Saturday 28 July 2012

Ramadhan II: Bulan Terbaik Menagih Rahmat dan Keampunan Allah


Bismillahirrahmanirrahim…

   Alhamdulillah sahabat2 sekalian Allah masih lagi memberi kesempatan untuk kita meneruskan ibadah puasa yang hari ini sudah masuk hari ke-9 Ramadhan 1433H. Semoga segala amalan kebajikan lapan hari yang lalu diterima Allah dan sentiasa dilimpahi rahmat Allah bagi fakulti pertama ini.

   Ramadhan jika dieja Jawi dapat dikonsonankan huruf ‘RO’ sebagai rahmat dan huruf ‘MIM’ sebagai maghfirah (ampunan) yang kita harapkan kepada Allah. Untuk entri kali ini, ambe ingin berkongsi ilmu yang diperoleh daripada tazkirah di masjid berkenaan dengan rahmat dan pengampunan dosa daripada Allah SWT Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Merahmati.
Moga Allah menerima segala amalan kebaikan hari2 lepas dalam bulan Ramadhan

   Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 218:
“Sesungguhnya orang2 yang beriman, orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah  yang mengharapkan rahmat Allah Allah. Allah Maha Pengampun, Maha Penyantun.”
Jelas kepada kita terdapat tiga ciri untuk kita menagih rahmat Allah. Pertamanya Allah menyebut orang yang beriman. Orang yang beriman kepada Allah ialah orang yang sentiasa tunduk patuh kepada setiap perintah Allah dan menjauhi segala larangannya. Sering kita tidak sedari niat2 kita yang menyeleweng daripada tujuan sebenar kepada Allah apabila terlintas dalam hati segala ibadah tersebut ditujukan kepada makhluk. Perkara tersebut jika terlintas segeralah bagi kita beristighfar kepada Allah kerana  amalan tersebut menjuruskan diri kita kepada mensyirikkan Allah yang dinamakan syirik ‘hissi’ (tersembunyi).  
Ciri Pertama Beriman sungguh2 kepada Allah
   Ciri kedua ialah orang yang berhijrah. Bulan Ramadhan inilah bulan yang terbaik untuk diri kita berubah daripada sembahyang berseorangan kepada sembahyang berjemaah dan perubahan2 yang lain. Naluri atau emosi manusia pada bulan ini mudah tersentuh apabila di beri peringatan. Naluri manusia juga lebih cenderung kepada kebaikan berbanding bulan2 lain. Moga perubahan2 yang kita buat dapat diteruskan di bulan2 yang lain. Ameen.
Bulan Ramadhanlah masa terbaek untuk berhijrah

   Ciri terakhir dalam ayat tersebut ialah berjihad di jalan Allah. Jihad melawan hawa nafsu adalah jihad terbesar berbanding jihad mata pedang kerana jihad ini berterusan sehingga kita mati. Sebaliknya jihad mata pedang berlaku pada waktu2 tertentu sahaja. Jihad di bulan Ramadhan ini apabila kita membeli makanan di bazar2 Ramadhan. Kawallah nafsu kita dalam mengehadkan jenis2 makanan yang ingin dibeli. Bagi seorang pemuda/I berjihadlah jiwa dan raga kita untuk terus menundukkan pandangan kita terhadap perempuan/laki2 ajnabi. 
Jihad di jalan Allah dan jihad menentang hawa nafsu merupakan perjuangan berterusan anak Adam sebelum bertemu Allah

   Seterusnya Allah berfirman dalam surah ali-Imran ayat 133-136:
“Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhan-Mu dan mendapatkan syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertakwa. Iaitu orang yang berinfaq, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang2 yang menahan amarahnya dan memaaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang membuat kebaikan. Dan juga orang2 yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampun atas dosa2nya  dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa2 selain Allah? Dan mereka meneruskan dosa itu, sedang mereka mengetahui. Balasan mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka & syurga2 yang mengalir di bawahnya sungai2, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal.

   Setelah membaca ayat di atas, maka dapat disimpulkan bahawa terdapat empat ciri orang yang mendapat keampunan Allah. Golongan pertama ialah orang yang selalu menginfaq hartanya di jalan Allah waktu senang dan susah. Kedua orang yang menahan marah ketika jiwanya diganggu melalui percakapan atau perbuatan. Golongan ketiga ialah orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. Dan terakhir orang yang bertaubat nasuha setelah melakukan sesuatu dosa maksiat dan berazam bersungguh-sungguh tidak mengulang perbuatan keji tersebut pada masa akan datang.
Bersedekalah semampu-mampunya saat susah saat senang hatta 10 sen
Bertaubatlah kita dengan sebenar-benar taubat sebelum nyawa tiba di halkum maka saat itu taubat tak diterima

Jadilah kita pemaaf moga Allah memberi pula keampunan-Nya terhadap dosa2 kita
Kawallah nafsu marahmu lebih2 lagi bulan puasa ini moga kita beroleh maghfiratullah
   Dan terakhir daripada ambe moga puasa kita dapat menjadikan kita pelindung daripada segala dosa dan maksiat yang sentiasa ada sekeliling kita. Seperti sabda Rasulullah SAW:
“Puasa itu perisai”. Sebagai manusia yang bernafsu, kita mengharapkan puasa menjadi perisai kita dalam menangkis segala ajakan nafsu yang mendorong kepada kebinasaan hidup kita. Moga entri kali ini bermanfaat dan menjadi amalan buat kita semua sebagai pemuda/I di bulan yang diberkahi ini. Ameen. Wallahua’lam.
Moga dengan kita berpuasa dapat menjadi pelindung diri kita daripada segala maksiat secara zahir dan batin




1 comment:

  1. Alhamdulillah, sudah masuk fasa ke-2....moga ALLAH terima....ALLAH dah beritahu kita mcm mana nak beroleh takwa, keampunan & syurgaNYA....jadi, marilah sama2 kita amalkan dlm kehidupan bukan sekadar di bulan Ramadhan, tapi biarkan ia sebati selagi nyawa dikandung badan....wallahualam

    ReplyDelete