Saturday 18 February 2012

AssalamualikumWarahmatullahiwabarakatuh........
Bismillahirrahmanirrahim........Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Alhamdulillah Allah buka hati untuk hambe buat blog sendiri. Cetusan sahabat-sahabat yang ada blog sendiri. Nama dipilih untuk blog yang pemiliknya bukanlah sehebat Imam Hasan al-Banna bukan juga Umar Tilmasani bukan juga tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan juga idola hambe Syed Qutb dalam perjuangan mereka memberi untuk Islam; hidup untuk memberi adalah untuk memberi sesuatu untuk Islam mencontohi tokoh-tokoh Islam abad ini InsyaAllah. Mudah-mudahan Allah memanjangkan usia kita dalam keredhaan Allah SWT bukan dalam istidraj yang melalaikan kita tanpa diketahui kita setiap amalan kita sia-sia.

Allah berfirman dalam Surah al-Kahfi ayat 103 & 104:
Katakanlah (Muhammad), "Apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya?" Iaitu orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya". Moga-moga kita tidak digolongkan dalm golongan sebegini di akhirat kelak. Amiiin.

Untuk seterusnya hambe memohon doa sahabat-sahabat sekalian mendoakna kesejahteraan hamba dalam perjuangaan menjadi seorang doktor muslim InsyaAllah. Mohon doa2 semua. Amiiin

Dalam surat terbuka kepada wanita yang ditulis oleh Umar Tilmasani mantak ketua Umum Al-Ikhwan Muslimin beliau ada menyelitkan sabda Rasulullah SAW:
Sabarlah! Penyakit itu membersihkan kotoran pada manusia seperti halnya api menghilangkan kotoran pada besi. ( dipetik dalam Asadul Ghabah jilid 7 halaman 345)

Masya Allah!!! Allah beri sakit kepada kita bukan untuk membebankan kita malahan Dia beri untuk bersihkan diri kita dari dosa-dosa yang sengaja atau tak sengaja kita buat. Renung-renunglah sahabat sekalian dalam kesakitan ada keindahan. Indahnya Islam. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment