Saturday 5 May 2012

Wahai Para Pemuda I !

Bismillahirrahmanirrahim...

  Sahabat2 sekalian. Sebagai pemuda kita diamanahkan Allah hidup di dunia dengan tujuan yang jelas. Kita diciptakan Allah untuk beribadah hanya kepada Allah, "Dan tidaklah Aku ciptakan jin & manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu"(Az-Zariyat:56). Seterusnya Allah mengkehendaki kita untuk mengikuti manhajNya bukan cara2 hidup bikinan manusia yang terdedah kepada banyak kelemahan. Firmannya "Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang2 yang rugi" (Ali-Imran:85).
Para pemuda diamanahkan Allah banyak tanggungjawab dengan kudratnya yang membuak


   Kepatuhan kita berikan hanya kepada Allah, RasulNya dan orang2 mukmin seperti firman Allah dalam surah Al-Maidah:55, "Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasulnya, dan orang2 yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk (kepada Allah). Menjadi tugas utama belia2 sekalian termasuk diri ambe untuk kita tegakkan hukum Allah, keluarkan manusia daripada penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan kepada Allah, daripada hidup dalam kesempitan dunia kepada keluasan hidup di akhirat dan daripada kezaliman kekufuran kepada keadilan Islam.
Para pemuda berperanan meninggikan kalimah agung ini!!!


   Oleh itu untuk mengaplikasikan tugas2 diatas, perlulah kita mempunyai 5 sifat2 asas. Iaitu:

1) Keimanan yang teguh. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 15, "Sesungguhnya orang2 beriman hanyalah orang2 yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu2 dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang2 yang benar.

2) Keikhlasan yang benar. Dalam surah al-Bayyinah ayat 5, Allah berfirman, "Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus."

3) Keazaman yang teguh seperti firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 39, "Orang2 yang menyampaikan risalah2 Allah, mereka hanya takut kepadaNya dan mereka tiada berasa takut kepada seorang (pun) selain kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai Pembuat Perhitungan.

4) Amalan yang berterusan tidak mengenal erti lemah dan putus asa seperti dalam ayat 105 surah at-Taubah, "Dan katakanlah;"Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang2 mukmin akan melihat pekerjaaanmu itu. Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan Yang Ghaib dan Yang Nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.

5) Pengorbanan yang tinggi seperti firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 214, "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang (cubaan) sebagaimana halnya orang2 terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehinggalah berkata Rasul dan orang2 yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."

   Inilah sifat2 dan ciri2 pemuda yang ada dalam pemuda Islam tiada pada pemuda2 bukan Islam. Asas keimananya datang daripada hati yang tajam. Asas keikhlasannya daripada jiwa yang suci. Asas keazamannya datangnya daripada perasaan yang kuat. Asas amalan daripada kehendak yang muda. Asas pengorbanan datangnya daripada akidah yang teguh.
Tanggungjawab dakwah bukan terletak di pundak muslimin sahaja bahkan muslimat berperanan seiringan


   Pemuda tunggak kebangkitan umat Islam kerana mereka diberikan petunjuk tersebut untuk memimpin umat Islam seperti firman Allah dalam ayat 13 surah al-Kahfi, "Sesungguhnya mereka itulah pemuda2 yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk. Dalam sejarah Islam, sekumpulan mukmin yang berkumpul di rumah al-Arqam bin Abi Arqam semuanya pemuda. Rasulullah menjadi rasul ketika berusia 40 tahun. Saidina Abu bakar 3 tahun lebih muda daripada Rasulullah. Saidina Umar pada ketika itu berusia 27 tahun. Saidina Uthman lebih muda daripada rasulullah dan Saidina Ali adalah lebih muda daripada semuanya. Begitu juga Abdullah bin Mas'ud, Abdurrahman bin Auf, al-Arqam bin Abi Arqam, Said bin Zaid, Mus'ab bin Umair, Bilal bin Rabah, Ammar bin Yassir serta semua sahabat2 nabi pemuda2 belaka.
Para pemuda pencetus revolusi ummah

   Para pemuda inilah yang menanggung beban dakwah bagi menyebarluaskan agama Islam. Kesannya 2 kuasa besar ketika itu, Rom dan Parsi tunduk pada kekuasaan Islam. Islam tersebar ke India, Caspia, Armenia, Rusia, Syam (Jordan,Lubnan,Syria), Mesir, Cyrenaica, Tripoli dan negara2 Afrika lain. Untuk entri seterusnya kita akan melihat kisah2 para pemuda yang hebat. Wallahua'lam.
Dr Abdullah Naseh Ulwan dalam kitabnya Sehingga Para Pemuda Mengerti



2 comments:

  1. kita kena lalu byk fasa utk melayakkan diri menjadi pemuda Islam sejati...

    Iman kita sgt rapuh...kononnya sayang ALLAH & Rasul tapi masih byk maksiat yg kita lakukan dlm keadaan sedar mahupun pura2 tak sedar...

    berbicara soal ikhlas, ibadat yg kita buat hanya utk riak & menunjuk spy diri kita melonjak naik...ye la, bila diri Islamik populariti melambung2 la kan...kita rasa kita la paling bagus sbb blh wat byk amal...tapi, disisi ALLAH?

    kalo buat baik kat org, kita harapkan balasan...so, bila org tak appreciate, kita down & kecewa...sbb kita tipu diri kita tentang ikhlas...

    hurm, istiqamah? selalunya separuh jalan je kita dah KO...knp erk? Oo, kita rasa amalkan Islam atau xamalkan mcm sama jewr...hidup kita takde perubahan apa pun...kdg2 kita rasa Islam itu leceh & menyusahkan...so, wat apa la kita terkontang-kanting membtk diri jadi Islamik kan?

    for e.g bila diuji ALLAH....kita suka timbulkan byk persoalan yg berlandaskan nafsu...kita sedar tak sape diri kita? kita ni tahu byk benda ke? sedar tak kita ni sape? yup, kita Hamba ALLAH...yg kebergantungan sepenuhnya pada ALLAH...

    pengorbanan? hurm, kita sgt lokek...kita rasa semua hak yg kita ada kita je yg layak rasa...so selfish we are!! kita rasa rugi kalo berkorban...kita tak nmpk value & outcome pengorbanan tu sendiri...ni bermain dgn konsep memberi...

    OK, dah panjang aku merapu...ni baru sikit je dilemma yg berlaku dlm menanam sifat2 pemuda/i Islam...so, kita kena kuat utk lawan...InsyaALLAH, ALLAH akan bantu kita....chaiyokk

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah perbaiki diri, muhasabah diri selalu, tanamkan azam untuk jadik pemuda\i Islam yang sebenar2 yang Allah kehendaki.......

    ReplyDelete