Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah
di kesempatan yg terluang ini, ana ingin berkongsi bimbingan Rasulullah SAW
merawat dan mengubat penyakit asmara. Ana petik daripada buku at-Tib an-Nabawi
karangan Ibn Qayyim Jauziyyah.
![]() |
Sumber rujukan |
Penyakit asmara
atau bahasa mudahnya cinta merupakan penyakit hati. Jika tidak diubati, ia amat
menganggu para pesakitnya. Rasulullah dalam mencintai para isterinya tidaklah
sampai pada puncak kecintaan.
Penyakit cinta
terhadap peribadi tertentu adalah penyakit yg menghinggapi hati yg kosong dari
cinta trhadap Allah SWT. Hati yg berpaling dari Allah digantikan dengan
selainNya.
“Begitulah
agar Kami memalingkan drpdnya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf
termasuk hamba-hamba Kami yg ikhlas…”(Surah Yusuf:24)
Dalil ini
menunjukkan bahawa keikhlasan merupakan faktor menolak hujahan cinta serta
pelbagai akibatnya yang keji. Ulama’ as-Salaf berkata: Penyakit cinta adalah
aktiviti hati yg kosong. Iaitu kosong dari selain peribadi yg dicintainya.
“Dan menjadi
kosonglah hati ibu Musa. Sesungguhnya hampir sahaja ia memberitahu rahsia tentang
Musa..” (Surah al-Qashah:10). Hati ibunya kosong dari segala sesuatu, melainkan
ingatan dan cinta terhadap anaknya, Musa.
Sungguh penyakit
cinta ini payah untuk mencari puncanya. Sungguh
hikmah Allah menciptakan kesesuaian antara yg serupa perangainya, ketertarikan
siapa sahaja kpd peribadi yg sesuai dgn dirinya, peribadi yg tabiatnya sesuai
dgn tabiatnya dpt merungkai persoalan ini. Selain itu, ada ketidaksesuaian dan
kebencian terhadap peribadi yg tidak sesuai dgn tabiatnya. Rahsia berlakunya
komunikasi dua arah dlm dunia makro mahupun mikro tidak lain adalah kerana
adanya kesuaian, kesamaan dan juga keserupaan tabiat dan sifat. Manakala rahsia
berlakunya tolak menolak kerana ketidaksesuaian dan perbezaan sifat.
“Dialah yg
menciptakan kamu dari diri yg satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya
agar dia berasa senang kepadanya (Surah Al-A’raf:189)
![]() |
Ketenangan seorang laki2 apabila bersama seorang isteri yg telah ditentukan jodohnya sejak alam roh |
Allah
menjadikan punca seorang laki2 senang berada di sisi wanita kerana faktor persamaan
dan kesesuaian. Alasan munculnya segala
kesesuaian itu kerana si wanita berasal dari laki2, justeru jelas yg menjadi alasan
bukanlah penampilan yg cantik, bukan juga kesamaan atau keseragaman tujuan dan
keinginan bukan juga dlm akhlak dan jalan hidup. Meskipun semua itu termasuk faktor
yg menimbulkan ketenangan dan cinta.
Dalam hadis
shahih Rasullah SAW bersabda;
“Roh2 itu
ibarat barisan tentera yg teratur; yg saling mengenali akan saling sesuai,
manakala yg tidak saling mengenali akan saling membenci.”
Buktinya di
akhirat kelak setiap orng yg beramal dipertemukan dgn serupa dgnnya. Antara dua
org yg saling mencintai di jalan Allah akan saling dipertemukan di syurga. Di antara
dua org yg saling mencintai di jalan syaitan akan dipertemukan di neraka Jahim.
Dalam kitab Shahih Al-Hakim disebutkan:
“Setiap kali
seseorang itu mencintai org tertentu, pasti ia akan dipertemukan dgnnya (pada
hari kiamat).”
Cinta itu
bermacam-macam. Cinta yg utama dan mulia
adalah cinta di jalan Allah dan cinta kpd Allah. Cinta kepada sesuatu
disebabkan kerana ada kepentingan tak akan kekal. Apabila kepentingan hilang
akan luputlah cinta. Adapun cinta kerana adanya kesesuaian antara yg mencintai
dgn yg dicintai adalah kekal, tidak akan luput kerana suatu hal trtentu. Cinta org
yg diserang penyakit cinta adalah termasuk jenis seperti itu, sebab rasa
sukanya timbul dari dorongan jiwa dan tindak balas kejiwaan hingga semua jenis
cinta lain tidak akan mengalami perkara2 khusus yg hanya dialami oleh cinta org
yg diserang penyakit cinta, seperti rasa was2 perasaan rindu-rendam, hati yg
kalut, tidak keruan dan seumpamanya.
![]() |
Cinta itu fitrah. Ia nya manis dan indah andai matlamat cintanya kepada pengatur segala takdir, Allah Rabbul A'lamin |
Kadangkala tak
dapat dinafikan adanya keserasian dan kesuaian jiwa tapi terjadi juga keretakan
cinta pada kedua belah pihak. Terkadang suatu sebab boleh hilang kerana
hilangnya sesuatu yg menjadi syaratnya atau ada penghalang tertentu. Ibn Qayyim
merungkaikan 3 fktor ini:
1 1) Cacat dlm cinta itu sendiri bahawa
cinta nya hanya sementara waktu bukan cinta sejati.
2 2) Ada penghalang dari pihak yg
mencintai hingga terhalanglah cintanya kpd pihak yg dicintai. Boleh jadi faktor
fizikal, faktor sifat, cara hidup, perbuatan, sosok tubuh, seumpamanya.
3 3) Adanya sesuatu diri yg dicintai yg
menghalangnya utk membalas cinta org yg mencintainya. Jika bukan adanya
penghalang itu, cinta itu pasti bersambut.
Jika bukan
kesombongan, hasad, gila kuasa dan permusuhan org2 kafir tentu para Rasul sudah
menjadi org yg paling mereka cintai, lebih daripada diri mereka sendiri, harta,
keluarga. Sebab penghalang itu hilang dari jiwa para pengikut para Rasul, maka
Rasul2 tersebut menjadi org yg lebih mereka cintai daripada diri mereka sendiri,
harta dan keluarga.
![]() |
Moga cinta yg disandarkan kpd Allah mengekalkan cinta fitrah itu hingga di syurga. Amiiin |
Setiap penyakit
ada ubatnya. Entri seterusnya akan membincangkan ubat2an yg mampu merawat
penyakit ini mengikut kaedah2 yg ditunjukkan Rasulullah SAW. Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment