripada diri mereka sendiri, harta, keluarga. Sebab penghalang itu hilang dari jiwa para pengikut para Rasul, maka Rasul2 tersebut menjadi org yg lebih mereka cintai daripada diri mereka sendiri, harta dan keluarga.
Moga cinta yg disandarkan kpd Allah mengekalkan cinta fitrah itu hingga di syurga. Amiiin


Setiap penyakit ada ubatnya. Entri seterusnya akan membincangkan ubat2an yg mampu merawat penyakit ini mengikut kaedah2 yg ditunjukkan Rasulullah SAW. Wallahua’lam.

Friday 3 January 2014

Gembirakanlah Hatimu Saat Diri Ditimpa Musibah



Bismillahirrahmanirrahim,
Salam hormat tahun baru buat sahabat-sahabiah alam maya. Moga tahun 2014 bakal mencatat memori baru dan bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan baik dan buruk seperti yang tertulis di Luh Mahfuz. Untuk entri ini, ana mahu berkongsi apa yang ana dapat dalam buku at-Tibb an-Nabawiy karangan Ibnu Qayyim al-Jauziah berkenaan bimbingan Rasulullah SAW merawat diri pabila ditimpa musibah.
Buku yang patut dimiliki oleh para doktor yang mengubat penyakit fizikal dan rohani

Dalam As-Musnad daripada Rasulullah SAW;
Setiap orang yang ditimpa musibah lalu ia mengucapkan Innalillahi wa inna ilaihi raji’un, ya Allah berikanlah kepadaku pahala atas musibah yang menimpaku ini dan berikanlah kepadaku pengganti yang lebih baik darinya ia akan mendapat pahala dari Allah dengan musibah tersebut dan mendapat pengganti yang lebih baik daripadanya.

Kalimah Istirja’ adalah ucapan paling berkesan untuk mengubat sakit kerana musibah sebab kalimah tersebut mengandungi dua perkara penting. Pertama seorang hamba adalah milik Allah sepenuhnya. Seperti seorang pemilik barang mengambil barang yang dipinjamkan kepda orang lain. Kedua, kesudahan dan destinasi akhir seorang hamba hanyalah kepada Allah seperti semasa ia dilahirkan tiada punya apa2.
Beruntungkan untuk sahabat2 kita yang dapat bersabar dgn musibah yg Allah bagi. Ana nak jadi mcm antum antunna bila diuji.
 Menyedari bahawa segala yang menimpa kita tidak akan pernah terelak. Manakala segala yang tidak akan menimpa kita tidak pernah mengenainya.
Setiap benda yang kita rasa kat dunia ni tak kekal selamanya. Ada masa rasa suka rasa duka Allah silih gantikan.
   
Ibnu Mas’ud berkata: Setiap kegembiraan itu pasti menyimpan kesusahan. Setiap rumah yang diisi dengan kegembiraan pasti juga akan diisi dengan kesedihan.

Ibnu Sirin berkata: Setiap kali ada tawa, pasti akan diiringi dengan tangisan juga.

Menyedari bahwa luputnya pahala sabar dan berserah diri adalah musibah terbesar dalam erti sebenar. Pahala itu sendiri adalah selawat, rahmat dan hidayah yang Allah berikan kepada orang yang sabar dan  mengucapkan istirja’. Jika kita bersabar dan memohon pahala boleh menjauhkan diri daripada syaitan, membuat syaitan putus asa, membuat Allah redha. Demikianlah sikap teguh dan kesempurnaan tertinggi, bukan mencakar diri sendiri, mengoyak pakaian, menyumpah seranah dan memaki takdir.

Menyedari bahawa kesabaran dan mengharap pahala akan menimbulkan kelazatan dan kesenangan lebih banyak dari yang diperolehi dengan tidak datangnya musibah yang menghilangkan apa yang kita miliki. Dalam Sunan at-Tirmizi;

“Ada segolongan manusia pada hari kiamat nanti yang berharap seandainya di dunia dulu kulit mereka dipotong saja dengan gunting dunia, kerana mereka melihat betapa besarnya pahala yg diterima oleh mereka yg mendapat musibah di dunia.”

Terdapat ulama’ As-salaf yang berkata: Jika tidak ada musibah di dunia ini, tentu kita akan datang pada hari kiamat nanti dalam keadaan muflis.

Mententeramkan hati melalui harapan mendapat pengganti dari Allah, semua benda boleh diganti tapi Allah, tak boleh diganti. Ada syair menyatakan;
Segala sesuatu ada penggantinya meskipun hilang dari tangan kita, namun tidak ada pengganti untuk Allah jika kita menyia-nyiakn hakNya.
Cinta Allah tiada penggantinya. Cinta Allah pada kita cinta sampai ke liang kubur dan yaumul Qiamah.

Jika musibah menyebabkan seseorang hilang sabar dan selalu mengeluh, maka tercatat sebagai orang jahil. Jika musibah menyebabkan seseorang menentang dan mencela kebijaksanaanNya, ia tergolong dalam org2 zindiq. Jika musibah menyebabkan ia redha, masuk dlm org2 redha. Jika menimbulkan pujian dan syukur, di akhirat dipayungi bendera al-Hamdu bersama golongan ahli pujian. Jika menimbulkan rasa cinta dan rindu untuk berjumpa Allah, ia dalam golongan org yg ikhlas mencintaiNya. Dlm Musnad Imam Ahmad dan at-Tirmizi;
“Sesungguhnya apabila Allah mencintai seseorang hamba, nescaya Allah akan memberi cubaan kpdnya. Sesiapa yg meredhainya, nescaya ia akan mendapat pahala redha, dan sesiapa kecewa ia akan mendapat ganjaran kekecewaanya.”
Allah mencintai kita hingga dgn musibah membuatkan kita senatiasa merintih, mengadu sungguh2 menagih cinta Allah hingga terasa Allah dekat dgn kita

Dalam as-Shahih riwayat marfu’;
‘Kesabaran yang sebenar adalah ketika datangnya musibah pertama kali.” Al-Ath’ath bin Qais berkata: “Jika kita bersabar dgn iman dan mengharap pahala, ia akan  baik bg kita. Jika tidak, kita hanya akan bergembira sebagaimana halnya binatang sahaja.”
Kesabaran yang sebenar bagi ana susah untuk diaplikasi. Moga kita terus berusaha menjadi orng yang betul2 bersabar dengan ujian Allah sejak awal ujianNya

Abu Darda’ berkata: Apabila Allah memutuskan suatu perkara, Allah senang jika keputusan itu diredhai.

Membuat perbandingan antara kesenangan yang ada, kesenangan sesuatu yg hilang kerana musibah yg dialami atau kesenangan pahala Allah bgnya jika bersabar. Jika sudah diyakini mana yg terbaik, hendaklah memuji taufiqNya membuat kita menjadi sabar.

Menyedari bahawa Allah mengirim musibah kepadanya bukan utk membinasakannya, bukan utk menyeksanya, bukan menyakitinya. Tapi Allah memberi cubaan utk menguji kesabaran, keredhaan dan keimanan agar Allah mendengar doa dan penyerahan dirinya kepdaNya agar kita tunduk bersujud di pintu TaubatNya, berlindung dgn rahmatNya, pasrah dgn ketentuanNya dgn menceritakan segala keluh kesah kpdNya. Syeikh Abdul Qadir berpesan;

“Wahai anakku sesungguhnya musibah itu tak datang utk membinasakanmu, namun muncul utk menguji kesabaran dan imanmu. Wahai anakku, takdir itu ibarat binatang buas, dan binatang buas itu tidak mahu makan bangkai.”
 
Allah sebenarnya nak kita banyak mengadu masalah2 kita dgnNya daripada mengadu pada makhluk2nya
Menyedari bahawa jika bukan musibah, tentu kita akan diserang penyakit ujub dan takbur bahkan boleh menimbulkan kesombongan dan kebekuan hati. Antara rahmatNya terus menguji dgn pelbagai bntuk musibah utk mencegah drpd pnyakit hati, memelihara peribadatan kpd Allah serta menyahkan drpd segala penyakit. Syair ada menyebut;

“Terkadang melalui cubaan Allah memberi nikmatNya betapapun besarnya cubaan itu. Namun terkadang melalui nikmat Allah malah memberi ujianNya terhadap kaum tertentu…”

Jika Allah tidak mengubat para hambaNya melalui cubaan dan bala, nescaya mereka akan melampaui batas. Jika Allah menginginkan kebaikan hambaNya, Allah akan mencurahkan ubat kpd mereka berupa ujian dan cubaan sesuai dgn keadaanya utk mengenyahkan pelbagai penyakit mematikan yg mereka tanggung. 
Kita nampak hanya ubat yang bisa mengubat penyakit. Bagi Allah dengan musibah adalah ubat terbaik untuk hamba2Nya.

 Hasil drpd penyucian diri ini, seorang hanba mendapat kedudukan yg terhormat di dunia bahkan mendapat pahala akhirat yg terbesar, iaitu melihat wajah Allah dan dekat dgnNya.
Menyedari kepahitan dunia adalah kemanisan untuk akhirat. Kemanisan dunia akan menjadi kepahitan akhirat. Rasulullah bersabda;

“Syurga itu dikelilingi perkara2 yg dibenci, sementara neraka itu dikelilingi perkara2 yg disukai”

Kebanyakan kita lebih mndahulukan nikmat sementara drpd kebahagiaan abadi yg tak pernah terputus, hingga kita tak mampu menahan kepahitan sebentar utk kemuliaan abadi, atau menahan cubaan sesaat utk keselamatan tak terbatas, sebab yg nampak oleh mata itulah yg ada menurut mereka manakala yg akan dtg hanyalah khayalan sebab iman lemah dan syahwat menguasai diri. Dari situ lahir kecenderungan mendahulukan kehidupan dunia dan menolak kehidupan akhirat.
Sabar kunci kepada segala yang kita hajatkan. Doakan aku teman2. Tetaplah kita tersenyum walaupun saat diuji kerana senyuman itu mahal ketika ujian mendatang

  
Akhir sekali, ana ingin mengajak kita semua untuk mencari apa yg telah dipersiapkan oleh Allah utk org2 yg taat berupa nikmat yg kekal serta kebahagiaan yg sejati disamping kejayaan yg terbesar kemudian mencari apa yg Allah sediakan utk org2 yg lalai dan kurang amalan berupa kehinaan dan seksa serta kekecewaan yg berpanjangan. Lepas tu, pilihlah antara 2 perkara tersebur sesuai dgn diri kita. Falsafahnya;


“Setiap orang akan berbuat sesuai dengan kepandaiannya”. Setiap org akan mengejar apa yg sesuai dengan sifat dirinya atau apa yg patut buat dirinya. Salam hormat ana buat semua yg sudi membaca perkongsian ini.. Moga ia memberi kesedaran pada kita bahawa setiap musibah itu rupa2nya terselit ubat utk segala penyakit yg ada dalam diri. Wallahua’lam.
Kita senantiasa berusaha menjadi hamba Allah bukan hamba nafsu dan syaitan...