Bismillahirrahmanirrahim…
Salam syawal
sahabat. Moga syawal yang disambut bersama takwa setiap masa. Untuk entri kali
ini ambe ingin berkongsi tulisan Dr Abdullah Nasih Ulwan berkenaan Allah
Matlamat Kami yang ditulis dalam buku Sehingga Para Pemuda Mengerti. Semoga kita
pun mengerti. Amiin.
![]() |
Taqabbalah Minkum Minna Minkum Taqabbal Ya Karem. Mohon maaf atas kesilapan secara terbuka atau tertutup sahabat |
Pertama
mengikhlaskan setiap perbuatan sama ada ibadah, jihad untuk Allah semata-mata.
Allah berfirman dalam surah al-An’am ayat 162-163:
“Katakanlah:
sesungguhnya solatku, ibadahku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta
alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan
aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada-Nya).
Kedua menjadikan
syariat Allah petunjuk sepanjang perjalanan kita di dunia. Selain daripadanya
adalah sistem2 hidup yang sesat, celaka & jahiliah. Firman Allah dalam surah
al-Maidah:49-50:
“Dan hendaklah kamu
memutuskan perkara di antara mereka apa yang diturunkan Allah, dan janganlah
kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka,
supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan
Allah kepadamu. Jika mereka berpaling, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya
Allah mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka, disebabkan
sebahagian dosa2 mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang2
fasik.
Apakah hukum jahiliah
yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah
bagi orang2 yang yakin?
![]() |
Inilah hukum yang wajib kita tunduk bukan hukum2 taghut yang berkiblatkan ilmu manusia yang terhad |
Ketiga penyerahan
diri sepenuhnya kepada setiap perintah & larangan Allah SWT. Allah Maha
Mengetahui akan setiap apa yang disuruh dan apa yang dilarang kerana Dia telah
meletakkan setiap sesuatu sesuai pada tempatnya sama ada ia boleh membawa
kebaikan atau keburukan. Dr Nasih Ulwan mengajak kita agar mencontohi Saidina
Umar al-Khattab r.s dalam kepatuhan kepada perbuatan Rasulullah SAW dalam
mencium Hajar Aswad walaupun tidak tahu hikmah ciuman tersebut.
“Aku mengetahui bahawa
engkau adalah seketul batu yang tidak membawa mudarat dan tidak memberi manfaat.
Kalaulah tidak kerana aku telah melihat Rasulullah SAW menciummu, nescaya aku
tdak akan menciummu. (HR Bukhari & Muslim)
Allah tegaskan dalam firmanNya Surah al-Ahzab ayat 36,
“Dan tidaklah patut
bagi laki2 yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah apabila
Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka
pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah
& RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.
Keempat meyakini bahawa
Allah SWT Yang Menghidupkan dan Mematikan, Yang memuliakan dan Menghinakan, Yang
Memberi Manfaat dan Mudarat dan ditanganNya segala sesuatu yang Maha Kuasa atas
setiap sesuatu. Dr Nasih Ulwan menasihatkan agar kita menyerah diri kepada
keputusanNya dalam setiap perkara yang menimpa dan menakutkan, perlu meredhai
Qadarnya dalam setiap yang datang serta bersabar atas setiap hukumNya pada
setiap ujian dan musibah. Hendaklah kita berpegang kepada apa yang difirmankan
Allah SWT:
“Dan sungguh akan Kami
menguji kamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan
hasil tanaman. Dan berikanlah berita gembira kepada orang2 yang sabar.
Iaitu orang2 yang
pabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, ‘Innaa lillahi wa innaa ilaihi
raaji’uun’ (Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kami kembali).
Mereka itulah yang
mendapat keberkatan yang sempurna & rahmat dari tuhan mereka, dan mereka
itulah orang2 yang mendapat petunjuk. (al-Baqarah 155-157).
Kelima menjadikan
redha Allah SWT dan takut kepadaNya sebagai matlamat tanpa mengira adakah manusia
akan redha kepadamu ataupun mereka marah, adakah mereka memujimu ataupun
mencelamu, adakah mereka akan berpaling atau meninggalkanmu atau menerimamu?
“Allah dan RasulNya
itulah yang lebih patut mereka cari keredhaannya jika benar mereka adalah orang2
mukmin” (at-Taubah:62)
“Dan barangsiapa yang
mencari keredhaan Allah dengan perkara yang menyebabkan manusia marah, Allah
akan mencukupkannya daripada bergantung kepada manusia. Dan barangsiapa yang
mencari keredhaan manusia dengan perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah,
Allah akan menyerahkan segala urusannya kepada manusia. (HR Tirmidzi,Abu
Nuaim)
“Barangsiapa yang
mencari keredhaan seorang sultan dengan perkara yang menyebabkan kemurkaan
Tuhannya, nescaya dia telah terkeluar daripada agama Allah SWT”. (HR Hakim)
![]() |
Moga kita diberi kekuatan daripada Allah untuk mengutamakan redha Allah daripada redha manusia. Kadang2 kerana kawan2 kita lebih mengutamakan mereka daripada Allah sendiri. |
Moga kita sentiasa
menjadikan setiap perbuatan kita bermatlamatkan Allah. Moga dengan matlamat
Allah dalam hati Allah menguatkan kita berjihad sama ada jihad kabir menawan
hawa nafsu setiap hari dan jihad mata pedang. Moga kita beroleh dua
keputusan daripada perjuangan Fisabilillah;
jihad atau kemenangan. Akhir kata, semoga sahahabt2 dapat menghayati syair ini.
Moga dengannya lebih menaikkan semangat kita untuk mencintai Allah
selama-lamanya sehingga kembali kepadanya dengan penghormatan. Amiin.
Moga2 Engkau gembira, walaupun aku menanggung kepahitan.
Moga2 Engkau redha, sekalipun seluruh makhluk benci
kepadaku,
Moga2 hubungan antara Engkau dan aku sentiasa subur,
Walaupun antaraku dan seluruh alam ini bermusuhan,
Apabila telah benar cinta kepadaMu, maka seluruh perkara
adalah mudah,
Dan setiap sesuatu atas tanah ini adalah tanah jua.
![]() | ||
Sentiasalah kita jadikan cinta Allah melebihi cinta makhluknya. Amiiin. |
Wallahua’lam.