Sunday 23 June 2013

Bahaya Waktu Terluang



Bismillahirrahmanirrahim,

Bersyukur kepada Allah masih memberi taufik dan hidayahNya untuk ana mencoret sedikit peringatan atau tazkirah buat diri ini dan sahabat2 sekalian. Sebelumnya, ana ingin mengingatkan kepada semua hanya tinggal 2 minggu lagi untuk kita berada di bulan Ramadhan 1434H. Mudah2an Allah memberi kekuatan untuk mempersiapkan diri menyambut Ramadhan kali ini.

Sebagai pemuda/I Islam, kita tak lari daripada masa terluang. Untuk kali ini, ana ingin berkongsi tulisan Dr Muhammad Al-Ghazali, seorang tokoh gerakan Ikhwan Muslimin dalam bukunya, Jadid Hayatuka atau Berubah kepada Kehidupan Baru dalam bab Bahaya Waktu Terluang.

Rasulullah SAW pernah bersabda:
Dua nikmat yang menipu kebanyakan manusia; kesihatan dan waktu terluang

Allah telah berfirman dalam surah al-Mukminin 115-116:
Maka apakah kamu menyangka bahawa sesungguhnya kami menciptakan kamu secara main2 dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah, raja sebenarnya…

Imam Syafi’e pernah berkata:
Jika anda tidak menyibukkan diri anda dengan kebenaran, maka ia akan menyibukkan anda dengan kebatilan.

Jika kita tidak dapat menyesuaikan diri dengan segera kearah kebaikan, perjuangan dan kehidupan yang teratur, maka tentu ia akan dirampas oleh fikiran2 yang berkecamuk dan diputar dalam pusaran kebohongan2 dan senda gurau.

Melibatkan diri dengan jalan2 perjuangan mampu mengelakkan diri daripada kebosanan hidup dan pembaziran waktu terluang

Keutamaan dalam memelihara kehidupan manusia adalah dengan menyusun rancangan (planning) yang akan mengisi seluruh waktunya dan tidak memberi kesempatan kepada syaitan menembusinya dengan bisikan2 yang menyesatkan.

Dale Carnegie pernah menjelaskan:
Kita tidak akan merasakan kecemasan di waktu kita sedang sibuk bekerja namun waktu2 terluang itulah merupakan saat2 yang sangat berbahaya.
Waktu yang terluang jika tak diguna sebaiknya akan memenggal kehidupan kita

Fikiran kita akan menjadi kosong apabila tidak diisi dengan kegiatan. Analogi mudah, cawan kosong yang tidak diisi air pasti akan diisi dengan udara. Begitu juga alam akan segera mengisi jiwa kosong dengan perasaan kerana perasaan2 cemas, takut, dendam, cemburu dan dengki yang selama ini menetap di akal fikiran akan mendesak hebat, yang boleh memperok-perandakan keselamatan jiwa kita.
Akhirnya, masa terluang yang tak diurus sebaiknya menyebabkan otak berserabut seterusnya stress yang boleh mendatangkan masalah kesihatan

Bagi mengatasi waktu terluang ini kearah kebaikan, disarankan untuk kita senantiasa mengisinya dengan kewajipan2 dan pekerjaan walaupun sentiasa beralih dari satu pekerjaan kepada pekerjaan lain atau pekerjaan berat ke ringan, hanya inilah satu2nya jalan untuk mengelakkan pengangguran dan noda2 waktu terluang.

Dalam menghabiskan  keseluruhan umur dari waktu ke waktu, kita berdepan 2 jenis jihad iaitu jihadun nafsi (lawan hawa nafsu) dan jihaadun naasi (perjuangan terhadap manusia). Jihadun nafsi dengan jalan memutuskan diri daripada dosa2 yang ingin dilakukan atau kecenderungan nafsu kepada kemungkaran2. Jihadun naasi ialah jalan mencegah diri dari menganiaya sesama manusia dan sepatutnya dengan kedua2 jihad ini tiada lagi kesempatan untuk kita bersenda gurau, bingung dan lalai. 

Dale Carnegie pernah menjelaskan:
Mengapa kesibukan bekerja dapat mengusir kecemasan dari dalam diri kita? Sebabnya adalah salah satu hukum dasar yang berjaya diungkapkan oleh ilmu jiwa yang berbunyi;
Suatu hal yang sangat mustahil bagi otak manusia betapa pandainya pun ia untuk memikirkan lebih dari satu hal pada waktu yang sama!

Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah al Ahzab 4:
Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya

Adalah di luar kemampuan kita untuk bersemangat pada suatu pekerjaan dan pada waktu yang sama kita berasa cemas kerana salah satu dari dua perasaan ini akan mengusir yang lainnya.
Allah tak jadikan dalam satu jiwa perasaan yang bercampur-baur

Moga kita senantiasa berpegang teguh pada agama Allah dengan mengamalkan doa2 Rasulullah SAW:
Oh Tuhan yang membolak-balikkan kalbu, tetapkanlah kalbu dalam agama-Nya (Abu Daud)

Dalam masa lain, Rasulullah berdoa;
Ya Allah rahmatMulah yang aku harapkan, maka janganlah Engkau condongkan diriku kepada nafsuku walau sekejap mata pun, dan perbaikilah keadaanku semuanya, tidak ada Tuhan selain Engkau (alTirmidzi)

Tanpa adanya PEKERJAAN sebenarnya boleh menghancurkan ribuan kecukupan dan anugerah Allah yang tersembunyi dibalik timbunan kehinaan dan kerendahan. Wallahua’lam.
Penuhilah masa2 yang Allah anugerahkan kepada kita dengan kerja2 berfaedah

Sunday 27 January 2013

Langkah2 Perbaiki Diri Pemuda Islam


Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim

Salam Maulidurrasul Sallallahualaihiwasallam. Moga kedatangan Rabiulawal tahun ini 1434H menjadikan kita lebih mencintai dan menjiwai perjuangan Rasulullah. Aplikasinya segala apa yang Rasulullah SAW suruh buat dan larang wajiblah kita patuhi dalam segenap aspek kehidupan termasuklah akhlak nabi, pemerintahan nabi, ibadah nabi, sosial nabi dan cara hidup nabi. Semua ini perlu kita muhasabah diri setakat mana kita patuh pada Allah dan Rasulullah dalam kehidupan ini. Jika kita kata kita cinta pada Rasulullah setakat mana taat kita kepada baginda SAW. Sama2 muhasabah.
Sejauh mana cinta kita pada Rasulullah andai hidup kita jauh dari cara hidup baginda SAW.
InsyaAllah pada entri kali ini yang baru mengorak langkah untuk tahun ini, ana mahu berkongsi dan cuba mengamalkan LANGKAH2 MENINGKATKAN KECEMERLANGAN PEMUDA ISLAM yang ana dapat dalam satu artikel dalam suratkhabar yang diterbitkan dua kali seminggu. Ana mengajak diri yang sentiasa dalam kelemahan ini bersama sahabat2 sekalian untuk kita sama2 menghayati dan mengamalkan apa yang tertulis berikutnya.

Menurut Fathi Yakan, usia muda seorang pemuda-pemudi adalah:

1)     Usia yang penuh dengan cita2 yang tinggi
2)      Usia yang mengalir darah yang gemuruh
3)      Usia yang tinggi idealism yang luas
4)      Usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula
5)      Usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.

Pentadbiran sesebuah negara bergantung kepada keadaan para-pemudinya. Andai pemuda/i jahil agama maka negara rosak.Andai pemuda/i pegang agama, daulah Islam pasti tertegak sepertimana di Mesir.
Menurut Syeikh Yusuf al-Qardhawi, tanda2 pemuda-pemudi Islam yang unggul itu adalah suatu generasi yang mempunyai sifat2 yang dinyatakan dengan jelas bagi sesiapa yang membaca al-Quran atau mempelajari sunnah Nabawiyyah. Antara sifat unik generasi ini adalah:

1)      Generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu
2)      Generasi amal dan membina jama’ie
3)      Generasi Rabbani dan ikhlas
4)      Generasi yang bernasabkan Islam
5)      Generasi dakwah dan jihad
6)      Generasi dagang dan hidup bersama orang lain
7)      Generasi seimbang dan sederhana

Andai akidah pemuda Islam jelas berkiblatkan Al-Quran dan As-sunnah pasti generasi Rabbani terbentuk hingga menggusarkan pihak musuh Islam. Contoh dapat dilihat pemuda tentera al-Qasam yang ketika ini berjihad menentang Zionis laknatullah di Palestin
Menurut Syeikh Mohammad Ahmad ar-Rasyid, terdapat beberapa kesilapan dan fitnah kehidupan yang perlu diberi perhatian wajar oleh para pemuda-pemudi Islam. Ini kerana kita sentiasa terdedah kepada pelbagai tekanan luar dan peristiwa yang mempengaruhi secara beansur-ansur ke atas iman terhadap amal dan dakwah. Pengaruh luar ini ada dalam pelbagai bentuk yakni ada yang menggugat akidah, akhlak, keluarga dan sebagainya. Antara pengaruh2nya;

1)      Gerakan dan propaganda yang menyebarkan keraguan dan salah faham terhadap Islam dan keunggulannya
2)      Fitnah rakan sebaya yang jahat dan persekitaran yang tidak sihat
3)      Fitnah harta dan keluasan rezeki yang melimpah-ruah
4)      Fitnah ijazah dan pangkat
5)      Fitnah wanita, isteri dan anak2
Antara fitnah terbesar kaum lelaki adalah perempuan. Kini dapat dilihat wanita2 tidak menjaga maruah diri hingga bertabarruj tidak ikut syariah dengan meminjam agama untuk kelihatan cantik sehingga tidak menjaga apa yang sepatutnya dijaga. Tudung yang dipakai singkat hingga mengghairahkan penglihatan kaum2 lelaki dan tudung yang dipakai tidak mematuhi perintah Allah dalam surah al-Nur ayat 31.
Seperti kita maklum, maksiat yang kita lakukan penghalang kepada taat kita pada Allah. Maksiat menghilangkan kelazatan ibadah kita kepada Allah. Maksiat menyebabkan istiqamah kita beribadah terganggu. Maksiat menyebabkan hidup kita sentiasa menjadi hamba abdi pada nafsu. Maksiat juga menyebabkan kita sengsara tubuh badan dan akal. Maka antara langkah2 untuk kita jauhi maksiat dan tingkatkan kecemerlangan pemuda/I Islam yang kita akui;

1)      Kenal pasti tahap kemampuan ada yang sebenar
2)      Beri tumpuan kepada kekuatan2 yang ada
3)      Tanamkan rasa percaya kepada diri sendiri
4)      Sediakan diri untuk menjadi orang yang terbaik
5)      Ambil pelajaran daripada kesilapan yang dilakukan
6)      Belajar menerima teguran yang membina dan hiraukan kritikan yang remeh
7)      Akui kejayaan sendiri
8)      Tetap rendah diri
9)      Terus memperluaskan pengetahuan dan pemikiran
10)   Bersyukur kepada Allah atas apa2 yang diberikanNya
11)   Cuba sedaya upaya bermujahdah melawan hawa nafsu yang meliar.

Hidup bagi pemuda Islam bukan try and error tapi try and learn. Cuba dan belajar daripada kesilapan yang lalu. InsyaAllah sahabat.
Moga tulisan kali ini dapat berkongsi dan diamalkan kita bersama-sama. Hidup ibarat perantau. Kita diberi tempoh Cuma 63 tahun, 20 tahun, 70 tahun tetapi kita akan menempuh kehidupan akhirat yang tiada had masanya. Hidup ini lebih indah dan bermakna jika tiada maksiat dilakukan. Untuk mendapatkannya mujahadah kunci utama yang sering kita lupakan dan remehkan. Seringkali nafsu diutamakan. Mulai sekarang mari kita mengorak langkah mempertahankan diri kita daripada serangan nafsu dan syaitan kerana untuk mendapatkan syurga itu pahit kerana syurga itu manis bersama bidari2nya yang menanti di sana. Percayalah janji Allah untuk kita kerana Allah tidak sesekali memungkiri janji. Wallahua’lam.  
Kehidupan dunia singkat, nikmatnya sekejap tiada nikmat yang boleh kita dapat sampai bila2. Satu hari nanti pasti nikmat btersebut hilang. Maka jadikan dunia ini sebagai kebun untuk kita bercucuk tanam dan memungut hasilnya di akhirat kelak. InsyaAllah.