Tuesday 13 March 2012

La Ilaha Illallah Panduan Hidup IV

Bismillahirrahmanirrahim…

   Apo kabo sahabat2???  Moga ceria selalu. Untuk entri kali ini mengenai jalan program Islam bagi menghadapi masyarakat jahiliyyah sebelum ini.
   Jawapannya satu sahaja iaitu berdasarkan pengakuan Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad itu Utusan Allah di mana jika rukun ini tidak dapat ditegakkan, maka rukun2 lain pun tidak dapat ditegakkan bersama melalui kepatuhan secara bersungguh-sungguh & tegas tanpa berdolak-dalih seperti firman Allah;
“Dan apa2 yang diberi oleh Rasul kepada kamu, maka ambillah dengan sepenuhnya dan apa2 yang ia larang kamu, maka jauhilah seluruhnya.”(al-Hasyr:7)
Inilah panduan bagi menghadapi masyarakat Jahiliyyah dengan berpegang dengannya bersungguh-sungguh
 
   Allah bertanya; “Adakah kamu yang lebih mengetahui. Ataukah Allah yang lebih mengetahui?
   Jawapannya; “Allah itu Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak tahu.
   Dan jawapan seterusnya; “Dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.”

  Allah Maha Mengetahui  yang menjadikan sesuatu, Tuhan yang Memerintah dan Menentukan agamaNya yang menjadi panduan hidup manusia untuk diikuti. Sebaliknya segala mazhab2 pemikiran, teori2 & situasi hidup manusia boleh jadi menyeleweng dan rosak kerana tegak semata-mata atas dasar ilmu pengetahuan manusia yang dangkal dan cetek seperti  disebut tadi dikurniakan dengan ilmu pengetahuan yang sedikit.
Segala teori manusia tidak boleh dijadikan panduan keran kedangkalan akal fikiran manusia yang terhad

   Jika ada nas dalam perkara2 pokok dasar, maka nas itulah yang menjadi hukum dan keputusan sehingga tiada jalan ijtihad tapi jika tiada nas maka boleh ditetapkan ijtihad menurut panduan Allah bukan kemahuan nafsu2 manusia seperti firman Allah;
“Maka sekiranya kamu berbantahan dalam satu perkara hendaklah kamu kembalikan kepada Allah & Rasul. (an-Nisa’:59)

   Dasar2 yang ditetapkan selaras dengan apa yang digariskan oleh Allah bukan rakyat, Parti dan bukan manusia bahkan melalui kitab Allah dan sunnah rasulNya . Tidak didapati dalam system Teokrasi atau dikenali dengan Pemerintahan Suci yang mana mereka mendakwa dirinya mempunyai sebarang kuasa dengan nama Allah dan ini tiada dalam Islam. Tidak ada yang berhak atas nama Allah melainkan RasulNya dan nas2 tertentu yang menentukan apa yang diperintah oleh Allah.
al-Quran inilah petunjuk sebenar disamping hadis jika ada nas yang mengistinbatkan sesuatu hukum manakala yang tiada nas menggunakan ijtihad ulama' yang membawa rahmat buat umat Islam

   Agama itu realiti melalui panduan dan jalannya selari dengan fitrah manusia yang semulajadi & melaksanakan keperluan2 manusia yang sebenarnya kerana Allah Maha Mengetahui tentang apa yang dijadikanNya. Seperti firmanNya;
“Tidakkah (Tuhan) yang menjadikan itu tahu, sedangkan Dialah yang Mahu Halus, Yang Mengetahui. (al-Mulk:14)

   Agama Islam itu menghadapi realiti2 berdasarkan yang sesuai dengan neracanya; dengan menerima apa yang diterimanya dan memansukhkan apa yang memansukhkannya & ia akan mengadakan suatu realiti lain jika didapati realiti yang sedia wujud tidak lagi sesuai.

  Sesungguhnya segala muslihat dan kepentingan umat manusia bukan dibentuk diri sendiri tetapi telah tercakup dalam agama & peraturan Allah yang disampaikan oleh Rasulullah. Pertanyaan mengenai autoriti kita untuk membentuk sendiri kepentingan umat Islam dijawab dengan firman Allah;
“Dan Allahlah Yang Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
Tiada pencanggahan panduan yang diberikan Allah kepada manusia kerana Allah Maha Mengetahui segala keperluan hidup manusia

   Jika cara hidup manusia berbeda dengan yang disyariatkan oleh Allah, maka manusia itu sesat seperti firman;
“Mereka hanya menurut sangkaan dan mengikut apa yang diinginkan oleh hawa nafsu mereka, padahal sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka. Atau apakah manusia itu akan mendapat apa2 yang ia mahu? Maka kepunyaan Allahlah akhirat dan dunia. (an-Najmi:23-25)

   Akhir sekali untuk entri kali ini, Syed Qutb menyatakan: Dan kafirlah sesiapa jua yang mendakwa bahawa muslihatnya berlawanan dengan apa yang disyariatkan oleh Allah SWT dan orang seperti itu tidak kekal dalam Islam walau sesaat pun. Wallahua’lam.  

No comments:

Post a Comment