Saturday 2 June 2012

Jom Kahwin I !

Bismillahirrahmanirrahim...

   Sahabat2 seperjuangan. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT kerana masih memanjangkan usia hingga sampai ke bulan Rejab tahun ini. Moga2 kita dipanjangkan usia bertemu Sya'ban seterusnya Ramadhan yang dinanti-nanti. Untuk entri kali ini tajuk gempak bersama tulisan Dr Abdullah Naseh Ulwan membicarakan Perhubungan & Hubungan Seksual dalam bukunya Tanggungjawab Pendidikan Seks Menurut Islam. Semoga tulisan isi mampu melonjakkan diri untuk menyegerakan seruan pernikahan. Amiiin.

Antara koreksi petikan sumber rujukan daripada buku ini

Perspektif Islam Tentang Seks

1.  Haram meninggalkan perkahwinan

   Kita perlu mengikut keperluan tabii & jangan melawannya. Sebagai seorang lelaki dia memerlukan seorang wanita. Firman Allah dalam surah al-Rum ayat 21;
"Dan diantara tanda2 yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai laki2), isteri2 dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati & hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan."
Naluri seorang lelaki mengiginkan pendamping dirinya seorang wanita

   Islam melarang kita hidup ala2 pendeta paksa diri tidak kahwin. Al-Baihaqi meriwayatkan dalam hadis Saad Ibn Abi Waqqas r.a.:
"Sesungguhnya Allah telah menukarkan untuk kita kehidupan ala rahib dengan agama yang jauh dari kebatilan syirik dan yang toleransi."

Al-Tabarani & al-Baihaqi meriwayatkan daripada Rasulullah SAW;
" Sesiapa yang berada dalam keadaan senang untuk berkahwin tetapi dia tidak berkahwin maka dia bukanlah daripada golonganku."

   Rasulullah SAW bersikap tegas dalam bab2 kahwin. Nabi menegur tiga kelompok manusia yang mana seorang daripadanya mahu menunaikan solat sepanjang malam selama-lamanya, segolongan lagi mahu berpuasa sepanjang tahun dan segolongan lagi tidak mahu berkahwin. Lalu Rasulullah bersabda;
   "Kamu yang menyatakan begitu dan begini. Sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut dan lebih bertakwa kepada Allah daripada kamu sekalian. Akan tetapi aku berpuasa dan berbuka. Aku menunaikan sembahyang dan juga tidur. Aku juga mengahwini wanita. Sesiapa yang tidak menyukai sunahku maka dia bukanlah daripada golonganku."
   Moleknya Islam dengan ketegasan Rasulullah. Agama fitrah agama 'ngam' dengan diri manusia yang bernafsu.
Bukan prinsip Islam dalam mengajar umatnya berlebihan daripada kemampuan untuk beribadah kepada Allah


2. Ganjaran melampiaskan seks secara halal

   Imam Muslim meriwayatkan dalam Sahih Muslim daripada Abu Dzar r.a.:

"Beberapa orang daripada sahabat Nabi SAW berkata: "Wahai Rasulullah! Orang2 kaya memperolehi ganjaran. Mereka solat sepertimana kami solat. Mereka berpuasa sepertimana kami berpuasa. Dan mereka juga bersedekah daripada lebihan harta mereka." Rasulullah SAW bersabda: "Tidakkah Allah telah memperuntukkan kepada kamu suatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya setiap tasbih (Subhanallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahuakbar) adalah sedekah, setiap tahlil (Lailahaillah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, melarang kemungkaran adalah sedekah, dan setiap kali kamu melakukan jimak (dengan isterimu) juga dalah sedekah. Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, adakah jika seseorang daripada kita menunaikan syahwatnya dia mendapat ganjaran? Rasulullah menjawab: "Tidakkah kamu merasakan suatu dosa jika dia menunaikan syahwatnya dengan cara yang haram?" Para sahabat menjawab: "Ya!" Rasulullah menjawab: "Demikian juga apabila dia menunaikan syahwatnya dengan cara yang halal."
Bersama isteri sendiri dikira sedekah. Moga dipermudahkan urusan jodoh ini

   Jawapan kepada persoalan diatas adalah sedekah!!! Jadi sedekah bila bersama isteri jadi bala bila bersama bukan darinya. Nauzubillah min zalik!!!

3. Mengutamakan hak agama Islam

   Janganlah kerana asyik kita bersedekah melalaikan kita daripada tugas utama, dakwah & jihad. Berikut diselitkan kisah pengajaran yang boleh ambil sebagai pengajaran kisah semangat jihad salafussoleh:

Kisah Pertama

   Hanzalah Ibn Abi Amir berkahwin dengan Jamilah binti Ubaiy. Semasa malam pertama pernikahan mereka, seruan jihad berkumandang ke medan Uhud. Dalam keadaan berjunub, beliau terus memakai baju perang, mengambil pedang dan seterusnya menunggang kudanya ke medan perang. Setelah bertempur mati2an sehingga bertemu dengan Abu Sufyan, beliau diserang dan dipukul oleh orang Quraisy ketika Abu Sufyan menjerit meminta tolong selepas berjaya ditewaskan pada permulaanya. Beliau terkorban sebagai syahid.

Kisah kedua

   Abdullah Ibn Abu Bakar berkahwin dengan gadis jelitawanis,berakhlak mulia & beradab, Atikah binti Zaid. Suatu  ketika, beliau terlewat keluar berperang & berjihad. Bapanya, Saidina Abu Bakar menyuruhnya menceraikan isterinya kerana beranggapan isterinya melalaikan dirinya daripada segera berjihad. Tanpa banyak soal macam kita, diceraikan Atikah. Suatu hari Saidina Abu Bakar mendengar syair tanda penyesalan anaknya menceraikan isterinya, lalu disuruhnya rujuk semula. Selepas beberapa ketika, Abdullah keluar berperang ke Taif. Beliau dipanah lalu meninggal dunia.
Cerai isteri tanpa banyak soal

Kisah Ketiga

  Abu Khaitamah pulang ke rumah setelah bermusafir. Dalam masa sama, Rasulullah & para sahabat keluar ke medan perang untuk beberapa hari. Cuaca sangat panas & 2 isterinya sedang menunggu kepulangan suaminya lalu menyediakan air dingin dan makanan. Tiba di khemah untuk melihat apa yang disediakan isteri2nya & berkata, "Demi Allah, aku tidak akan masuk ke khemah kamu berdua sehinggalah aku menemui Rasulullah SAW." Tanpa berlengah isteri2 menyediakan bekalan lalu Abu Khaitamah segera menunggang untanya sehingga menemui Rasulullah di medan Tabuk.

   Subhanallah!!! Inilah contoh2 kisah para sahabat yang mana mereka mendahulukan cinta Allah, Rasul, dakwah & jihad melebihi segala-galanya. Allah pasti akan menundukkan dunia di hadapan mata mereka. Manusia seluruhnya akan tunduk kepada arahan & larangan mereka. Tapi jika mereka menyeleweng, Allah pasti akan menurunkan azab.
Firman Allah surah al-Taubah ayat 24, " Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa2 kamu, dan anak2 kamu, dan saudara2 kamu, isteri2 (atau suami2) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu menjadi perkara2 yang kamu cintai lebih daripada Allah dan rasul-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada orang2 fasik(derhaka)."

   Untuk entri seterusnya, kita akan melihat contoh2 kisah serikandi yang berjuang dalam medan jihad. Wallahua'lam..
 



2 comments:

  1. buat masa ni bek kita fokus pada study dulu...study kan jihad jugak...kalo nak kahwin, kena tanya diri sendiri....layakkah aku? bersediahkah aku? kalo urus diri sendiri pun tak mampu, study pulak tunggang langgang, baik kita hold dulu....risau yang dikendong berciciran yang dikejar tak dapat....hehehe, ini keputusan antara hidup mati...kalo salah buat pilihan, susah nak patah balik....hehehehe *kalo dah jatuh hukum wajib tuh, be gentlemen gi jumpa wali terus*....aku boleh je jadi org tengah...hehehe, aku pandai pantun taw....

    ReplyDelete
  2. boleh2....nnti bwkkn ak jumpe 'parents' si die....

    ReplyDelete