Thursday 1 March 2012

Petunjuk Sepanjang Jalan 1

Bismillahirrahmanirrahim…
Apa khabar sahabat2 semua? Untuk entri kali ini, ambe akan mengulas mengenai  hasil tangan Syed Qutb mengenai artikel Petunjuk Sepanjang Jalan yang merupakan salah satu artikel dalam buku Petunjuk Sepanjang Jalan yang ditulis sebahangiannya dalam penjara. Ambe hanya memberi idea2 beliau dan sebarang rujukan lanjut boleh merujuk buku Petunjuk Sepanjang Jalan.

  Umat manusia kini memerlukan pimpinan baru dalam mengepalai hidup mereka di dunia yang serba huru-hara kini. Barat yang menguasai dunia sekarang tidak mempunyai nilai insaniah dalam memimpin umat manusia. Hanya Islam sahaja yang mempunyai nilai2 tersebut dan program2 yang sangat didambakan manusia kini. Akhirnya kita mengakui bahawa sistem2 yang berdasarkan kebebasan individu dan system kolektif telah gagal memimpin manusia. Fahaman kebangsaan dan perkauman juga masih tidak mampu memberikan nilai2 kemanusiaan.

   Islam tidak menafikan sains dan teknologi bahkan ia merupakan salah satu tugas yang ditaklifkan oleh Allah sebagai khalifah seperti firman Allah;
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak jadikan seorang khalifah di muka bumi.” (Al-Baqarah:30). Dan Allah berfirman lagi;
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya  mereka menyembahKu. (Az-zariyat:56)
Dan kini tibalah giliran umat Islam untuk melaksanakan tugas2 tersebut. Firman Allah;
“Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, iaitu kamu menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan kamu beriman kepada Allah. (Ali-Imran:110). Seterusnya Allah berfirman;
“Dan demikianlah kami jadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar rasul (Muhammad) menjadi saksi atas perbuatan kamu…(al-Baqarah:143)

  Islam yang kita anuti bukanlah hanya pada nama bahkan Islam adalah cara hidup merangkumi seluruh aspek kehidupan. Sejarah Islam yang kelam perlu dimajukan semula. Umat Islam perlu bangkit daripada kelalaian yang mana mereka  hanya mengaku Islam tetapi tidak mempraktikkan Islam sebagai cara hidup. Kebangkitan umat Islam sukar digapai sekelip mata dimana semasa kajatuhan Khalifah Uthmaniyyah 1924, Barat telah menguasai kemuncak kemajuan dunia yang telah mengubah pemikiran dan cara hidup umat Islam dan manusia keseluruhannya. Kita perlukan kajian teliti sebelum bangkit semula menguasai dunia.

   Untuk bangkit, beberapa syarat perlu dipatuhi. Untuk menguasai bidang sains dan teknologi umat Islam masih belum mampu menguasainya kerana Barat lebih terkehadapan daripada kita. Tetapi dalam kebangkitan tersebut kita tidak boleh hindarkan sains dan teknologi kerana untuk mengelakkan kita dari ancaman dan penindasan. Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment