Tuesday 13 March 2012

La Ilaha Illallah Panduan Hidup IV

Bismillahirrahmanirrahim…

   Apo kabo sahabat2???  Moga ceria selalu. Untuk entri kali ini mengenai jalan program Islam bagi menghadapi masyarakat jahiliyyah sebelum ini.
   Jawapannya satu sahaja iaitu berdasarkan pengakuan Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad itu Utusan Allah di mana jika rukun ini tidak dapat ditegakkan, maka rukun2 lain pun tidak dapat ditegakkan bersama melalui kepatuhan secara bersungguh-sungguh & tegas tanpa berdolak-dalih seperti firman Allah;
“Dan apa2 yang diberi oleh Rasul kepada kamu, maka ambillah dengan sepenuhnya dan apa2 yang ia larang kamu, maka jauhilah seluruhnya.”(al-Hasyr:7)
Inilah panduan bagi menghadapi masyarakat Jahiliyyah dengan berpegang dengannya bersungguh-sungguh
 
   Allah bertanya; “Adakah kamu yang lebih mengetahui. Ataukah Allah yang lebih mengetahui?
   Jawapannya; “Allah itu Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak tahu.
   Dan jawapan seterusnya; “Dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.”

  Allah Maha Mengetahui  yang menjadikan sesuatu, Tuhan yang Memerintah dan Menentukan agamaNya yang menjadi panduan hidup manusia untuk diikuti. Sebaliknya segala mazhab2 pemikiran, teori2 & situasi hidup manusia boleh jadi menyeleweng dan rosak kerana tegak semata-mata atas dasar ilmu pengetahuan manusia yang dangkal dan cetek seperti  disebut tadi dikurniakan dengan ilmu pengetahuan yang sedikit.
Segala teori manusia tidak boleh dijadikan panduan keran kedangkalan akal fikiran manusia yang terhad

   Jika ada nas dalam perkara2 pokok dasar, maka nas itulah yang menjadi hukum dan keputusan sehingga tiada jalan ijtihad tapi jika tiada nas maka boleh ditetapkan ijtihad menurut panduan Allah bukan kemahuan nafsu2 manusia seperti firman Allah;
“Maka sekiranya kamu berbantahan dalam satu perkara hendaklah kamu kembalikan kepada Allah & Rasul. (an-Nisa’:59)

   Dasar2 yang ditetapkan selaras dengan apa yang digariskan oleh Allah bukan rakyat, Parti dan bukan manusia bahkan melalui kitab Allah dan sunnah rasulNya . Tidak didapati dalam system Teokrasi atau dikenali dengan Pemerintahan Suci yang mana mereka mendakwa dirinya mempunyai sebarang kuasa dengan nama Allah dan ini tiada dalam Islam. Tidak ada yang berhak atas nama Allah melainkan RasulNya dan nas2 tertentu yang menentukan apa yang diperintah oleh Allah.
al-Quran inilah petunjuk sebenar disamping hadis jika ada nas yang mengistinbatkan sesuatu hukum manakala yang tiada nas menggunakan ijtihad ulama' yang membawa rahmat buat umat Islam

   Agama itu realiti melalui panduan dan jalannya selari dengan fitrah manusia yang semulajadi & melaksanakan keperluan2 manusia yang sebenarnya kerana Allah Maha Mengetahui tentang apa yang dijadikanNya. Seperti firmanNya;
“Tidakkah (Tuhan) yang menjadikan itu tahu, sedangkan Dialah yang Mahu Halus, Yang Mengetahui. (al-Mulk:14)

   Agama Islam itu menghadapi realiti2 berdasarkan yang sesuai dengan neracanya; dengan menerima apa yang diterimanya dan memansukhkan apa yang memansukhkannya & ia akan mengadakan suatu realiti lain jika didapati realiti yang sedia wujud tidak lagi sesuai.

  Sesungguhnya segala muslihat dan kepentingan umat manusia bukan dibentuk diri sendiri tetapi telah tercakup dalam agama & peraturan Allah yang disampaikan oleh Rasulullah. Pertanyaan mengenai autoriti kita untuk membentuk sendiri kepentingan umat Islam dijawab dengan firman Allah;
“Dan Allahlah Yang Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
Tiada pencanggahan panduan yang diberikan Allah kepada manusia kerana Allah Maha Mengetahui segala keperluan hidup manusia

   Jika cara hidup manusia berbeda dengan yang disyariatkan oleh Allah, maka manusia itu sesat seperti firman;
“Mereka hanya menurut sangkaan dan mengikut apa yang diinginkan oleh hawa nafsu mereka, padahal sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka. Atau apakah manusia itu akan mendapat apa2 yang ia mahu? Maka kepunyaan Allahlah akhirat dan dunia. (an-Najmi:23-25)

   Akhir sekali untuk entri kali ini, Syed Qutb menyatakan: Dan kafirlah sesiapa jua yang mendakwa bahawa muslihatnya berlawanan dengan apa yang disyariatkan oleh Allah SWT dan orang seperti itu tidak kekal dalam Islam walau sesaat pun. Wallahua’lam.  

Sunday 11 March 2012

La Ilaha Illallah Panduan Hidup III

Bismillahirrahmanirrahim…
Ciri2 masyarakat jahiliyyah:
1) Masyarakat yang engkar akan zat Allah SWT & tidak mengakui kewujudan Allah dan hidup berpandukan kepada  benda dan alam.

Masyarakat komunis
2) Sistem pengabdian kepada parti dengan menganggap pimpinan parti kolektif hakikat sebenar menguasai parti bukan Allah. Dalam sistem ini, ia menurunkan darjat manusia lebih rendah daripada haiwan kerana hidup tanpa bimbingan rohani seperti parti komunis yang rakyatnya menjadi alat suruhan sahaja.
Masyarakat penyembah berhala
 3) Masyarakat penyembah berhala melalui persekutuan Allah dengan benda2 lain atau penyembahan kepada selain Allah melalui sistem peraturan & undang2 yang lain daripada undang2 Allah dengan menganggap bahawa kuasa perundangan tertinggi atas nama rakyat atau atas nama parti yang tidak mengikut panduan dan jalan yang telah digariskan oleh rasul2Nya.

4) Masyarakat Yahudi dan Kristian dengan mengabdikan Allah bukan dengan gambaran sebenar seperti firman Allah;

“Dan berkatalah orang Yahudi: “Uzair itu anak Allah” dan berkatalah orang2 Nasrani: “Isa al-Masih itu anak Allah.” Yang demikian itu adalah omongan mereka dengan mulut2 mereka, menyerupai perkataan2 orang kafir yang dahulu; mudah-mudahan Allah binasakan mereka! Bagaimanakah mereka dapat dipalingkan. (At-Taubah:30)

Dan firman Allah lagi;
“Sesungguhnya telah kafirlah orang2 yang berkata: Bahawa Allah itu ialah yang ketiga daripada tiga (Tuhan) padahal tidak ada Tuhan melainkan Tuhan Yang Tunggal; dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan, nescaya akan mengenai orang2 kafir dari mereka itu azab yang pedih (al-Maidah:73)

Seterusnya;
“Dan telah berkatalah orang2 Yahudi & Nasrani: “Kami ini anak2 Allah dan kekasih2Nya. “ Tanyakanlah mereka: “Kalau begitu mengapakah Allah itu menyeksa kami dengan sebab dosa2 kamu? Bahkan kamu itu manusia dari makhluk yang ia jadikan. (al-Maidah:18)
Masyarakat yahudi yang mengakui Uzair anak Allah
Dan lagi;
“ Dan orang2 Yahudi itu berkata: “Tangan Allah terbelenggu,” padahal tangan2 merekalah yang terbelenggu, dan dilaknatlah mereka dengan (sebab) apa yang yang telah mereka katakan itu, bahkan kedua tangan Allah itu terbuka. Ia membelanjakan sebagaimana yang ia suka. (al-Maidah:64)

   Mereka meletakkan manusia kuasa tertinggi dengan memberikan hak itu kepada paderi2, pendeta2 dan rahib2 untuk membentuk paraturan dan undang2 sendiri. Buktinya;

“Mereka itu telah menjadikan paderi2, pendeta2 dan rahib2 agama mereka sebagai Tuhan2 selain daripada Allah dan juga mereka menjadikan Al-Masih putera Maryam itu sebagai Tuhan sedangkan mereka tidak diperintahkan melainkan supaya mereka menyembah Tuhan Yang Satu. Tuhan Yang tiada lagi Tuhan selain daripadaNya. Maha sucilah Ia daripada apa yang mereka sekutukan. (al-Baraah:31)
Masyarakat kristian yang mengakui Tuhan itu Tiga

   Mereka  tidak menyembah paderi2 ini tetapi hanya mengikut apa yang diputuskan oleh paderi2 ini dalam soal hidup mereka. Mereka layak disifatkan sebagai syirik dan kufur.

5) Masyarakat yang kononnya mengakui masyarakat Islam. Mereka beriktikad ketuhanan kepada Allah tetapi tidak membulatkan pengabdian diri kepada Allah dalam sistem hidup dan menerima segala keputusan, hukuman dan pemerintahan selain daripada Allah SWT. Dalam al-Quran Allah menyebut sifat2 orang2 yang memerintah;

“Kerana barang siapa sahaja yang tidak berhukum dan memerintah dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, maka adalah mereka itu orang2 yang kafir. (al-Maidah:44)
Dan Allah juga menyebut sifat2 orang yang diperintah;

Masyarakat yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya
“Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,” nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.
Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: “Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah)”.
Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka.
Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.” (An-Nisa’:60-65)

   Jadi sahabat2 sekalian, dalam golongan mane sekarang kita berada??? Wallahua'lam.

Wednesday 7 March 2012

Seiring Sehaluan- UNIC

Bismillahirrahmanirrahim...

  Salam ukhwah sahabat2 sekalian. Moga anda sentiasa diredhai dan disayangi oleh Allah dan makhluk2Nya. Dalam entri ini, ambe nak berkongsi dengan sahabat2 lagu tentang ukhwah. Mudah2an ukhwah antara kita berkekalan hingga akhir hayat. Tiada nikmat yang terbesar selain iman dan Islam melainkan nikmat ukhwah antara sahabat2.

    Walaupun dalam ukhwah tersebut pelbagai duka dan suka terpaksa ditempuhi kerana sunnatullah ukhwah diuji untuk mematangkan diri. Dan sepatutnya kita bersyukur dengan ujian ini dan cuba bermujahadah untuk bersabar dengan ujian2 ini. Pesanan untuk diri ini yang lemah dan buat sahabat2 semua.

    Ayuh kita semua sayang sahabt2 kita. Merekalah penyuluh jalan kita di dunia ini untuk kebahagiaan kita di akhirat nanti. Sayangi sahabat kita sebelum mereka tiada lagi depan kita.

Kaulah segala-galanya

Kita laungkan AllahuAkbar Allah Maha Besar

Hari yang indah, senyuman pertama,
Hulurkan salam ukhwah kita,
Berpesan mengingati, dituntut agama,
Kita bagaikan satu keluarga.

Silaturrahim ini tak akan terpisah,
Kita jalinkan seperti Rasulullah dan sahabat.

Kita laungkan Allahuakbar Allah Maha Besar,
Seiring sehaluan satu cita dan impian,
Susah dan senang kita tempuhi bersama,
Bertemu berpisah kerana Allah.

Demi satu kejayaan penuh pengorbanan,
Keazaman juga ketabahan,
Inilah kehidupan, menuntut kesungguhan,
Tak semudah indahnya khayalan.

ilaturrahim ini tak akan berpisah,
Berbahagia untuk selamanya Insya Allah

AllahuAkbar, Allah Maha Besar,
Lailahaillah.

La Ilaha Illallah Panduan Hidup II

Bismillahirrahmanirrahim…

Inilah ciri jemaah Islamiyyah yang kita ingin bentuk bagi menentang puak jahiliyyah agar kalimah Allah tegak di atas muka bumi
   Masyarakat Islam tidak akan menjelma jika tidak hidup secara berjemaah dengan mengakui pengabdian diri kepada Allah SWT. Mereka berpandukan seluruh urusan hidup dengan menjadikan Allah tempat rujukan. Jika ciri2 ini tidak dipatuhi ia bukanlah masyarakat Islam. Pembentukan masyarakat Islam dibentuk melalui penyucian hati setiap ahli jemaah Islamiyyah dengan I’tikad bahawa pengabdian diri hanya kepada Allah sehingga dapat membentuk masyarakat dengan akidahnya yang tersendiri, ibadahnya dan ketundukan hanya pada Allah semata-mata.

   Kesempurnaan jemaah Islamiyyah apabila masyarakat jahiliyyah yang berhijrah daripada pengabdian diri daripada selain Allah kepada pengabdian diri secara keseluruhannya kepada Allah SWT. Dengannya mereka membentuk sistem hidup sendiri melalui pengakuan dan penegasan ini.

   Pada masa pertumbuhan masyarakat ini bermula akan ada masyarakat jahiliyyah yang bergabung  dengannya dalam masa sama menentang masyarakat islam seperti mana seruan dakwah yang dilalui dari zaman Nabi Isa hingga Nabi Muhammad SAW.

   Dalam menentang masyarakat jahiliyyah ini masyarakat Islam ada kekuatan akidah dan keyakinan, peribadi, pertahanan jiwa dan kekuatan daya mengatur juga membina masyarakat yang bersatu bagi mengalahkan masyarakat Jahiliyyah. 

   Apakah masyarakat jahiliyyah dan bagaimana jalan program Islam bagi menghadapinya?
Bagi menjawab soalan ini mereka merupakan masyarakat bukan Islam. Masyarakat yang tidak tulen pengabdiannya kepada Allah SWT. Pengabdian ini meliputi kepercayaan dan keyakinan dalam syiar dan lambang peribadatan & peraturan2 juga undang2 hidup. Dalam entri seterusnya kita akan melihat ciri2 masyarakat jahiliyyah menurut pandangan Syed Qutb. Wallahua’lam.

Tuesday 6 March 2012

La Ilaha Illallah Panduan Hidup I

Bismillahirrahmanirrahim…

   Program lengkap hidup Muslim ialah semua urusannya berlandaskan pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah. Kehidupan Islam wajib dilaksanakan sebelum program ini ditegakkan terlebih dahulu seperti firman Allah;

“Tidak ada kekuasaan memerintah itu melainkan kepunyaan Allah sahaja. Ia perintah supaya kamu jangan menyembah dan mengabdikan diri melainkan Dia, kerana yang demikian itu ialah agama yang lurus.” (Yusoff:40)

Dan firmanNya lagi;
“Sesiapa yang taat dan patuh pada rasul maka sesungguhnya dia telah taat dan patuh pada Allah.” (An-Nisa’:80)

Antara masalah pokok dalam program gerakan Islam dulu hingga sekarang ;
1.Bentuk & tabiat masyarakat Islam
2.Program pertumbuhan dan perkembagan masyarakat Islam
3.Program Islam dalam menghadapi masyarakat2 jahiliyah
4.Program Islam dalam menghadapi kenyataan hidup umat manusia seluruhnya.

   Ciri pertama masyarakat Islam ialah hanya mengabdikan diri kepada Allah dalam semua urusan daripada pengakuan tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad utusan Allah seperti firman Allah SWT ;
“Dan Allah berkata: Janganlah kamu adakan dua Tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu Esa, dan kepada Akulah hendaklah kamu takut. Dan bagiNyalah apa yang ada di langit dan di bumi, dan bagiNyalah ketaatan dengan tetap, apakah kepada yang selain dari Allah kamu mahu berbakti? (An-Nahl:51-52)
Umat Islam hanya buat sesuatu kerana Allah bukan selain dariNya seperti firman Allah;
“Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku hidup dan matiku adalah kerana Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan begitulah aku diperintah dan adalah aku orang Islam yang pertama.” (Al-An’am:162-163)
Dan dalam melalui sesuatu pekerjaan melalui jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW seperti firman Allah;
“Dan apa2 yang diberi oleh Rasul kepada kamu, maka ambillah, dan apa2 yang dilarang kamu, maka jauhilah.” (Al-hasyr:7)

   Masyarakat Islam yang ingin dibentuk ialah yang mengabdikan diri kepada Allah dalam ibadat juga system hidup. Jika tidak masyarakat tersebut tidak dinamakan islam kerana tiada aplikasi rukun Islam yang pertama.

   Melalui penerimaan akan akidah dari sumber Ilahi, individu Muslim mendapat gambaran kepercayaan dan dengannya dia akan memahami dam memahami hakikat Tuhannya, hakikat alam yang nampak dan tak nampak dan hakikat diri sendiri. Dengan gambaran tersebut, dia dapat mengaikan hakikat dirinya dengan pengabdian diri kepada Allah dengan dihubungkan antara hubungan dengan alam semesta, peraturan dunia, dan peribadi dari sumber agama Allah yang disampaikan oleh RasulNya. Maka pengabdian diri kepada Allah SWT meliputi seluruh kehidupannya. Wallahua’lam.
  

Thursday 1 March 2012

Petunjuk Sepanjang Jalan II

Bismillahirrahmanirrahim…
   Untuk entri ini sambungan kepada entri sebelumnya. Moga ambe dapat memberi ‘sesuatu’ kepada sahabat2 semua.
   Syarat2 untuk kebangkitan umat Islam ialah dengan berpegang teguh kepada akidah dan program2  yang menyelia kemajuan sains di bawah satu akidah yang satu. Kini umat manusia hidup dalam era jahiliyyah moden di mana segala undang2, nilai2 hidup, dan ketetapan2 hidup yang jauh terpesong daripada panduan Allah.
   Islam berbeza daripada segala konsep2 bikinan manusia kerana  umat Islam bebas sepenuhnya daripada sebarang belenggu pengabdian antara sesama manusia kepada mengabdikan diri dan patuh pada Allah sahaja . Konsep ini boleh kita kemukan kepada manusia semuanya kerana konsep Barat tidak mampu melaksanakan konsep ini. Soalan seterusnya bagaimanakah cara untuk umat Islam bangkit memegang pimpinan manusia?
   Jawapannya mesti ada satu golongan pelopor dan kader yang menghayati cita2 ini dan meneruskan kegiatannya dengan cara menerobos ke dalam alam jahiliyyah yang sedang berpengaruh di seluruh permukaan bumi ini dengan dua kaedah;
1)Memisahkan diri
2)Membuat hubungan dalam bidang lain dengan pihak jahiliyyah
   Para pelopor dan kader2 perlu kepada panduan2 sepanjang perjalanan mereka. Antaranya ;
1)Panduan tentang tabiat peranan mereka
2)Hakikat tugas2 mereka
3)Tujuan akhir perjalanan
4)Garis panduan dalam perjalanan yang jauh melalui perlu kepada panduan mengenai jahiliyah yang sedang berpengaruh dalam dunia sekarang, bagaimana boleh berjalan seiring dengan jahiliyah dan dalam suasana bagaimanakah mereka harus memisahkan diri dengannya.
5)Cara bagaimana untuk melayan pihak jahiliyah
   Akhirnnya, segala panduan2 di atas hendaklah diambil daripada al-Quran seperti mana generasi  para sahabat dan selepasnya mengubah sejarah umat Islam seterusnya umat manusia dengan menguasai dunia melalui  panduan yang telah disediakan oleh penciptanya sendiri, Allah Ta’ala. Wallahua’lam.