Friday 31 August 2012

Allah Matlamat Kita


Bismillahirrahmanirrahim…

   Salam syawal sahabat. Moga syawal yang disambut bersama takwa setiap masa. Untuk entri kali ini ambe ingin berkongsi tulisan Dr Abdullah Nasih Ulwan berkenaan Allah Matlamat Kami yang ditulis dalam buku Sehingga Para Pemuda Mengerti. Semoga kita pun mengerti. Amiin.
Taqabbalah Minkum Minna Minkum Taqabbal Ya Karem. Mohon maaf atas kesilapan secara terbuka atau tertutup sahabat

   Pertama mengikhlaskan setiap perbuatan sama ada ibadah, jihad untuk Allah semata-mata. Allah berfirman dalam surah al-An’am ayat 162-163:

“Katakanlah: sesungguhnya solatku, ibadahku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada-Nya).
Moga setiap perbuatan kita sama ada belajar, makan, bersosial hanya Allah di hati

   Kedua menjadikan syariat Allah petunjuk sepanjang perjalanan kita di dunia. Selain daripadanya adalah sistem2 hidup yang sesat, celaka & jahiliah. Firman Allah dalam surah al-Maidah:49-50:

“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka, disebabkan sebahagian dosa2 mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang2 fasik.
Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang2 yang yakin?
Inilah hukum yang wajib kita tunduk bukan hukum2 taghut yang berkiblatkan ilmu manusia yang terhad

   Ketiga penyerahan diri sepenuhnya kepada setiap perintah & larangan Allah SWT. Allah Maha Mengetahui akan setiap apa yang disuruh dan apa yang dilarang kerana Dia telah meletakkan setiap sesuatu sesuai pada tempatnya sama ada ia boleh membawa kebaikan atau keburukan. Dr Nasih Ulwan mengajak kita agar mencontohi Saidina Umar al-Khattab r.s dalam kepatuhan kepada perbuatan Rasulullah SAW dalam mencium Hajar Aswad walaupun tidak tahu hikmah ciuman tersebut.

“Aku mengetahui bahawa engkau adalah seketul batu yang tidak membawa mudarat dan tidak memberi manfaat. Kalaulah tidak kerana aku telah melihat Rasulullah SAW menciummu, nescaya aku tdak akan menciummu. (HR Bukhari & Muslim) 

Allah tegaskan dalam firmanNya Surah al-Ahzab ayat 36,
“Dan tidaklah patut bagi laki2 yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah & RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.
Wajib bagi kita menjalankan hukum yang telah ditetapkan Allah dalam al-Quran setelah lama masa memerintah. Tapi...hampeh...sekaranglah masa perubahan dijangka tahun depan. Pilihlah parti yang mampu menjalankannya.

   Keempat meyakini bahawa Allah SWT Yang Menghidupkan dan Mematikan, Yang memuliakan dan Menghinakan, Yang Memberi Manfaat dan Mudarat dan ditanganNya segala sesuatu yang Maha Kuasa atas setiap sesuatu. Dr Nasih Ulwan menasihatkan agar kita menyerah diri kepada keputusanNya dalam setiap perkara yang menimpa dan menakutkan, perlu meredhai Qadarnya dalam setiap yang datang serta bersabar atas setiap hukumNya pada setiap ujian dan musibah. Hendaklah kita berpegang kepada apa yang difirmankan Allah SWT:

“Dan sungguh akan Kami menguji kamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan hasil tanaman. Dan berikanlah berita gembira kepada orang2 yang sabar.

Iaitu orang2 yang pabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, ‘Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji’uun’ (Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kami kembali).

Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna & rahmat dari tuhan mereka, dan mereka itulah orang2 yang mendapat petunjuk. (al-Baqarah 155-157).
Sebagai hamba Allah yang diberikan segala macam nikmat bersedialah kita untuk diuji oleh Allah untuk kematangan diri dan keimanan kita, Moga ujian2 mendekatkan kita kepada Allah bukan menjauhkan daripadaNya.Amiin.

   Kelima menjadikan redha Allah SWT dan takut kepadaNya sebagai matlamat tanpa mengira adakah manusia akan redha kepadamu ataupun mereka marah, adakah mereka memujimu ataupun mencelamu, adakah mereka akan berpaling atau meninggalkanmu atau menerimamu?

Allah dan RasulNya itulah yang lebih patut mereka cari keredhaannya jika benar mereka adalah orang2 mukmin” (at-Taubah:62)

“Dan barangsiapa yang mencari keredhaan Allah dengan perkara yang menyebabkan manusia marah, Allah akan mencukupkannya daripada bergantung kepada manusia. Dan barangsiapa yang mencari keredhaan manusia dengan perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah, Allah akan menyerahkan segala urusannya kepada manusia. (HR Tirmidzi,Abu Nuaim)

“Barangsiapa yang mencari keredhaan seorang sultan dengan perkara yang menyebabkan kemurkaan Tuhannya, nescaya dia telah terkeluar daripada agama Allah SWT”. (HR Hakim)
Moga kita diberi kekuatan daripada Allah untuk mengutamakan redha Allah daripada redha manusia. Kadang2 kerana kawan2 kita lebih mengutamakan mereka daripada Allah sendiri.

   Moga kita sentiasa menjadikan setiap perbuatan kita bermatlamatkan Allah. Moga dengan matlamat Allah dalam hati Allah menguatkan kita berjihad sama ada jihad kabir menawan hawa nafsu setiap hari dan jihad mata pedang. Moga kita beroleh dua keputusan  daripada perjuangan Fisabilillah; jihad atau kemenangan. Akhir kata, semoga sahahabt2 dapat menghayati syair ini. Moga dengannya lebih menaikkan semangat kita untuk mencintai Allah selama-lamanya sehingga kembali kepadanya dengan penghormatan. Amiin.

Moga2 Engkau gembira, walaupun aku menanggung kepahitan.
Moga2 Engkau redha, sekalipun seluruh makhluk benci kepadaku,
Moga2 hubungan antara Engkau dan aku sentiasa subur,
Walaupun antaraku dan seluruh alam ini bermusuhan,
Apabila telah benar cinta kepadaMu, maka seluruh perkara adalah mudah,
Dan setiap sesuatu atas tanah ini adalah tanah jua.
Sentiasalah kita jadikan cinta Allah melebihi cinta makhluknya. Amiiin.
Wallahua’lam.






No comments:

Post a Comment