Saturday 18 February 2012

Saya Tidak Takut Mati, Kerana Sudah Memberi

Bismillahirrahmanirrahim
Dalam salah sebuah buku Ustaz Hasrizal Jamil atau lebih terkenal dengan laman webnya saifulislam.com, beliau ada memberitahu bahawa erti hidup adalah memberi bukan menerima. Dalam filem Laskar pelangi yang dilakonkan oleh Inderanegara, beliau memberi nasihat kepada anak-anak muridnya sebelum kematiannya dengan kata-kata sakti, "berilah kamu sebanyak-banyaknya bukan menerima sebanyak-banyaknya". Maka secara tidak langsung memberi inspirasi buat saya untuk hidup memberi sesuatu kepada umat manusia terutama memberi dalam perjuangan Islam.

Dalam satu artikel yang ditulis oleh salah seorang anggota Ikhwanulmuslimin, Syed Qutb dalam artikel 'kisah kehidupan dan kematian', beliau menyatakan kematian tidak beliau takuti kerana telah memberi kepada umat Islam khasnya jasa dan pengorbanan untuk umat ini. Antaranya tafsir fi zilal lilQuran yang dikarang dalam penjara yang menjadi tatapan dan rujukan untuk umat Islam apabila menterjemah isi-isi al-Quran. Dan mungkin inilah sebabnya menjelang kematiannya di tali gantung beliau hanya tersenyum. Senyuman puas kerana sudah puas memberi sepanjang hayat!!!

 Senyuman kepuasan syed Qutb sebelum ke tali gantung

Dalam artikel tersebut, beliau menyatakan;
  Saya tidak takut mati meskipun ia datang mendadak. Saya sudah mengambil banyak dari kehidupan ini, yakni "sudah memberi".
  Ada kalanya anda sulit membezakan antara pengambilan dan pemberian, kerana keduanya memberikan pengertian dalam satu alam roh. Setiap kali saya memberikan, setiap itu pula saya sudah mengambil. Ini bukan bererti ada seseorang yang memberikan sesuatu kepada saya, tetapi maksud saya adalah bahawa saya telah mengambil imbalan terhadap apa yang saya berikan., kerana kepuasan dan kegembiraan yang saya dapat dengan pemberian itu kurang dari kepuasan dan kegembiraan yang mereka dapat.
  Saya tidak lagi takut terhadap kematian meskipun ia datang seketika. Saya sudah membuat sekuat apa yang saya mampu. Memang banyak hal-hal lainnya yang ingin saya lakukan, kalau saya diberi umur yang panjang. Namun saya juga tidak bersedih hati kalau saya tidak dapat melakukannya. Orang-orang lain akan meneruskan perjuangan ini. Ia tidak akan mati, selama ia masih baik untuk hidup. Dan saya percaya bahawa pejuang yang sentiasa mengamati keamanan alam semesta ini tidak akan membiarkan idea yang baik itu mati.
  Saya tidak lagi takut terhadap kematian, meskipun ia datang tiba-tiba. Saya sudah berusaha sekuat-kuatnya berlaku baik. Sedangkan terhadap kesalahan dan kealpaaan saya, saya menyesal sekali.
  Saya pasrahkan segalanya kepada Allah SWT dan saya sentiasa mengharapkan rahmat dan ampunan-Nya. Adapun tentang hukuman dan seksaan-Nya, saya tidak resah dan gelisah kerananya. Saya yakin bahawa hukuman itu tetap dan ganjaran itu adil, dan saya sudah membiasakan diri menanggung risiko terhadap amal perbuatan saya, baik itu kebajikan mahupun keburukan. Maka sudah tentu saya akan menanggung hukuman atas kesalahan saya di pengadilan yaumul hisab. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment