Bismillahirrahmanirrahim….
Alhamdulillah Allah
masih beri peluang untuk kita berada di Fasa III, fasa terakhir di bulan
Ramadhan. Dan seperti yang kita maklum Allah akan menganugerahkan satu malam
yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu malam lailatul qadr. Ayuh sahabat2
saya menyeru kepada diri dan semua untuk kita memburu dan memperbanyakkan lagi
amal2 ibadah kita di malam2 ini.
![]() |
Moga kita ketemu malam yang ditunggu ini |
Ambe ingin
berkongsi artikel daripada seorang doktor lulusan Universiti Iskandariah, Dr
Danial Zainal Abidin berkenaan dengan hikmah puasa Ramadhan menurut kajian
Sains. Puasa telah diwajibkan kepada umat Islam bermula pada tahun ke-2 Hijrah
berdasarkan ayat 183 surah al-Baqarah:
“Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu semoga kamu bertakwa”.
![]() |
Moga kita menjadi graduan yang bertakwa selapas tarbiah Ramadhan 1433H |
Sahabat2 Allah sayang
kita. Allah kurniakan Ramadhan untuk kita sebenarnya untuk kita berubah menjadi orang yang
dekat denganNya iaitu menjadi hambaNya yang bertakwa. Sahabat Rasulullah
Abdullah bin Mas’ud menggambarkan takwa sebagai ‘kamu taat dan tidak maksiat,
kamu ingat dan tidak lupa serta kamu bersyukur dan tidak kufur’.
![]() |
Benci maksiat kunci ketakwaan kepada Allah |
Dalam Tafsir
al-Quran al-Azim oleh Imam Ibn Kathir menyebut, ‘Ketakwaan dapat dicapai kerana
puasa menyucikan diri menyempitkan jalan syaitan sesuai dengan hadis yang
diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Nabi bersabda, “Wahai pemuda barang
siapa antara kamu sudah mampu bernikah maka hendaklah dia bernikah. Sesiapa
yang belum mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu pengawal nafsu.”
![]() |
Puasa rahmat buat pemuda/i kerana mampu mengekang nafsu yang makin bergelora saat2 kritikal fasa2 kehidupan |
Dalam perubatan,
kajian Sains telah membuktikan bahawa puasa tidak mendatangkan sebarang kemudaratan
terhadap badan sebaliknya memberikan banyak manfaat terhadap kesihatan. Dalam
kongres antarabangsa pertama bertemakan ‘Kesihatan dan Ramadhan’ yang diadakan
di Morocco pada tahun 1994, seramai 50 pakar perubatan mengesahkan puasa
Ramadhan mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Dalam Islamic
Perspectives in Medicine oleh Dr Syahid Athar menyatakan puasa Ramadhan memberi kesan
baik kepada metabolisma badan dan mampu mencegah sebarang penyakit berkaitan
lebihan gula dan lemak.
![]() |
Secara biokimia, puasa memberi kesan positif terhadap semua 'pathway' ini daripada 3 metabolism: karbohidrat, protein & lemak |
Beberapa kajian juga mengesahkan bahawa puasa menurunkan
kadar metabolisme karbohidrat manakala kadar pembakaran lemak atau lipid
degradation meningkat. Seterusnya memberi kesan kepada penurunan berat badan.
Penurunan berat badan mampu mengawal penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus)
dan darah tinggi (Hypertension). Kajian juga membuktikan kadar hormone Endorphins
meningkat menyebabkan lebih fokus dan rasa tenang.
![]() |
Kesan hormon endorphis menyebabkan kita rasa seronok masa berbuka |
Dalam pada kita
berpuasa Rasulullah menyuruh kita bersahur. Dalam hadis diriwayatkan Bukhari,
Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasa’I dan Ibn Majah Rasulullah bersabda, “Bersahurlah
kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan”. Rasulullah menggalakkkan kita untuk
melewatkan sahur seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Imam Ahmad, “Sentiasalah
umatku berada dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan sahur dan
menyegerakan berbuka puasa”.
![]() |
Disunatkan melewatkannya sekira-kira 20 minit sebelum waktu Suboh |
Untuk kita
mengetahui tempoh masa yang dinyatakan oleh Rasulullah ini ialah sekira-kira 50
ayat al-Quran sepertimana hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari. Secara
saintifik waktu sahur yang dilewatkan ini menepati waktu sarapan pagi. Kajian
menunjukkan makanan yang paling utama ialah semasa sarapan pagi. Kajian Dr Mark
Pareira dari Harvard Medical Centre mendapati mereka yang tidak bersarapan
berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung (CVD) dan kencing manis (DM). Bagi
kanak2 kadar glukosa yang menurun selepas bangun pagi berterusan apabila
mengabaikan sarapan pagi boleh menyebabkan mereka menghadapi masalah hilang
tumpuan dalam kelas. Kajian Dr Theresa Nicklas dari Baylor Medical College
menyatakan mereka yang tidak mengambil sarapan pagi berisiko tinggi menghadapi
kekurangan zat besi (Iron deficiency) seterusnya mengalami anemia (Iron
Deficiency Anemia).
![]() |
Gejala2 anemia yang boleh kita kesan terhadap kanak2 yang terlibat |
Buat akhirnya ambe
menyeru semua untuk kita mengamalkan segala sunnah Rasulullah SAW yang mana
terbukti secara saintifik memberi kesan positif terhadap perubatan manusia.
Berada dalam hari2 terakhir Ramadhan ini marilah kita sama2 memperbanyakkan doa
waktu berbuka khususnya kerana 3 doa yang tiada hijab antaranya doa orang
berpuasa ketika berbuka. (HR Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah).
Harapan ambe sendiri agar mendoakan kejayaan dalam peperiksaan yang akan
diduduki selepas raya nanti. Moga Allah memberi kejayaan yang terbaik. Wallahua’lam.
![]() |
Kenangku dalam doa & tahajjudmu sahabat. Moga doaku doamu jua. |
Subhanallah, mantop...*ceyhhh, kata takde modal*....perghh, untungla jadi Med. student siap ada dari aspek Biocmt, Physio, Haemato & etc....fokus2
ReplyDeletetapi yg paling menarik perhatian aku bukan itu sahaja, tetapi "harapan ambe sendiri" tuh....InsyaALLAH, ALLAH mendengar doa hamba2NYA....
tq2....
ReplyDelete