Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim
Salam Maulidurrasul Sallallahualaihiwasallam. Moga kedatangan
Rabiulawal tahun ini 1434H menjadikan kita lebih mencintai dan menjiwai
perjuangan Rasulullah. Aplikasinya segala apa yang Rasulullah SAW suruh buat
dan larang wajiblah kita patuhi dalam segenap aspek kehidupan termasuklah
akhlak nabi, pemerintahan nabi, ibadah nabi, sosial nabi dan cara hidup nabi. Semua
ini perlu kita muhasabah diri setakat mana kita patuh pada Allah dan Rasulullah
dalam kehidupan ini. Jika kita kata kita cinta pada Rasulullah setakat mana
taat kita kepada baginda SAW. Sama2 muhasabah.
![]() |
Sejauh mana cinta kita pada Rasulullah andai hidup kita jauh dari cara hidup baginda SAW. |
InsyaAllah pada entri kali ini yang baru mengorak langkah
untuk tahun ini, ana mahu berkongsi dan cuba mengamalkan LANGKAH2 MENINGKATKAN
KECEMERLANGAN PEMUDA ISLAM yang ana dapat dalam satu artikel dalam suratkhabar
yang diterbitkan dua kali seminggu. Ana mengajak diri yang sentiasa dalam
kelemahan ini bersama sahabat2 sekalian untuk kita sama2 menghayati dan mengamalkan
apa yang tertulis berikutnya.
Menurut Fathi Yakan, usia muda seorang pemuda-pemudi adalah:
1)
Usia yang penuh dengan cita2 yang tinggi
2)
Usia yang mengalir darah yang gemuruh
3)
Usia yang tinggi idealism yang luas
4)
Usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula
5)
Usia yang menabur jasa, memberi kesan dan
emosional.
![]() |
Pentadbiran sesebuah negara bergantung kepada keadaan para-pemudinya. Andai pemuda/i jahil agama maka negara rosak.Andai pemuda/i pegang agama, daulah Islam pasti tertegak sepertimana di Mesir. |
Menurut Syeikh Yusuf al-Qardhawi, tanda2 pemuda-pemudi Islam
yang unggul itu adalah suatu generasi yang mempunyai sifat2 yang dinyatakan
dengan jelas bagi sesiapa yang membaca al-Quran atau mempelajari sunnah
Nabawiyyah. Antara sifat unik generasi ini adalah:
1)
Generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu
2)
Generasi amal dan membina jama’ie
3)
Generasi Rabbani dan ikhlas
4)
Generasi yang bernasabkan Islam
5)
Generasi dakwah dan jihad
6)
Generasi dagang dan hidup bersama orang lain
7)
Generasi seimbang dan sederhana
Menurut Syeikh Mohammad Ahmad ar-Rasyid, terdapat beberapa
kesilapan dan fitnah kehidupan yang perlu diberi perhatian wajar oleh para
pemuda-pemudi Islam. Ini kerana kita sentiasa terdedah kepada pelbagai tekanan
luar dan peristiwa yang mempengaruhi secara beansur-ansur ke atas iman terhadap
amal dan dakwah. Pengaruh luar ini ada dalam pelbagai bentuk yakni ada yang
menggugat akidah, akhlak, keluarga dan sebagainya. Antara pengaruh2nya;
1)
Gerakan dan propaganda yang menyebarkan keraguan
dan salah faham terhadap Islam dan keunggulannya
2)
Fitnah rakan sebaya yang jahat dan persekitaran
yang tidak sihat
3)
Fitnah harta dan keluasan rezeki yang
melimpah-ruah
4)
Fitnah ijazah dan pangkat
5)
Fitnah wanita, isteri dan anak2
Seperti kita maklum, maksiat yang kita lakukan penghalang
kepada taat kita pada Allah. Maksiat menghilangkan kelazatan ibadah kita kepada
Allah. Maksiat menyebabkan istiqamah kita beribadah terganggu. Maksiat menyebabkan
hidup kita sentiasa menjadi hamba abdi pada nafsu. Maksiat juga menyebabkan
kita sengsara tubuh badan dan akal. Maka antara langkah2 untuk kita jauhi
maksiat dan tingkatkan kecemerlangan pemuda/I Islam yang kita akui;
1)
Kenal pasti tahap kemampuan ada yang sebenar
2)
Beri tumpuan kepada kekuatan2 yang ada
3)
Tanamkan rasa percaya kepada diri sendiri
4)
Sediakan diri untuk menjadi orang yang terbaik
5)
Ambil pelajaran daripada kesilapan yang
dilakukan
6)
Belajar menerima teguran yang membina dan
hiraukan kritikan yang remeh
7)
Akui kejayaan sendiri
8)
Tetap rendah diri
9)
Terus memperluaskan pengetahuan dan pemikiran
10)
Bersyukur kepada Allah atas apa2 yang
diberikanNya
11)
Cuba sedaya upaya bermujahdah melawan hawa nafsu
yang meliar.
![]() | |
Hidup bagi pemuda Islam bukan try and error tapi try and learn. Cuba dan belajar daripada kesilapan yang lalu. InsyaAllah sahabat. |
Moga tulisan kali ini dapat berkongsi dan diamalkan kita
bersama-sama. Hidup ibarat perantau. Kita diberi tempoh Cuma 63 tahun, 20 tahun,
70 tahun tetapi kita akan menempuh kehidupan akhirat yang tiada had masanya. Hidup
ini lebih indah dan bermakna jika tiada maksiat dilakukan. Untuk mendapatkannya
mujahadah kunci utama yang sering kita lupakan dan remehkan. Seringkali nafsu
diutamakan. Mulai sekarang mari kita mengorak langkah mempertahankan diri kita
daripada serangan nafsu dan syaitan kerana untuk mendapatkan syurga itu pahit
kerana syurga itu manis bersama bidari2nya yang menanti di sana. Percayalah
janji Allah untuk kita kerana Allah tidak sesekali memungkiri janji. Wallahua’lam.