Thursday 24 May 2012

Wahai Para Pemuda II !

Bismillahirrahmanirrahim...

   Moga kita semua melakukan sesuatu hanya mengharapkan Mardhatillah. Sambungan untuk kisah2 para pemuda yang hebat, ambe menyeru diri ini dan sahabat2 sekalian untuk kita sama2 mencontohi dan berazam menjadi para pemuda/i Islam sejati.


1) Kerajaan Bani Umaiyyah makin luas sampai ke sempadan negara China memasuki Andalus (Sepanyol). Bagi menggambarkan luas dunia Islam ketika itu, Khalifah amirul Mukminin Harun ar-Rasyid telah berkata kepada awan yang melaluinya, "Pergilah engkau turunkan hujan di mana saja yang engkau mahu. Sesungguhnya segala hasilmu akan diberi kepada kami.
Keluasan empayar Khalifah Umaiyyah

2) Uqbah bin Nafi' berdiri di penghujung barat dari persisiran Lautan Atlas, dia berkata sambil mengharungi air laut, "Ya Allah Tuhan Muhammad. Kalaulah tidak kerana lautan ini, nescaya aku akan membuka dunia di jalan meninggikan kalimahMu. Ya Allah saksikanlah!"

3) Qutaibah al-Bahili yang telah berjaya sampai ke Turki dan ingin ke China untuk menyebarkan Islam. Tetapi dihalang oleh seorang sahabatnya. Walaubagaimanapun sahabatnya tidak mampu menghalang keazamannya yang tidak boleh ditumpulkan oleh sesiapapun melainkan Allah!

4) Muhammad Iqbal, penyair Islam pernah berkata dengan kata2 yang menyentuh hati:

Di kuil2 Afrika dahulunya kita beribadat...
Sebelum datangnya pasukan Islam yang membuka bandar2,
Afrika dan padang pasirnya tidak lupa...
sembah sujud kita...sedangkan bumi melontarkan api...
Kita telah menghadapkan dada2 kita ke arah pedang...
Tidak pernah kami gentar musuh yang zalim, yang bermaharajalela.
Seolah-olah bayangan pedang adalah teduhan di taman2...
menghijau, tumbuh di sekitarnya bunga2an.

Islam mengubah kami jadi seorang pejuang berani mati untuk agama

   Sahabat2, apakah dunia pernah mengenal orang yang lebih tinggi & mulia daripada mereka?
Merekalah yang menjaga maruah & kehormatan sewaktu orang lain menjual ibu & adik2 perempuan mereka. Perarakan syuhada' disisi mereka seolah-olah majlis kegembiraan & perkahwinan. Sesungguhnya mereka para pemuda/i yang istimewa tidak seperti yang lain seperti dalam firman Allah ayat 110 Surah Ali-Imran, "Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia."

Ayat ini bukti kita umat terbaik pemuda terbaik daripada pemuda2 lain

   Allah matlamat kami, Rasul ikutan kami, al-Quran perlembagaan kami,, Jihad jalan kami, mati fi sabilillah cita2 kami tertinggi. Kita tidak dapat mengaplikasikan matlamat2 ini tanpa mencontohi Rasulullah, para sahabat, generasi tabi' tabiin & para salafussoleh. Sahabat2 apabila kita berakhlak dengan slogan yang 5 ini, Insya Allah kegemilangan Islam kembali tertegak suatu hari nanti. Wallahua'lam.

Saturday 5 May 2012

Wahai Para Pemuda I !

Bismillahirrahmanirrahim...

  Sahabat2 sekalian. Sebagai pemuda kita diamanahkan Allah hidup di dunia dengan tujuan yang jelas. Kita diciptakan Allah untuk beribadah hanya kepada Allah, "Dan tidaklah Aku ciptakan jin & manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu"(Az-Zariyat:56). Seterusnya Allah mengkehendaki kita untuk mengikuti manhajNya bukan cara2 hidup bikinan manusia yang terdedah kepada banyak kelemahan. Firmannya "Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang2 yang rugi" (Ali-Imran:85).
Para pemuda diamanahkan Allah banyak tanggungjawab dengan kudratnya yang membuak


   Kepatuhan kita berikan hanya kepada Allah, RasulNya dan orang2 mukmin seperti firman Allah dalam surah Al-Maidah:55, "Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasulnya, dan orang2 yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk (kepada Allah). Menjadi tugas utama belia2 sekalian termasuk diri ambe untuk kita tegakkan hukum Allah, keluarkan manusia daripada penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan kepada Allah, daripada hidup dalam kesempitan dunia kepada keluasan hidup di akhirat dan daripada kezaliman kekufuran kepada keadilan Islam.
Para pemuda berperanan meninggikan kalimah agung ini!!!


   Oleh itu untuk mengaplikasikan tugas2 diatas, perlulah kita mempunyai 5 sifat2 asas. Iaitu:

1) Keimanan yang teguh. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 15, "Sesungguhnya orang2 beriman hanyalah orang2 yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu2 dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang2 yang benar.

2) Keikhlasan yang benar. Dalam surah al-Bayyinah ayat 5, Allah berfirman, "Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus."

3) Keazaman yang teguh seperti firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 39, "Orang2 yang menyampaikan risalah2 Allah, mereka hanya takut kepadaNya dan mereka tiada berasa takut kepada seorang (pun) selain kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan.

4) Amalan yang berterusan tidak mengenal erti lemah dan putus asa seperti dalam ayat 105 surah at-Taubah, "Dan katakanlah;"Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang2 mukmin akan melihat pekerjaaanmu itu. Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan Yang Ghaib dan Yang Nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.

5) Pengorbanan yang tinggi seperti firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 214, "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang (cubaan) sebagaimana halnya orang2 terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehinggalah berkata Rasul dan orang2 yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."

   Inilah sifat2 dan ciri2 pemuda yang ada dalam pemuda Islam tiada pada pemuda2 bukan Islam. Asas keimananya datang daripada hati yang tajam. Asas keikhlasannya daripada jiwa yang suci. Asas keazamannya datangnya daripada perasaan yang kuat. Asas amalan daripada kehendak yang muda. Asas pengorbanan datangnya daripada akidah yang teguh.
Tanggungjawab dakwah bukan terletak di pundak muslimin sahaja bahkan muslimat berperanan seiringan


   Pemuda tunggak kebangkitan umat Islam kerana mereka diberikan petunjuk tersebut untuk memimpin umat Islam seperti firman Allah dalam ayat 13 surah al-Kahfi, "Sesungguhnya mereka itulah pemuda2 yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Dalam sejarah Islam, sekumpulan mukmin yang berkumpul di rumah al-Arqam bin Abi Arqam semuanya pemuda. Rasulullah menjadi rasul ketika berusia 40 tahun. Saidina Abu bakar 3 tahun lebih muda daripada Rasulullah. Saidina Umar pada ketika itu berusia 27 tahun. Saidina Uthman lebih muda daripada rasulullah dan Saidina Ali adalah lebih muda daripada semuanya. Begitu juga Abdullah bin Mas'ud, Abdurrahman bin Auf, al-Arqam bin Abi Arqam, Said bin Zaid, Mus'ab bin Umair, Bilal bin Rabah, Ammar bin Yassir serta semua sahabat2 nabi pemuda2 belaka.
Para pemuda pencetus revolusi ummah

   Para pemuda inilah yang menanggung beban dakwah bagi menyebarluaskan agama Islam. Kesannya 2 kuasa besar ketika itu, Rom dan Parsi tunduk pada kekuasaan Islam. Islam tersebar ke India, Caspia, Armenia, Rusia, Syam (Jordan,Lubnan,Syria), Mesir, Cyrenaica, Tripoli dan negara2 Afrika lain. Untuk entri seterusnya kita akan melihat kisah2 para pemuda yang hebat. Wallahua'lam.
Dr Abdullah Naseh Ulwan dalam kitabnya Sehingga Para Pemuda Mengerti