Bismillahirrahmanirrahim,
Bersyukur
kepada Allah masih memberi taufik dan hidayahNya untuk ana mencoret sedikit
peringatan atau tazkirah buat diri ini dan sahabat2 sekalian. Sebelumnya, ana
ingin mengingatkan kepada semua hanya tinggal 2 minggu lagi untuk kita berada di
bulan Ramadhan 1434H. Mudah2an Allah memberi kekuatan untuk mempersiapkan diri
menyambut Ramadhan kali ini.
Sebagai
pemuda/I Islam, kita tak lari daripada masa terluang. Untuk kali ini, ana ingin
berkongsi tulisan Dr Muhammad Al-Ghazali, seorang tokoh gerakan Ikhwan Muslimin
dalam bukunya, Jadid Hayatuka atau Berubah kepada Kehidupan Baru dalam bab
Bahaya Waktu Terluang.
Rasulullah
SAW pernah bersabda:
Dua nikmat
yang menipu kebanyakan manusia; kesihatan dan waktu terluang
Allah telah
berfirman dalam surah al-Mukminin 115-116:
Maka apakah
kamu menyangka bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main2 dan
bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah, raja sebenarnya…
Imam Syafi’e
pernah berkata:
Jika anda
tidak menyibukkan diri anda dengan kebenaran, maka ia akan menyibukkan anda
dengan kebatilan.
Jika kita
tidak dapat menyesuaikan diri dengan segera kearah kebaikan, perjuangan dan
kehidupan yang teratur, maka tentu ia akan dirampas oleh fikiran2 yang
berkecamuk dan diputar dalam pusaran kebohongan2 dan senda gurau.
![]() |
Melibatkan diri dengan jalan2 perjuangan mampu mengelakkan diri daripada kebosanan hidup dan pembaziran waktu terluang |
Keutamaan
dalam memelihara kehidupan manusia adalah dengan menyusun rancangan (planning)
yang akan mengisi seluruh waktunya dan tidak memberi kesempatan kepada syaitan
menembusinya dengan bisikan2 yang menyesatkan.
Dale
Carnegie pernah menjelaskan:
Kita tidak
akan merasakan kecemasan di waktu kita sedang sibuk bekerja namun waktu2
terluang itulah merupakan saat2 yang sangat berbahaya.
![]() |
Waktu yang terluang jika tak diguna sebaiknya akan memenggal kehidupan kita |
Fikiran
kita akan menjadi kosong apabila tidak diisi dengan kegiatan. Analogi mudah,
cawan kosong yang tidak diisi air pasti akan diisi dengan udara. Begitu juga
alam akan segera mengisi jiwa kosong dengan perasaan kerana perasaan2 cemas, takut, dendam, cemburu dan dengki yang
selama ini menetap di akal fikiran akan mendesak hebat, yang boleh
memperok-perandakan keselamatan jiwa kita.
![]() |
Akhirnya, masa terluang yang tak diurus sebaiknya menyebabkan otak berserabut seterusnya stress yang boleh mendatangkan masalah kesihatan |
Bagi mengatasi
waktu terluang ini kearah kebaikan, disarankan untuk kita senantiasa mengisinya
dengan kewajipan2 dan pekerjaan walaupun sentiasa beralih dari satu pekerjaan
kepada pekerjaan lain atau pekerjaan berat ke ringan, hanya inilah satu2nya
jalan untuk mengelakkan pengangguran dan noda2 waktu terluang.
Dalam menghabiskan keseluruhan umur dari waktu ke waktu, kita
berdepan 2 jenis jihad iaitu jihadun nafsi (lawan hawa nafsu) dan jihaadun
naasi (perjuangan terhadap manusia). Jihadun nafsi dengan jalan memutuskan diri
daripada dosa2 yang ingin dilakukan atau kecenderungan nafsu kepada kemungkaran2. Jihadun naasi
ialah jalan mencegah diri dari menganiaya sesama manusia dan sepatutnya dengan
kedua2 jihad ini tiada lagi kesempatan untuk kita bersenda gurau, bingung dan
lalai.
Dale Carnegie
pernah menjelaskan:
Mengapa
kesibukan bekerja dapat mengusir kecemasan dari dalam diri kita? Sebabnya adalah
salah satu hukum dasar yang berjaya diungkapkan oleh ilmu jiwa yang berbunyi;
Suatu hal yang
sangat mustahil bagi otak manusia betapa pandainya pun ia untuk memikirkan
lebih dari satu hal pada waktu yang sama!
Ini
bertepatan dengan firman Allah dalam surah al Ahzab 4:
Allah
sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya
Adalah di
luar kemampuan kita untuk bersemangat pada suatu pekerjaan dan pada waktu yang
sama kita berasa cemas kerana salah satu dari dua perasaan ini akan mengusir
yang lainnya.
![]() |
Allah tak jadikan dalam satu jiwa perasaan yang bercampur-baur |
Moga kita
senantiasa berpegang teguh pada agama Allah dengan mengamalkan doa2 Rasulullah
SAW:
Oh Tuhan
yang membolak-balikkan kalbu, tetapkanlah kalbu dalam agama-Nya (Abu Daud)
Dalam masa
lain, Rasulullah berdoa;
Ya Allah rahmatMulah
yang aku harapkan, maka janganlah Engkau condongkan diriku kepada nafsuku walau
sekejap mata pun, dan perbaikilah keadaanku semuanya, tidak ada Tuhan selain
Engkau (alTirmidzi)
Tanpa
adanya PEKERJAAN sebenarnya boleh menghancurkan ribuan kecukupan dan anugerah
Allah yang tersembunyi dibalik timbunan kehinaan dan kerendahan. Wallahua’lam.
Penuhilah masa2 yang Allah anugerahkan kepada kita dengan kerja2 berfaedah |
No comments:
Post a Comment