Bismillahirrahmanirrahim,
Dalam entri
ini kita akan cuba membincangkan cara rawatan yg dicadangkan oleh Ibn Qayyim
al-Jauziyyah mengikut perubatan Nabi. In sha Allah. Moga bermanfaat dan dapat
kita amalkan mengikut tahap kemampuan yg ada.
Dalam SHahih
al-Bukhari dan Muslim drpd Ibn Mas’ud Rasulullah bersabda:
“Wahai para
pemuda sesiapa di antara kamu telah mempunyai kemampuan, hendaklah ia menikah
sebab menikah itu lebih mampu melindungi pandangan mata dan lebih mampu menjaga
kemaluan. Sesiapa yg belum mampu menikah, hendaklah ia berpuasa sebab puasa itu
menjadi ubat dan penawarnya.”
![]() |
Pernikahan adalah rawatan sebenar terhadap penyakit cinta |
Baginda menunjukkan
rawatan sebenar dan rawatan sementara untuk dipilih. Dalam hadis riwayat Ibn
Majah dari Ibn Abbas Rasulullah bersabda:
“kami tidak
melihat cara paling elok bg dua org yg saling mencintai melainkan nikah.”
Jika
seseorang yg diserang penyakit cinta tak mampu membawa org yg dicintainya menurut
aturan yg ditunjukkan syariah seperti yg diatas, maka rawatannya adalah memberi
kesan dlm jiwanya akan adanya kebuntuan trhadap harapannya sebab kalau jiwa
seseorang sudah berasa buntu ia akan berasa tenang, tidak teralu mengejar
buruannya.
![]() |
Tak mampu bernikah, bermulalah fasa mujahadah untuk menekan segala kehendak nafsu. Pertunangan bukanlah lesen untuk menghalalkan perhubungan |
Jika nafsu
amarahnya tak juga boleh menerima cara tersebut, hendaklah ia meninggalkan
angan2 untuk menikahi kekasihnya disebabkan faktor sekeliling yg mustahil utk
dicapai kerana 2 perkara:
1 1) Takut pada Allah
2 2) Keyakinan bahwa hilangnya apa yg dia
cintai lebih baik bg dirinya, lebih berfaedah bahkan membuatnya mendapat
sesuatu yg lebih lazat dan lebih menggembirakan.
Jika seseorang
sudah yakin bahwa dgn mengejar kekasihnya akan berlaku kehilangan sesuatu yg
lebih besar drpd hilangnya kekasih atau berlakunya sesuatu yg lebih menyusahkan
dari hilangnya kekasih maka akan mudahlah utk meninggalkan angan2nya. Ia akan
berpandangan bahawa lepasnya si kekasih lebih mudah utk diterima dgn kesabaran.
Akal, agama, harga diri, dan kemanusiaan yg ada pada dirinya menyuruh dirinya
untuk menanggung bahaya yg lebih ringan yg kemudiannya akan berubah menjadi nikmat,
kegembiraan untuk mengelak dari berlakunya bahaya yg lebih besar. Manakala kejahilannya,
hawa nafsunya, kegilaaan dan sikap meremehkan akan terus menyuruhnya
mendahulukan kekasih yg fana dgn segala yg dimilikinya dgn segala usaha.
Sungguh org yg terpelihara adalah yg dipelihara Allah.
Jika jiwa
seseorang masih tak mampu menerima ubat ini, cubalah memerhatikan apa akibat
dan kerosakan fana yg ditimbulkan akibat memperturutkan syahwat yg dapat
menimbulkan pelbagai kerosakan terbesar di dunia yg akan melenyapkan
kemashlahatan sebab ia akan menghalang seorang hamba menggunakan kecedasan
akalnya.
![]() |
Pabila syahwat dituruti, akal terlepas dari gengaman. Kerosakan dan keruntuhan fitrah kemanusiaan berlaku |
Jika rawatan
ini juga tak mampu untuk diterima, hendaklah ia mengingatkan pelbagai keburukan
dari si kekasih hati yg boleh menyebabkan dirinya membenci kekasihnya itu. Silakan
tanya para sahabatnya tentang keburukannya yg tersembunyi yg akan mendorong utk
membencinya dan tak menyukainya. Alihkan pandangan dari sekadar kecantikan luar menembus sampai pada buruknya amal
perbuatannya. Cara ini bukan bermaksud untuk mengaibkan dirinya di khalayak tapi untuk proses melupakan kekasih hati.
![]() |
Dengan mencari keburukannya bukan untuk tujuan mengaibkannya, bisa mungkin kita mampu melupakan kekasih hati yg mengkhianati perhubungan |
Jika masih
juga belum mampu menyembuhkannya, serahkan jiwa kepada Allah yg selalu
mengabulkan doa org yg berdoa kpdNya dlm keadaan terdesak.
![]() |
Kita ja x prasan Allah sangat hampir dgn kita...Banyakkan berdoa dan tawakkal kpdNya... |