Sunday 10 June 2012

Ibrah Peristiwa Isra' Mi'raj

Bismillahirrahmanirrahim.....

   Salam sahabat2 sekalian. Alhamdulillah kita bertemu di bulan Rejab 1433H. Semoga Allah terus mengurniakan kita untuk sampai di bulan Sya'ban seterusnya bulan Kita, Ramadhan. Untuk entri ini, ambe mengajak semua untuk sama2 menghayati perjalanan sirah Rasulullah SAW dalam peristiwa Isra' Mi'raj yang berlaku semasa tahun dukacita disebabkan kematian Siti Khadijah r.a & bapa saudara nabi, Abu Talib yang sentiasa melindungi baginda.
Isra' Mi'raj membawa menyingkap banyak pengajaran kepada pemuda2 Islam & umat Islam


   Allah telah mencatatkan peristiwa bersejarah ini dalam surah al-Isra' ayat 1,
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil al-Haram (Mekah) ke masjid al-Aqsa (Palestin) yang kami berkahi sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda2 (kekuasaan & kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." Dalam ayat ini menjelaskan perjalanan Isra' iaitu daripada Masjidil al-Haram ke Masjid al-Aqsa di Palestin. Allah SWT memberi berkat kepada 2 tanah suci ini yang kini Palestin telah dicemari & dikuasai oleh puak2 Zionis Yahudi Laknatullah. Sebagai umat Islam yang sejati, seharusnya kita sentiasa mengambil tahu isu2 semasa umat Islam yang ditindas disana dan sama-samalah kita menghulurkan infaq harta kita untuk mereka. Jika kudrat kita tidak mampu ke sana menyahut seruan jihad, doa hendaklah kita panjatkan supaya Allah sentiasa memberi kemenangan kepada umat Islam di sana.
Berat mata memandang berat lagi Umat Islam Palestin memikul. Ayuh kuatkan azam untuk ke sana. InsyaAllah.


   Sepanjang perjalanan Isra', Rasulullah telah dipertontonkan bersama malaikat Jibril dengan banyak peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Antaranya nabi diperlihatkan dengan manusia yang memotong lidah kemudian tumbuh kembali dan mengulangi perbuatan tersebut. Golongan tersebut semasa di dunia suka mengumpat, memfitnah orang lain serta menyuruh orang lain buat kebaikan tapi dia sendiri tidak melakukannya. Selain itu, golongan lelaki dan perempuan yang mana mereka makan daging busuk walhal daging masak ada di sisi. Jibril menjelaskan kepada Nabi itulah golongan yang berzina dengan orang lain padahal mempunyai isteri atau suami masing2. Lagi peristiwa segolongan orang yang menghantuk kepalanya sehingga pecah kemudian tumbuh semula lalu diulang perbuatan tersebut. Golongan tersebut adalah golongan yang tidak melakukan solat. Banyak lagi peristiwa2 yang sebenarnya menunjukkan kepada kita bahawa peristiwa tersebut memberi gambaran akan kehidupan manusia di dunia. Allah telah memberikan kepada kita gambaran2 azab sekiranya kita melanggar perintah-Nya manakala gambaran2 nikmat untuk mereka yang patuh pada-Nya.
Banyak pengajaran yang Allah tunjuk di dunia lagi mengenai azabNya antaranya dengan dijadikan peristiwa Isra' Mi'raj


   Semasa Mi'raj nabi diperjalankan daripada masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha bertemu Allah SWT. Semasa perjalanan ini, Rasulullah SAW bertemu dengan para Anbiya' seperti nabi Musa, nabi Ibrahim, nabi Yusof dan lain2. Semasa bertemu nabi Ibrahim, Rasulullah menerima wasiat yang berupa zikir yang apabila umat baginda, kita ini apabila membacanya ditanamkan untuk kita sepohon pokok di syurga iaitu, SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Samalah kita istiqamah dan ikhlas mengamalkannya. InsyaAllah. Kemudian Rasulullah dinasihati oleh nabi Ibrahim selepas menerima 50 waktu solat untuk mengurangi bilangan solat tersebut. Setelah 9 kali bertemu Allah untuk proses tersebut, maka solat 5 waktu diterima Rasulullah dan umat baginda iaitu kita. Inilah perintah solat fardu yang berbeza daripada perintah2 Allah yang lain yang mana Rasulullah terima secara langsung daripada Allah tanpa perantaraan Jibril.
Zikir wasiat Khalilullah, Nabi Ibrahim kepada kita



   Pengajaran yang boleh kita ambil dalam peristiwa ini kita wajib percaya akan adanya balasan di akhirat sana. Selain itu, ia menguji kepada kita untuk mempercayai peristiwa pelik ini yang berlaku hanya satu malam dan Rasulullah mencatat rekod sebagai manusia pertama yang menerokai alam semesta. Umat Islam yang beriman sewajibnya mencatatkan Rasulullah mempunyai rekod ini bukan orang kafir yang kini berlumba-lumba ke angkasa raya untuk mendapat nama. Disamping itu, meyakini bahawa kehidupan di dunia akan disusuli dengan kehidupan akhirat. Dan disana akan dinilai sama ada kita dimasukkan ke syurga atau neraka.
Fakta sebenar Rasulullah manusia pertama menjelajah di angkasa lepas

   Meyakini bahawa segala kekayaan milik Allah seperti dalam ayat pertama  hingga kedua surah al-Mulk, "Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia & akhirat) , dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap2 sesuatu. Dialah yang telah mentakdirkan keadaan kamu, Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan dialah Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang yang bertaubat). Ayat ini menunjukkan bahawa kita akan sentiasa diuji diibaratkan Allah memberi kita Peperiksaan Dunia sebelum keputusan keluar di negeri Akhirat kelak sama ada mendapat timbangan amal yang berat atau sebaliknya. Dan setiap apa yang diperbuat di dunia akan di balas oleh Allah di akhirat. Oleh itu, segala kekayaan yang kita peroleh hendaklah dimanfaatkan ke arah kebaikan contohnya bagi kita sebagai para pemuda ini, moga2 kita sentiasa dipelihara Allah supaya sentiasa menghargai nikmat mata yang Allah berikan untuk kita menundukkan pandangan terhadap perempuan ajnabi. Ia memerlukan jihad akhbar yang mana jihad yang lebih besar daripada jihad mata pedang. Buat kali terahirnya, marilah kita wahai para pemuda sehingga kamu mengerti, untuk kita sentiasa bersyukur dengan segala nikmat kekayaan yang Allah berikan untuk memberi kepada orang lain semampu-mampunya. Hidup Untuk Memberi. Wallahua'lam.
Moga kita bermujahadah untuk menundukkan pandangan bagi menjaga kesucian diri kita. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment