Tuesday 6 March 2012

La Ilaha Illallah Panduan Hidup I

Bismillahirrahmanirrahim…

   Program lengkap hidup Muslim ialah semua urusannya berlandaskan pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah. Kehidupan Islam wajib dilaksanakan sebelum program ini ditegakkan terlebih dahulu seperti firman Allah;

“Tidak ada kekuasaan memerintah itu melainkan kepunyaan Allah sahaja. Ia perintah supaya kamu jangan menyembah dan mengabdikan diri melainkan Dia, kerana yang demikian itu ialah agama yang lurus.” (Yusoff:40)

Dan firmanNya lagi;
“Sesiapa yang taat dan patuh pada rasul maka sesungguhnya dia telah taat dan patuh pada Allah.” (An-Nisa’:80)

Antara masalah pokok dalam program gerakan Islam dulu hingga sekarang ;
1.Bentuk & tabiat masyarakat Islam
2.Program pertumbuhan dan perkembagan masyarakat Islam
3.Program Islam dalam menghadapi masyarakat2 jahiliyah
4.Program Islam dalam menghadapi kenyataan hidup umat manusia seluruhnya.

   Ciri pertama masyarakat Islam ialah hanya mengabdikan diri kepada Allah dalam semua urusan daripada pengakuan tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad utusan Allah seperti firman Allah SWT ;
“Dan Allah berkata: Janganlah kamu adakan dua Tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu Esa, dan kepada Akulah hendaklah kamu takut. Dan bagiNyalah apa yang ada di langit dan di bumi, dan bagiNyalah ketaatan dengan tetap, apakah kepada yang selain dari Allah kamu mahu berbakti? (An-Nahl:51-52)
Umat Islam hanya buat sesuatu kerana Allah bukan selain dariNya seperti firman Allah;
“Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku hidup dan matiku adalah kerana Allah Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan begitulah aku diperintah dan adalah aku orang Islam yang pertama.” (Al-An’am:162-163)
Dan dalam melalui sesuatu pekerjaan melalui jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW seperti firman Allah;
“Dan apa2 yang diberi oleh Rasul kepada kamu, maka ambillah, dan apa2 yang dilarang kamu, maka jauhilah.” (Al-hasyr:7)

   Masyarakat Islam yang ingin dibentuk ialah yang mengabdikan diri kepada Allah dalam ibadat juga system hidup. Jika tidak masyarakat tersebut tidak dinamakan islam kerana tiada aplikasi rukun Islam yang pertama.

   Melalui penerimaan akan akidah dari sumber Ilahi, individu Muslim mendapat gambaran kepercayaan dan dengannya dia akan memahami dam memahami hakikat Tuhannya, hakikat alam yang nampak dan tak nampak dan hakikat diri sendiri. Dengan gambaran tersebut, dia dapat mengaikan hakikat dirinya dengan pengabdian diri kepada Allah dengan dihubungkan antara hubungan dengan alam semesta, peraturan dunia, dan peribadi dari sumber agama Allah yang disampaikan oleh RasulNya. Maka pengabdian diri kepada Allah SWT meliputi seluruh kehidupannya. Wallahua’lam.
  

No comments:

Post a Comment