Friday 20 April 2012

Fasa-fasa Kejadian Bayi

Bismillahirrahmanirrahim...

   Untuk entri kali ini, ambe meneruskan kupasan buku Dr Danial. Fasa2 kejadian bayi berlaku selepas pensenyawaan (fertilisation) seperti firman Allah ayat 14 surah Nuh, "Padahal dia menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian". Dalam permulaan proses pembentukan manusia, embrio akan bertukar menjadi alaqah berdasarkan firman Allah ayat 14 surah al-Mukminun, "Kemudian daripada nuthfah kami jadikannya alaqah". Jelas seperti yang diterangkan dalam entri yang lepas, pemahaman kita mengenai nuthfah adalah nuthfah amsyaaj yang bermaksud pencampuran antara benih laki2 dan benih perempuan. Bukan benih laki2 semata-mata.
Ilmu embriologi menceritakan fasa2 kejadian bayi seperti yang dinyatakan terlebih dahulu dalam al-Quran


   Alaqah dalam bahasa Arab mempunyai 3 maksud, 1) segumpal darah 2) sesuatu yang melekat 3) lintah. Pada minggu kedua embrio, embrio menyerupai seekor lintah beukuran ~0.6mm yang tergantung dalam rahim (uterus) yang deseliputi dinding endometrium. Menurut Imam Qurtubi dalam kitab al-Jamik li Ahkamil Quran, alaqah ditafsirkan sebagai darah beku. Tafsiran ini dibuktikan oleh Profesor Keith Moore & Persaud dalam The Developing Human edisi ke-5.
Beginilah bentuk alaqah seperti yang Allah beritahu


   Daripada alaqah bertukar menjadi mudghah berdasarkan firman Allah ayat 14 surah al-Mukminun, "Kemudian daripada alaqah kami jadikan mudghah". Ini berlaku sewaktu embrio berusia 4 minggu berpunca daripada sel2 somites yang menyerupai tanda2 gigitan persis daging yang dikunyah. Somites akhirnya akan bertukar menjadi tulang belakang (vertebrae). Kejadian ini dilaporkan oleh Profesor Keith Moore dalam journal of Islamic Medical Association (1986) volume 18. Kemudian mudghah terbahagi kepada 2 bentuk, sempurna atau tidak sempurna dan diistilahkan dalam ilmu embriologi sebagai differentiated and undifferentiated tissues. Ini selaras dalam firman Allah surah al-Haj ayat 5, "Kemudian jadilah kamu mudghah yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna kejadiannya".
Somite cells persis seperti daging yang dikunyah yang membentuk mudghah


   Daripada mudghah, embrio ditutupi tulang dan daging bersandarkan firman Allah dalam ayat 14 surah al-Mukminun, "Kemudian daripada mudghah kami jadikan tulang dan kami tutup tulang itu dengan daging". Daripada sel2 awal yang dikenali sebagai somatic mesoderm, kejadian tulang berlaku terlebih dahulu sebelum kejadian daging atau muscles. Selepas tulang diseliputi daging, embrio berubah menjadi bentuk yang lain iaitu bentuk manusia seperti firman Allah ayat 14 surah al-Mukminun, "Kemudian kami jadikannya makhluk berbentuk lain. Maha Suci Allah, pencipta yang paling baik".
Lateral plate mesoderm consist of somatic mesoderm functioning in vertebrae formation


   Pada masa 6 minggu embrio atau ~40 hari, ia berubah menjadi janin (foetus) dimana embrio mempunyai sel2 asas bagi pembentukan organ2. Selepas itu roh ditiupkan dan pancaindera dikurniakan berdasarkan firman Allah, "Kemudian Dia menyempurnakan kejadian dan meniupkan roh ke dalamnya dan dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan af-idah dan sedikit sekali kamu bersyukur". Menurut Said Hawa dalam kitab al-Asas fi al-Tafsir af-idah bermaksud akal. Pada peringkat ini deria khas atau special senses terbentuk bermula dengan kejadian telinga (primordia of internal ears) diikuti dengan mata dan otak. Profesor Keith Moore dari Department of Anatomy, University of Toronto mengesahkan urutan2 ini daripada ilmu embriologi seperti yang dinyatakan al-Quran.
Transformasi daripada embrio kepada fetus pada hari ke-40 selepas ditiupkan roh dan menyerupai rupa bentuk manusia

   Kesimpulannya, fasa2 kejadian bayi membuktikan al-Quran mendahului sains dalam penerangan mengenai tahap2 pembentukan manusia dalam alam rahim ibu. Seterusnya kitab al-Quran sewajibnya dijadikan panduan dalam setiap kajian sains yang dilakukan. Ini membuktikan al-Quran kalam Allah yang mengkehendaki manusia mengkaji dan mentadabbur alam dengan ayat2 al-Quran. Moga kita menjadi saintis2 Islam yang merubah sukatan pelajaran berteraskan ilmu wahyu. Insya Allah. Wallahua'lam.
Prof Keith Moore mengesahkan kebenaran isi al-Quran & pernah menyatakan ada ayat dalam al-Quran yang berkait dengan embriologi manusia akan dapat difahami seiring peningkatan tahap ilmu manusia. Subhanallah!!!

No comments:

Post a Comment