Saturday 2 June 2012

Jom Kahwin II !

Bismillahirrahmanirrahim...

   Untuk entri sambungan, sahabat2 sama2lah kita menjadikan Rejab sebagai bulan 1001 pengajaran yang kita dapat daripada peristiwa Isra' Mi'raj Rasulullah yang mana Rasulullah diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa beberapa golongan manusia yang beramal baik mahupun buruk. Rasulullah juga dipertontonkan keadaan syurga dan neraka dimana itulah destinasi sebenar kita di akhirat. Ayuh sahabat2 untuk kita menjadikan redha Allah sentiasa di sisi.

   Sebut wanita terbayang kelemahan. Betul? Sedarlah wanita itu lemah. Perlukan bimbingan seorang lelaki walaupun nampak gaya hebat. Dalam sejarah Islam, wanita turut berperanan dalam dakwah & jihad. Berikut contoh2 kisah hebat:
Walaupun nampak hebat, namun mereka tetap memerlukan seorang lelaki melindungi & menyanyanginya


Kisah Pertama

   Muslim meriwayatkan daripada al-Rabie' binti Mu'awwiz, beliau berkata: "Kami berperang bersama Rasulullah SAW. Kami membawa pulang orang yang cedera dan yang telah mati ke Madinah."
Dalam riwayat Ummu Atiyah al-Ansariah, beliau berkata: "Saya pernah keluar berperang bersama Rasulullah SAW sebanyak 7 kali, saya membantu kaum lelaki apa yang mereka perlu, memasak, makanan, mengubati orang yang luka dan merawat pesakit."

Kisah kedua

  Ibnu Hisyam meriwayatkan dalam kitab sirahnya, bahawa Ummu Sa'ad binti Sa'ad Ibn al-Ruba'i menemui Ummu Umarah lalu bertanya kepada Ummu 'Umarah apa yang diperbuatnya semasa perang Uhud. Dijawab olehnya bahawa beliau mengisi air dan semasa kekalahan kaum Muslimin beliau mendampingi Rasulullah dengan memepertahankan baginda daripada sebarang serangan yang mana beliau menepis serangan pedang & panah sehingga terluka.
Peranan besar Ummu 'Umarah mempertahankan Rasulullah semasa kekalahan tentera Islam- Gambar hiasan


Kisah Ketiga

   Ibn Hisyam meriwayatkan bahawa Sofiyah binti Abdul Muttalib melihat seorang Yahudi sedang mengelilingi sebuah benteng kaum Muslimin. Sofiyah menyusuri benteng dan  mengambil sebatang kayu. Kemudian turun dari benteng lalu memukul orang Yahudi sampai mati. Banyak lagi kisah2 hebat yang tak tertulis di sini.

   Kewajipan wanita sama dengan laki2 dalam menyampaikan dakwah. Firman Allah dalam surah al-Taubah ayat 72, "Dan orang2 yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan menberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
Lelaki & wanita sama2 berperanan menggikan kalimah Toyyibah di atas muka bumi


Mengapa Allah mensyariatkan Perkahwinan?

1. Memelihara keturunan

Allah berfirman dalam surah al-Nahl ayat 22, " Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan2 (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak2 dan cucu-cicit."

2. Masyarakat terselamat daripada keruntuhan akhlak

"Wahai sekalian pemuda!!! Sesiapa yang mampu berkahwin, hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya ia menundukkan pandangan mata dam memelihara kemaluan." (Riwayat Jemaah Perawi)
Berkahwin solusi kepada menundukkan pandangan. Allahuakbar!!!


3. Suami isteri saling menolong menunaikan tanggungjawab kekeluargaan

"Suami adalah tanggungjawab terhadap isterinya, dan dia akan ditanya tentang tanggungjawabnya. Isteri pula bertanggungjawab di rumah suamainya, dan dia akan ditanya tentang tanggungjawabnya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

4. Masyarakat terselamat daripada pelbagai penyakit & bencana

"Tiada perkara yang bahaya dan membahayakan" (Riwayat Malik & Ibn Majah)

5. Ketenteraman jiwa & roh

"Dan diantara tanda2 yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri2 dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan."
Arus alpha sentiasa bersama orang yang telah berkahwin


6. Melahirkan zuriat yang soleh.
 Rasulullah bersabda;
"Bernikahlah agar kamu melahirkan keturunan. Sesungguhnya akau berbangga dengan kamu terhadap umat yang ramai pada hari Kiamat." (Riwayat Abdul Razak & al-Baihaqi) 
Bernikahlah kamu remaja2 sekalian kerana inilah masanya!!!


Berikut merupakan nasihat Dr Naseh Ulwan kepada pendidik2 (ibu ayah)

   Jika kamu seorang yang senang dari sudut kebendaan, wahai bapa, kamu hendaklah memberi sumbangan yang memudahkan sebab-musabab perkahwinan untuk menyelamatkan anak2 dari bisikan jiwanya dan angan2 seks yang menguasai akal dan fikirannya. Semua ini, menghalang jalan menuju cita2nya dan merendahkan prestasi fikirannya. Perkahwinan boleh menyelamatkannya dari keruntuhan akhlakyang amat berbahaya dan sangat jelek didengar. Nilai2 positif tersebut hanya dapat dicapai dengan memudahkan perkahwinana dan memberi sumbangan nafkah. Sebarang pengabaian atau kecuaian dalam usaha tersebut boleh mendedahkan anak2 anda kepada kesan buruk dan akibat yang amat bahaya.
Wahai ayah fahamilah masalah anak2 bujangmu!!!


   Seringkali kita mendengar tentang ibubapa yang kaya dan terlalu bakhil untuk menyalurkan sumbangan kebendaan dan maknawi kepada anak2. Mereka membuat alasan bahawa anak mereka telah pun mencapai usia baligh, oleh itu, mereka tidak wajib lagi memberikan bantuan dan nafkah. Tetapi, jika mereka mengetahui bahawa harta yang mereka berikan itu umpama pelampung penyelamat dari apa yang dideritai anak2 , daripada tekanan fikiran, keruntuhan akhlak dan jiwa yang tidak tenteram, nescaya mereka tidak akan bakhil atau enggan menghulurkan bantuan & sokongan padu demi memudahkan mereka berkahwin.

Bantuan yang kau berikan mampu menyelamatkan kami daripada terus dibuai nafsu

   Mengapa seorang ayah yang mewah bersikap bakhil terhadap anaknya, mengapakah dia tidak memudahkan anaknya untuk berkahwin? Adakah dia akan hidup selama-lamanya? Adakah dia akan membawa bersama-sama hartanya ke akhirat? Tidak mustahil, akan tiba juga saatnya dia akan mati dan diletakkan dalam lubang kecil yang tiada sebarang perabot dan perhiasan.
 
   Dengan sebab itu, bermurah hatilah wahai para bapa yang berharta. Berbelanjalah dengan nafkah yang Allah berikan amanah kepada kamu untuk mengendalikannya. Mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu. Berusahalah sedaya upaya untuk memudahkan sebab-musabab perkahwinan anak2. Dengarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis riwayat Muslim:
" Satu dinar yang engkau nafkahkan di jalan Allah, satu dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu; ganjarannya yang paling besar ialah apa yang engkau nafkahkan kepada keluargamu."
Allah SWT tidak akan mensia-siakan orang yang mengelokkan amalannya.
Bersedekahlah untuk anak2mu lebih afdal daripada nafkah fi sabilillah


   Wahai saudara pendidik! Jika anda ingin mengetahui manhaj Islam dalam memilih isteri, rujuklah buku karangan kami, Pendidikan Anak2 Dalam Islam di bawah tajuk "Perkahwinan Itu Penapisan dan Pemilihan". Anda akan dapati di sana perbahasan yang lengkap dan sempurna. Sudah tentu anda akan memilih isteri yang solehah untuk anak2mu. Apabila dilihat kepadanya datang rasa gembira di hati. Apabila disuruh di mentaati. Apabila suaminya tiada di rumah dia menjaga harta & kehormatan suaminya. Apabila dikurniakan anak, dia berdoa kepada Allah:
"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri2 kami dan zuriat2 keturunan kami: perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang2 yang (mahu) bertakwa." (al-Furqan:74). Si isteri membantu suami mendidik dam membesarkan anak2 agar mereka menjadi anggota masyarakat yang berguna. Wallahua'lam.
Carilah calon menantu yang mampu membahagiakan anak2mu- Gambar Hiasan

   

   

  




2 comments:

  1. aku rasa dah tiba masa utk ko ni....calon dah ada, JPA pun boleh la tampung sikit2 + hasil bisnes kecil-kecilan....apa lagi yg ko tunggu? ko ajak orang kahwin, so ko kena mulakan dulu...jgn cakap je....be gentleman la...gi jumpa wali..mula2 ko kasi bakal wali ko baca blog ko ni....conform, saat tu jugak akad nikah....hahahaha....kalo ko anak jantan, aku cabar ko!!!! ada bran?

    ReplyDelete
  2. ada bran......msti ade org tgh.....ko la.....

    ReplyDelete