Friday 10 August 2012

Hikmah Puasa Ramadhan Dalam Perubatan


Bismillahirrahmanirrahim….
   Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk kita berada di Fasa III, fasa terakhir di bulan Ramadhan. Dan seperti yang kita maklum Allah akan menganugerahkan satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu malam lailatul qadr. Ayuh sahabat2 saya menyeru kepada diri dan semua untuk kita memburu dan memperbanyakkan lagi amal2 ibadah kita di malam2 ini. 
Moga kita ketemu malam yang ditunggu ini
   Ambe ingin berkongsi artikel daripada seorang doktor lulusan Universiti Iskandariah, Dr Danial Zainal Abidin berkenaan dengan hikmah puasa Ramadhan menurut kajian Sains. Puasa telah diwajibkan kepada umat Islam bermula pada tahun ke-2 Hijrah berdasarkan ayat 183 surah al-Baqarah:

“Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu semoga kamu bertakwa”.
Moga kita menjadi graduan yang bertakwa selapas tarbiah Ramadhan 1433H

   Sahabat2 Allah sayang kita. Allah kurniakan Ramadhan untuk kita sebenarnya untuk kita berubah menjadi orang yang dekat denganNya iaitu menjadi hambaNya yang bertakwa. Sahabat Rasulullah Abdullah bin Mas’ud menggambarkan takwa sebagai ‘kamu taat dan tidak maksiat, kamu ingat dan tidak lupa serta kamu bersyukur dan tidak kufur’. 
Benci maksiat kunci ketakwaan kepada Allah
 
   Dalam Tafsir al-Quran al-Azim oleh Imam Ibn Kathir menyebut, ‘Ketakwaan dapat dicapai kerana puasa menyucikan diri menyempitkan jalan syaitan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Nabi bersabda, “Wahai pemuda barang siapa antara kamu sudah mampu bernikah maka hendaklah dia bernikah. Sesiapa yang belum mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu pengawal nafsu.”
Puasa rahmat buat pemuda/i kerana mampu mengekang nafsu yang makin bergelora saat2 kritikal fasa2 kehidupan

   Dalam perubatan, kajian Sains telah membuktikan bahawa puasa tidak mendatangkan sebarang kemudaratan terhadap badan sebaliknya memberikan banyak manfaat terhadap kesihatan. Dalam kongres antarabangsa pertama bertemakan ‘Kesihatan dan Ramadhan’ yang diadakan di Morocco pada tahun 1994, seramai 50 pakar perubatan mengesahkan puasa Ramadhan mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Dalam Islamic Perspectives in Medicine oleh Dr Syahid Athar menyatakan puasa Ramadhan memberi kesan baik kepada metabolisma badan dan mampu mencegah sebarang penyakit berkaitan lebihan gula dan lemak.
Secara biokimia, puasa memberi kesan positif terhadap semua 'pathway' ini daripada 3 metabolism: karbohidrat, protein & lemak
   Beberapa kajian juga mengesahkan bahawa puasa menurunkan kadar metabolisme karbohidrat manakala kadar pembakaran lemak atau lipid degradation meningkat. Seterusnya memberi kesan kepada penurunan berat badan. Penurunan berat badan mampu mengawal penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus) dan darah tinggi (Hypertension). Kajian juga membuktikan kadar hormone Endorphins meningkat menyebabkan lebih fokus dan rasa tenang.
Kesan hormon endorphis menyebabkan kita rasa seronok masa berbuka

   Dalam pada kita berpuasa Rasulullah menyuruh kita bersahur. Dalam hadis diriwayatkan Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasa’I dan Ibn Majah Rasulullah bersabda, “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan”. Rasulullah menggalakkkan kita untuk melewatkan sahur seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Imam Ahmad, “Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa”.
Disunatkan melewatkannya sekira-kira 20 minit sebelum waktu Suboh

   Untuk kita mengetahui tempoh masa yang dinyatakan oleh Rasulullah ini ialah sekira-kira 50 ayat al-Quran sepertimana hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari. Secara saintifik waktu sahur yang dilewatkan ini menepati waktu sarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan yang paling utama ialah semasa sarapan pagi. Kajian Dr Mark Pareira dari Harvard Medical Centre mendapati mereka yang tidak bersarapan berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung (CVD) dan kencing manis (DM). Bagi kanak2 kadar glukosa yang menurun selepas bangun pagi berterusan apabila mengabaikan sarapan pagi boleh menyebabkan mereka menghadapi masalah hilang tumpuan dalam kelas. Kajian Dr Theresa Nicklas dari Baylor Medical College menyatakan mereka yang tidak mengambil sarapan pagi berisiko tinggi menghadapi kekurangan zat besi (Iron deficiency) seterusnya mengalami anemia (Iron Deficiency Anemia).
Gejala2 anemia yang boleh kita kesan terhadap kanak2 yang terlibat

   Buat akhirnya ambe menyeru semua untuk kita mengamalkan segala sunnah Rasulullah SAW yang mana terbukti secara saintifik memberi kesan positif terhadap perubatan manusia. Berada dalam hari2 terakhir Ramadhan ini marilah kita sama2 memperbanyakkan doa waktu berbuka khususnya kerana 3 doa yang tiada hijab antaranya doa orang berpuasa ketika berbuka. (HR Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah). Harapan ambe sendiri agar mendoakan kejayaan dalam peperiksaan yang akan diduduki selepas raya nanti. Moga Allah memberi kejayaan yang terbaik. Wallahua’lam.
Kenangku dalam doa & tahajjudmu sahabat. Moga doaku doamu jua.


2 comments:

  1. Subhanallah, mantop...*ceyhhh, kata takde modal*....perghh, untungla jadi Med. student siap ada dari aspek Biocmt, Physio, Haemato & etc....fokus2

    tapi yg paling menarik perhatian aku bukan itu sahaja, tetapi "harapan ambe sendiri" tuh....InsyaALLAH, ALLAH mendengar doa hamba2NYA....

    ReplyDelete